Khamis, 28 Februari 2013

" IBU "" DALAM TEMARAM SENJAKU "


share dari link fb ~Jeda Warna Jiwa

" IBU "
kolaborasi Jeda Warna Jiwa & Kupu Kupu Putih

Judul Lukisan : KASIH dan SANG KEKASIH
Media : 2B Pencil on A4 Manila Paper
Tahun : 2013
Oleh : Jeda Warna Jiwa
" DALAM TEMARAM SENJAKU "


saat jari-jemariku tak mampu lagi menggenggam langkahmu
dan gelas-gelas itu telah kosong
melewati senja bersama hembusku

mungkinkah kau mengingatku?

saat mataku tak mampu lagi menangkap binar wajahmu
dan tirai-tirai itu tlah tertutup
melewati musim bersama gugur dedaun...

mungkinkah kau akan mengingat ku?

mungkinkah?

ingatkah kau..
saat aku menggenggam tangan kecilmu
ku timang kau dalam tangis dan manja itu?

ingatkah??

disini aku mengingatmu...!
bersama kursi goyang yang perlahan
mulai merapuh dilahap waktu...
dalam temaram senjaku,
bermimpi dalam pilu...
dan RINDU...

Oleh : Kupu-kupu Putih

Elakkan berkata "KALAU" tentang Takdir yg telah ALLAH tentukan


Antara Mata dan Hati....

share dari link fb ~BERANDA KITA


Ada banyak hal yang menarik Mata,
tetapi sedikit sekali yang menarik Hati

Kenali dan Kejarlah apa yang menarik Hatimu
sebab Mata bisa menipu tapi Hati tidak

Apa yang menarik Mata tidak bertahan lama
Apa yang menarik Hati bertahan lebih lama

Supaya tidak tertipu oleh Mata
maka Kenali Hati Nurani lebih dalam

Kepingan Hati yang Tulus Murni akan mengenal
kehadiran Pasangan Kepingannya yang lain.

Tatkala jiwa menjadi kosong...


share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Rawatan buat jiwa yang kosong dan hambar..
Kembalilah kepada Allah..Dia yang akan mengisinya
tanpa kita sedari...yang sakit akan terasa ringan kesakitannya,
yang sedang berdukacita akan sentiasa tenang menghadapi ujianNya..sesungguhnya zikir amat besar manfaatnya buat kita
insan yang dhaif...Allahu Allahu Rabbi..

Keperibadian Abu Bakar As-Siddiq (10 MEREKA YANG DIJANJIKAN Sahabat 1 :Abu Bakar As-Siddiq (Yang Membenarkan Risalah)]



share dari link fb ~Mencari damai.


10 MEREKA YANG DIJANJIKAN 
Sahabat 1 :
Abu Bakar As-Siddiq (Yang Membenarkan Risalah)

Sesungguhnya Sabar itu Indah...


Kehidupan bagai sebuah LAYANGAN


share dari link fb ~BERANDA KITA

Kehidupan bagai sebuah LAYANGAN,
Layangan tidak bisa terbang melayang
bila tidak MENANTANG angin

Dia akan TETAP di udara
selama MASIH menantang angin

Jika ANGIN menerpanya lebih keras,
dia bergerak ke kanan dan ke kiri,
sekali berputar kemudian naik ke atas

Terpaan 'ANGIN' makin tinggi,
Posisi anda makin NAIK ke ATAS

Tantangan Hidup harus dihadapi,
BUKAN untuk dihindari :)
Tetap Semangat Sahabat BERANDA KITA!
 

DIAM ITU LEBIH BAIK

share dari link fb ~Cintailah Pencipta Kita


DIAM ITU LEBIH BAIK 

Diamku memberi seribu erti, 
Aku memberi pandangan sepi, 
Apabila orang melihat aku menyendiri,
Aku hanya tersenyum diam tunduk mengerti.

Saat aku duduk bersendiri,
Aku termenung mencari mutiara untuk waktu diisi,
Aku mencari waktu untuk muhasabah diri,
Juga... aku mencari hikmah sebalik peristiwa terjadi.

Apabila orang bercerita tentang diri,
Diriku dikata pendiam menyepi,
Hati kecilku tertawa terdengar tentang diri,
Kenangan hanya menjadi mimpi ilusi,

Tentang diri aku itu...
Masih tidak aku nafi,
Aku hanya menerima seikhlas hati,
Sudah diriku ditarbiyah sebegini,
Berbicara hemat dalam setiap keadaan.

Aku teringat serangkai hadith kekasih Ilahi,
" Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir...
Hendaklah dia berkata baik atau diam."
Itulah hadith aku amali dan aku pegangi,
Juga dijadikan nas untuk aku bahas tentang diri,
Dikata pendiam tiada erti,
Menjadi perbualan setiap peribadi,

Berkata nista tidak sekali,
Bermadah pujangga manisan hati,
Hidup berbudi indah sekali,
Sopan santun penghias diri.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata rosak binasa,
Hikmah berlaku menjadi pengajar,
Salah dan silap maaf dipinta.
~*suterabidadari*~

TIRAMISU


vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU
Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko

Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU cwnblueberry
by hanieliza.tk
Bahan
1 biji swiss roll coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt berperisa buah [ducth lady]
1/2 cawan gula
serbuk nescafe
filling blueberry [jika suka]

Cara
1. Swiss roll coklat dipotong nipis.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Susunkan swiss roll dalam gelas atau mangkuk.
5. Lapiskan dengan adunan keju dan ayakkan serbuk nescafe.
6. Susunkan lagi kek dan lapiskan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe.
7. Ratakan filling blueberry jika suka.
8. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU

Bahan
1 biji span kek coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut..so kena makan secara scooping gitu..tapi memang sedapp..

Bidadari Cahaya


share dari link fb ~Sy Ibrahim Ja'far Assegaf


Ukhti
ku sayang.....
Mari menjadi bidadari cahaya
Yang lisannya adalah Al-quran
Yang kegemarannya adalah tilawah
Yang cintanya adalah hafalan
Yang hidupnya dibawah naungan Al-Qur’an Meretas dalam iman
Menjadi bidadari cahaya
Baiti jannati...

Pavlova Pinkish


share dari link fb ~Buku Resepi

Pavlova Pinkish
Oleh:Ayin Iz

Adunan untuk 1 layer
4 biji putih telur (gred A)
3/4 cawan gula halus (gula kastor)
½ sudu kecil cuka
½ sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan whipping cream
1 tin koktail

Cara-cara membuatnya
1) Panaskan oven dengan suhu 130 darjah selama 15 minit
2) Sediakan loyang, lapik loyang menggunakan kertas minyak untuk mengelakkan daripada melekat
3) Pukul telur putih sehingga kembang dan lembut
4) Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan tersebut kembang dan berkilat
5) Kemudian masukkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung ke dalam adunan dan pukul sehingga adunan tersebut kembang
6) Akhirnya gaul dan kaupkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 60 minit
Whipping Cream
1) Pukul whipping cream sehingga kental
2) Asingkan kepada dua bahagian, satu bahagian letakkan sedikit pewarna merah dan pukul sehingga kental.
Seterusnya
1) Apabila kek dah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven utk beberapa minit
2) Kemudian, sapu whipping cream, hias dan tabur koktail diatas kek
3 ) Bolehlah potong dan makan !
selamat mencuba! :)
 

Ayat org yg BERCINTA :) :p



share dari link fb ~"AbdullahZawawi99"

~~♥♥♥.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ.♥♥♥~~~

الله الله الله يا الله


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ


♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ♥ —


آمِّينَ يا الله

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

ஜ۞ஜ~ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ~ஜ۞ஜ

.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Syukur padaMU Ya ALLAH.


share dari link fb ~Pujangga Senja


Ya salam...
Aku menghela nafas penuh kesyukuran
Di titip sedikit dgn kekuatan dan kasih sayang
Aku menghela dengan lafaz perkataan
Meminta dosa lama aku di ampunkan

Ya kalam...
Aku bersaksikan alam dan bumi aku menginjak
Menyatukan paksi dalam setiap kekhilafan yang bertaburan
Mencari sedikit kekuatan dalam juraian
AKu kini kukuh dengan kedudukan menghapus segala dendam

Ya jabar...
Aku bangit dari sebuah kelemahan
Aku tersenyum penuh kegembiraan yang tersisip kesedihan
Dan pantas aku berlari menyatakan kepada dunia
Insan sepi ini tidak perlu lagi takut untuk melafazkan maaf

Ya karim...
Aku tenang dalan kedinginan
Tidak betah untuk melarikan diri dalam keperitan
Aku tersenyum bahagia kerana di kurniakan sebuha rahmat
Yang kini pasti aku mahu kebahagian buat dirinya bersama insan tersayang

Ya quddus...
Aku melahirkan setiap perincian dari zat MU
Aku menghindarkan setiap kebencian dari pakaianMU
Aku mencari siapa diri MU dalam diriku
Kini aku menjumpai suatu NUR yang indah sesalju balqis
Ya mutakabbir...
Maha kuasa segalaNYA dalam memiliki
Kini pasti hati ku sudah dimiliki
Namun persoalaan hanyalah dalam minda permainan yang jumud dan buta
Kerana aku adalah milik MU dan KAU adalah kekasihku

Ya fattah...
Sampai di sini duka ku berahkhir
Kau membukakan aku suatu lembaran baru untuk terus aku melangkah
Kau rebutlah hatiku dalam kekuasaanMU
Kau didiklah hatiku dalam keimanananMU
Biarkan hatiku bebas menari dan terbang dalam lohmahfuz indah
Moga aksara bahasa tidak lagi mempersendakan duka
Kini aku berserah kepadaMU YA ALLAH.......................

Rabu, 27 Februari 2013

Pesanan terakhir seorang ayah kepada anaknya di Syria


Putraku sayang...
Ayah akan bertempur untukmu, untuk kebebasan dan masa depanmu.

Ayah akan memerangi ketakutanmu dan akan segera bebas (insyaAllah)

Ayah akan meraih bintang-bintang untukmu, untuk menerangi saat gelap malam kita.

Jika ayah mati, kau akan menjadi matahari Syahid, kau akan membangun sebuah kejayaan umat kita.

Putraku sayang...
Jangan takut pada bom dan peluru, kau adalah sebuah gunung berapi bagi mereka.

-Abu Ammar dengan anaknya.
-Semoga Allah melindungi mereka.
 

Resepi : Tauhu Terbalik


share dari link fb ~Buku Resepi


Resepi : Tauhu Terbalik
Oleh : Widya

Bahan-bahan :

Isi Inti :-
1) Tahu kering (2 bungkus)
2) Isi Ayam (dicincang kecil-kecil / lumatkan)
3) Isi udang (optional) - dicincang kecil-kecil / lumatkan
4) Lada Besar (hiris kecil-kecil)
5) Daun Bawang Merah & Daun Sup
6) Telur (1 biji)- berfungsi utk melekatkan inti dgn kulit tahu

Bahan-bahan Bumbu :- (Tumbuk Halus)
1) Bawang Merah
2) Bawang Putih
3) Lada Putih (terpulang samada serbuk / biji)
4) Garam & Serbuk Perasa secukupnya

Cara-cara membuat :-
1) Gunting Silang 'X' pada bucu tahu kering kemudian terbalikkan bahagian dalam ke luar.. Ambil isi tahu (simpan).. Kulit tahu akan berbentuk spti Kelopak Bunga (Ketepikan)
2) Campurkan kesemua bahan2 inti, isi tahu & bumbu yang sudah di tumbuk halus.
3) Kemudian, masukkan inti ke dalam 'Kelopak Tahu'..
4) Goreng dgn cara terbalik yakni goreng bahagian yang berkelopak dahulu.. Goreng sehingga warna keemasan dan kelihatan rangup.
5) Toskan dan sedia dihidang dgn sos cili/tomato mengikut selera.

* Rasa kelopak tahu apabila sudah digoreng seakan-akan kulit ayam
* Maaf jika tiada sukatan dalam resepi ini sebab saya kalau masak suka main 'agak-agak' shja sehingga CUKUP RASA..

SELAMAT MENCUBA
Resepi asal drpda Kak Shiela Rusli (Ketuk-ketuk Ramadhan)
 

KEK CHEESE


share dari link fb ~Buku Resepi


KEK CHEESE
Oleh:Ejah Ziah Roslan

BAHAN2
tepung optima 2 gelas
6biji telur
2sudu makan minyak masak
susu manis stgh tin
chedder chees kraf
krim phildaphea
CARA2

pukul telur hngga kembang,kemudian masukkn tepung n pukul hngga sebati n mnjadi wrna putih,masukn minyak n pukul lagi hngga sebati,kemudian masukan kedalam acuan 11inci(1kg) yg di lapis dgn kertas atau foil..kemudian bakar hngga masak selama15min..lepas tu putar krim phildaphea dgn susu hgga sebati..setelah kek masak kupas kulit di atasnya n sapukan krim yg tlah di putar td sapu rata..kemudian parut cheedar chees di atasnya..siap tuk di hidangkan.

selamat mencuba! :)

Jom pakat-pakat try buat ikatan tali kasut mcm ni..amacam??


Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri,


share dari link fb ~ kak Pelangi Senja

Bukan mudah tersenyum
tatkala rawan hati terhiris
namun hakikat-Nya yang pasti
ada hikmah setiap yang terjadi...

Bukan mudah menghulurkan
tatkala dihimpit serba kekurangan
namun hakikat-Nya yang terserlah
mengikhlaskan sederhana dan pasrah...

Bukan mudah memaafkan
tatkala luka menjadi hitungan
namun ajaib penawar cinta-Nya
terkandung dalam santun dan redha...

Bukan mudah melupakan
tatkala diasak hakikat kehilangan
namun realiti pergantungan diri
hanya ke hadrat pangkuan Illahi...

Bukan mudah harungi dugaan
tatkala terdera mencari jalan
namun terkadang bukan pilihan
sempurna takdir-Nya yang menentukan...

~~salam pagi terindah teman
ayuh syukuri apa adanya :) ~~

♥♥♥
210213
 — 

Nantikanku di batas waktu, jika kau mampu :)


share dari link fb ~ kak Pelangi Senja

Di antara indahnya mawar di taman
Atau pucat malam dihiasi rembulan
Aku memilih untuk tetap di sini
Bertemankan sunyi...

Sekian kali hati berdetak tidak pasti
Kau terlihat di awanan begitu tinggi
Masih ku rasakan kau teramat jauh
Bak terlindung di langit ketujuh...

Kiranya kau percaya hatiku satu
Andai kau terlihat birunya kasihku
Senandungkanlah irama lagu rindu
Lewat angin senja nan menderu...

~~salam pertemuan teman
kenang daku dalam doamu~~

♥♥♥
:::Pelangi Senja:::
260213
 

Seorang Wanita


share dari link fb ~~::* CATATAN INDAHKU *::~

Se0rang wanita umpama sekuntum bunga ditaman..
Segar mewangi di pelusuk dunia..
Setulus kasih sesuci embun..
Cantik wanita kerana akhlaknya..
Lembut wanita kerana tutur katanya..
Mesra wanita kerana senyumannya..
Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana setianya..
Sabar wanita kerana imannya..
Kasih wanita kerana belaiannya..
Lemah wanita kerana air matanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Dendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..
Tanpa wanita lelaki lemah..
Kerana wanita lelaki kalah..

aku bersyukur di lahirkan di dunia sebagai wanita ♥
 — 

Apam Tepung Beras


share dari link fb ~Buku Resepi

Apam Tepung Beras
Oleh:Suriani Osman

Bahan-bahan:-
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu tehl yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Bahgikan kepada warna yg disukai.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap

selamat mencuba! :)
 

Sahabat yang dikasihi...Apabila kenyataan terlalu pedih....

share dari link fb ~Rose Haji Arshad


ASSALAAMU'ALAIKUM SAHABAT YANG DIKASIHI

APABILA kenyataan terlalu pedih
Untuk diluahkan..
Berdiam diri dan mendoakan
Adalah lebih baik demi
Memelihara persaudaraan.

TALAM BERLAUK (RESEPI CHEF WAN)


share dari link fb ~Mazura Ali

TALAM BERLAUK (RESEPI CHEF WAN)

Bahan-bahan kastard : 

3/4 cawan tepung gandum
3 cawan santan.
5 biji telur.
garam secukup rasa
gula 1 sudu besar.

Caranya menyediakannya :

1) Pukul telur hingga kembang.
2) Masukkan santan. Kacau sebati.
3) Masukkan tepung, gaulkan sebati. Masukkan garam dan gula.

Bahan inti :

300 gram daging cincang.
2 camca rempah kari.
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar (dikisar)
4 camca besar minyak sapi

Cara menyediakannya :

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2) Bila telah wangi, masukkan daging dan rempah kari.
3) Masak sehingga daging empuk dan kering.

Bahan tambahan :

1 cawan macaroni (direbus hingga kembang, toskan airnya)
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
daun sup (lebih kurang 1 cawan selepas dihiris)
4 biji bawang merah (dijadikan bawang goreng)

Cara menyediakan talam :

1) Sediakan acuan. Taburkan inti.
2) Tabur separuh macaroni rebus. Gaulkan rata.
3) Tabur cili merah, cili hijau, bawang goreng dan daun sup.
4) Tuangkan adunan kastard.
5) Taburkan lebihan macaroni.
6) Bakar dalam ovan selama 1 jam atau sehingga masak dan adunan berwarna kekuningan emas.

( Tanda masak, cucuk adunan dengan batang lidi & adunan tidak melekat)

♥ SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA SAHABAT2KU KASIH ♥
 

"RENCANA ALLAH JAUH LEBIH BAIK "


♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ♥ 

"RENCANA ALLAH JAUH LEBIH BAIK "

❥ Belajar lah untuk kehilangan dia, andai dia bukan jodohmu..

❥ Belajar lah untuk tabah, andai dia pergi dari hidupmu..

❥ Belajar lah untuk menerima hakikat yang dia bukan milik kamu..

❥ Belajar lah untuk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untuk kamu..

❥ Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan..

❥ Percaya &Yakini..

❥ Rencana-NYA jauh lebih baik..

❥ Karena DIA tau yang terbaik untukmu.. (◡‿◡✿)

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

❥ Semoga Bermanfaat
Untuk kita Bersama,Aamiin..

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

Wanita Yang Hebat


share dari link fb ~BERANDA KITA

Dibalik Pria yang Sukses
selalu ada Wanita yang Hebat

Wanita yang Hebat ialah
Wanita yang menerima Kekurangan
dan Kelebihan anda

Yang Mendukung anda dikala Susah
dan Berbahagia buat anda dikala Senang

Mereka biasanya bukan Wanita
yang menarik mata anda melainkan
yang memberikan HATI mereka

Bila ingin Sukses dan Bahagia
maka Nikahilah Wanita yang Hebat.

meh kita tgk aksi2 ygn diluar jangkaan dan yg melucukan














Berserah diri lah pada ALLAH


share dari link fb ~Mukjizat Sholat Dan Doa


Sahabatku, seberat apapun penderitaan anda, berserah dirilah pada Allah, mohonlah pertolongan padaNya. "Hasbunallah wa ni'mal wakil" Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. (QS. Ali Imran : 173)

Serunding ikan bilis


share dari link fb ~Resepi Bonda

Serunding ikan bilis

Bahan-bahannya :

1/2 kg ikan bilis
375 ml pati santan
2 keping asam gelugur
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
minyak

Bahan kisar :

15 tangkai cili kering
3 cm halia
2 batang serai
15 ulas bawang merah
5 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara menyediakannya :

Ikan bilis direndam dan kisar kasar.
Tumiskan bahan kisar. Masukkan pati santan, asam gelugur, garam, gula dan ikan bilis.
Masak menggunakan api yg perlahan sehingga kering. Kecilkan api dan rendang hingga kering.

Jumaat, 22 Februari 2013

Ya Rabbi Ya Rabbul Izzati,, Allahumma ya Allah...


share dari link fb ~Pelangi Senja


Ya Rabbi Ya Rabbul Izzati
Kurniakanlah kami
Kelazatan bermunajat kepada-Mu
Lindungilah kami
Dari tersesat jauh ke jalan-Mu
Dari kesombongan yang memakan diri
Dari kerakusan yang merajai hati
Hindari sifat malas yang menghalang
Leraikanlah kepedihan hati yang walang
Semaikan benin-benih taat dan keinsafan
Titipkan di hati semanis-manis kasih dan sayang...

Allahumma ya Allah...
Kami mohon dengan kerendahan dan ketulusan
Mohon kiranya Kau makbulkan permintaan
Ketika kami pulang ke pangkuan-Mu
Ingin kami berhimpun di Jannatun Naim
Menjejaki haruman kasturi di taman firdausi
Bertemu junjungan Nabi...kekasih hati...
Di alam abadi termaktub indah di Arasy
Aamiin2 ya Rahmanhu ya Rahim...

~~salam ingatan
di laman penghulu hari~~

♥♥♥
:::Pelangi Senja:::
220213
 

Ya Allah Ya Rahman... ampunkanlah segala dosa-dosaku


share dari link fb ~Zainab Ngah

Dalam kesepian ini
penuh ketenangan
aku sujud kepada-Mu
kuserahkan seluruh
hati dan jiwaku
hanya kepada-Mu
kerana aku tahu
Kau Maha Esa dan Maha Kuasa

Kesakitan yang aku tanggung
adalah bunga-bunga cinta-Mu
segala ujian yang aku terima
adalah rahmat dari-Mu
anugerah yang tidak ternilai
untukku sebagai hamba-Mu
kerana Engkau Maha mengetahui
atas segala-galanya...

Ya Allah Ya Rahman...
ampunkanlah segala dosa-dosaku
ringankanlah segala penderitaanku
limpahkanlah segala nikmat dan rahmat-Mu
hanya kepada-Mu
tempat aku meminta dan memohon pertolongan...

PERIBADI SESEORANG ITU TERSEMBUNYI DI BAWAH LISAN NYA ~Saidina Ali~


share dari link fb ~Rose Haji Arshad


ASSALAAMU'ALAIKUM SAHABAT YANG DIKASIHI

PERIBADI SESEORANG ITU TERSEMBUNYI DI BAWAH LISAN NYA
~Saidina Ali~

MEMBAHAGIAKAN sesama muslim,
Tidak mengungkit keburukan nya

Pada masa lalu,Dan tidak melukai
Perasaan nya ketika bergurau

Adalah pekara yang membahagiakan
Diri kita sendiri.

RASULULLAH S.A.W bersabda;
"Kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lidahnya."

(Hr Thabrani)
 

Yaa Rabbi....Ajarilah kami...


share dari link fb ~Umaira Aisha Aishi


Rabbi…
Ajarilah kami bangkit ketika tersungkur..
Ajarilah kami bangun ketika terjatuh…
Ajarilah kami berdiri tegak di dalam terpaan badai kencang…

Rabbi…
Ajarilah kami berjalan mendekati-Mu dalam malam mahupun siang..
Ajarilah kami berlari menuju keridhaan-Mu dalam gelap mahupun terang…
Berjalan dengan langkah kaki yang cepat..
Berlari dengan lari yang kencang..
Untuk sampai kepada cinta-Mu..
Untuk sampai kepada pangkuan-Mu…

Rabbi…
Ku dapati betapa banyaknya duri dalam jalan ku untuk menggapai redha-Mu…
Ku dapati betapa besarnya badai yang menggoyah pohon iman ku..
Ku dapati betapa besarnya gelombang yang menghancur keistiqamahan ku…
Namun, Engkau tentu Maha Tahu..
Bahawa Semuanya itu akan menjadi kecil jika adanya iman yang kuat kepada-Mu….
Maka, izinkan pohon iman itu tetap tegak meski dalam terpaan badai kencang, dalam gelombang yang besar…
Izinkan pohon iman itu tetap subur dalam musim hujan mahupun kemarau panjang…
Kerana iman tak akan membiarkan daun keistiqamahan menggugur…
Tak akan membiarkan keistiqamahan melebur..
Mencair menjadi tetesan air…
Tapi iman, akan menjadikan keistiqamahan kami terus membeku dan membatu…
Sepanas apapun sinaran mentari..
Tak akan berhasil membuat keistiqamahan kami pada-Mu mencair selama ada iman di hati....
Tak ada tujuan lain hidup kami ini selain untuk menggapai redha-Mu Ilahi..

Hidupku,matiku,hanya untuk-Mu

Umaira Aisha Aishi ~ 22213