Jumaat, 31 Mei 2013

DOA UNTUK KELUARGA TERCINTA


DOA UNTUK KELUARGA TERCINTA

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku/isteriku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini

Amin

Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Allah SWT berfirman,”Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).

Aisyah r.a berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.” (HR.Bukhari).

Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyadari bahwa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahwa tiada Tuhan yang bisa mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.” (HR.Ahmad). 

Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rizki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). 

Istighfar yang paling utama adalah mengucapkan: 
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’
(Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada sesembahan hak selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu).

Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adzim. Astaghfirullahal adzim. Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. Salam erat ukhwahfillah 

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu (DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL MACAM TU!)


5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu 
(DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL MACAM TU!)

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Kredit: Pen patah blog

Pucuk Jambu Batu Hilangkan Daki dan Bau Ketiak


Pucuk Jambu Batu Hilangkan Daki dan Bau Ketiak

Ramaskan pucuk jambu batu ke dalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Bagi bakal pengantin, lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Kulit anda akan bersih dan ketiak anda tidak akan berbau masam semasa bersanding nanti. 

juga boleh dibuat ubat sakit cirit birit keracunan makanan dengan mengunyah pucuk daun jambu batu yg pahit dan kelat inshaaALLAH mujarab, cirit birit sudah boleh jadi normal najisnya tidaklah keluar spt air original.

hehehe boleh layan....santai lucu





Comelnya saya dalam gambar ni 
Selamat hari jadi musuhku 
UIKKKK ayam golekku

JODOH

share dari link fb ~Jemput Aku Menjadi Bidadarimu

JODOH
Ketika dua hati telah digariskan untuk bersatu.
Sejauh apapun jarak tempat tinggal mereka.
Sesulit apapun rintangan yang menghalangi mereka.
Sebesar apapun perbedaan diantara mereka.
Sekuat apapun usaha mereka untuk menghindarinya.

Pada akhirnya mereka akan bersatu juga.
Selalu ada penyebab untuk menjadikan mereka bertemu.
Selalu ada suatu kejadian yang akan membuat mereka saling mendekat.
Hingga pada akhirnya mereka dpersatukan dalam sebuah ikatan suci.

Akan tetapi sebaliknya..
Ketika dua hati telah ditakdirkan untuk tidak bersatu.
Sedekat apapun jarak tempat tinggal mereka.
Semudah apapun langkah mereka untuk bisa bersatu.
Sekuat apapun perasaan yang telah ada dalam hati mereka berdua.
Sesering apapun hubungan yang terjalin diantara mereka sebelumnya.

Pada akhirnya mereka akan terpisah juga.
Selalu ada penyebab yang membuat mereka saling menjauh.
Selalu ada kejadian yang membuat mereka saling tidak menyukai.
Selalu ada sesuatu yang membuat mereka menyadari bahwa dia bukan pilihan yang terbaik.

Itulah rahasia jodoh yang tak akan pernah lepas dari KEKUASAANNYA..
Percayalah bahwa rencana_Nya adalah yang terbaik bagi kita.
Rancangan_Nya adalah sebaik-baiknya rancangan untuk kita.

Ketika kita tidak mendapatkan suatu hal yang kita inginkan.
Bukan berarti bahwa kita tidak pantas untuk memilikinya.

Akan tetapi justru sebaliknya.
Kiita pantas untuk mendapatkan seseorang yang lebih baik menurut pilihan_Nya.
Kiita pantas untuk mendapatkan seseorang yang lebih baik menurut pilihan_Nya.

Ya Allah, ajari aku berucap SYUKUR untuk semua yang aku miliki..

share dari link fb ~ BERANDA KITA
Ya Allah,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas
Aku hanyalah setetes embun di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudra
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit
Aku hanya seonggok bintang kecil yang redup di samudra langit Mu yang tanpa batas

Ya Allah,
Hamba yang hina ini menyadari tiada artinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan ku, akan tetapi
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU

Ya Allah, ajari aku berucap SYUKUR untuk semua yang aku miliki..

Rabbi,

..baktiku tiada arti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api nerakaMU
Betapa sadar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini
Hati yang telah terkotori oleh noda ini memiliki keinginan setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Ya Allah, ajari aku berucap SYUKUR untuk semua yang aku miliki..

Rabb, kami semua fakir di hadapanMU tapi juga kikir dalam mengabdi kepadaMU
Semua makhlukMU meminta kepadaMU dan pintaku.
Ampunilah aku dan saudara-saudaraku yang telah memberi arti dalam hidupku
Sukseskanlah mereka, mudahkanlah urusannya

Mungkin tanpa kami sadari, kami pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturan qiyadah kami, bahkan terlena dan tak mau tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami Ampunilah kami

Pertemukan kami dalam syurgaMU dalam bingkai kecintaan kepadaMU
Rabbku.. Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh dzikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau dalam maksiat kepadaMU Ya Tuhanku Tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!

Aamiin yaa Rabbal'alamiin

Khamis, 30 Mei 2013

Buah-Buahan Dalam Al-Quran

Buah-Buahan Dalam Al-Quran

Antara kekuatan buah-buahan yang diceritakan dalam Al-Quran adalah:

1-Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.

Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut oleh Allah sebanyak 7 kali iaitu 2 kali zaiton ia disebut bersendirian manakala 5 kali lagi ia digandingkan dengan beberapa buah lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin (fig).

Allah menceritakan akan khasiat buah zaitun kepada kehidupan seperti firmanNya yang bermaksud “Dialah, yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebagiannya menjadi minuman dan sebagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya).

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman-tanaman; zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (an-Nahl [16]: 10-11)

Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak.Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit.

Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.

2-Ad Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
(HR Abu Darda; Suyuti). Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai sepenuhnya.

Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan. Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols’ yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan.

Seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.

3-Delima – “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).
Makanlah dari buahnya yang bermacam-macam itu bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (al-An’aam [6]: 141) Ayat lain “Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].

Delima, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandungi potassium yang besar nilainya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.

Delima penting untuk memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini merupakan tunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur, mencegah edema, dan mengurangkan kadar gula yang beredar di dalam darah. Selain itu, Delima juga boleh menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.

4-Pisang. Ayat Al Quran menceritakan: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.”(Al-Waaqi’ah [56]: 28-33).
Pisang adalah buah yang kaya dengan vitamin B6, ianya juga buah yang sangat bergizi, terdiri dari air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap buah pisang mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi.

Pisang sangat membantu dalam penyembuhan banyak penyakit seperti penyembuhan demam, gangguan sistem pencernaan, kejang-kejang dan juga menurunkan tekanan darah, di samping itu pisang berkesan dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh alergi.

5-Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama.
Kami melebihkan sebagian tanaman-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir.”

Buah kurma mengandungi fruktosa dan glukosa yang keduanya berkalori tinggi, dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberikan rasa aman pada jiwa.

Selain itu, kurma juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusui anak untuk meningkatkan kesihatan janin di dalam perut ibu, mencegah ibu dari rasa lemah, dan membanyakkan air susu.

Kurma segar memberikan manfaat besar kepada otak, dengan kandungan 2.2% protein, juga berisi banyak jenis vitamin A, B1, dan B2. Mengikut pengalaman saya kurma sangat berkhasiat serta memberi tenaga walaupun dalam jangka masa yang panjang kita tidak mengambil makanan, sangat berguna untuk bersahur.

6-Anggur. Surah Al-Muminun [23]:19 “Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebagian dari buah-buahan itu kamu makan.”

Anggur boleh menghilangkan rasa penat untuk mereka yang banyak menggunakan kegiatan fizikal dan mental. Kandungan besi dan gula di dalam buah anggur yang juga mempergiat produksi darah dan menjadi ubat untuk untuk penderita-penderita liver, ginjal, dan sistem pencernaan.

Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah.

Anggur juga menguatkan organ jantung, befaedah dalam menyembuhkan bronchitis dan batuk, serta meningkatkan kecantikan kulit kerana anggur membersihkan darah.

SUMBER:http://harianislam.com/2013/01/03/buah-buahan-dalam-al-quran/

Prasangka baik adalah salah satu kunci ikatan agar keharmonisan tercipta..


✿⊱╮Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh✿⊱╮

Prasangka baik adalah salah satu kunci ikatan agar keharmonisan tercipta..

Sedangkan buruk sangka lambat laun akan mengikis keharmonisan dalam jalinan..

Jangan berkecil hati jika orang lain salah paham karena tak semua orang memahami apa yang kita rasakan..

Jangan gusar jika orang lain menghakimi yang tak sesuai karena tiada hakim yang terbaik dalam menilai kecuali Allah..

Sesungguhnya Allah bersama dengan keyakinan kita. Yakinlah bahwa Allah akan memberikan apapun yang terbaik untuk hamba-Nya. Segala apa yang terjadi tiada luput dari kekuasaan Allah. (◠‿◠✿)

Chicken Mushroom Pie

share dari link fb Buku Resepi


Chicken Mushroom Pie
Oleh:Azie Surip
cc : www.facebook.com/bukuresepi
2 keping dada ayam dipotong dadu
1 mangkuk carrot di dadu
1 batang celery di potong kecil
1 mangkuk cendawan butang dipotong
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
1 cawan air
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu besar butter
6 keping pastry puff 
1 biji telur dipukul

Cara:
1. Cairkan butter dan masukkan bawang, tumis sampai layu, masukkan ayam, carrot dan air. Biar mendidih dan ayam masak
2. Masukkan kiub ayam, cendawan dan celery. Kacau rata dan biar sebentar. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Angkat dan sejukkan sekejap
3. Sementara tu, panaskan oven selama 15 min suhu 170'C
4. Sediakan 6 mangkuk tahan panas oven, sudukan isi ayam yg dimasak tadi 3/4 penuh mangkuk. Sapukan telur dikeliling mangkuk
5. Letakkan pastry puff diatas mangkuk. Kalau tak cukup lebar boleh roll dgn rolling pin utk lebarkan sikit. 
6. Sapukan telur diatas pastry puff dan bakar selama 20-25 min hingga pastry kembang dan kekuningan.

Selamat mencuba! 
LIKE&SHARE

MAMPUKAH AKU…..???


MAMPUKAH AKU…..???

Ya Allah……
Dengan keterbatasan harta yang Engkau titipkan….
Mampukah hamba menjadi Siti Khodijah bagi suami hamba…

Ya Allah……
Dengan keterbatasan ilmu yang Engkau berikan…..
Mampukah hamba menjadi Siti Aisyah bagi suami hamba….

Ya Robbi…..
Yang memiliki Arsy yang agung dan tinggi…
Yang menguasai seluruh alam semesta…
Yang menguasai hidup dan mati ku….
Berikanlah hamba kekuatan untuk mampu menjadi Siti khodijah dan Siti Aisyah bagi suami hamba…

Karena hamba tahu dakwah adalah tubuh bagi suami hamba…
Menegakkan DienMu adalah roh bagi suami hamba….
Dan jadikanlah hamba orang yang Istiqomah di jalan Mu ….

Ya Allah…..
Dan ampunilah semua dosa-dosa hamba dan dosa suami hamba……
Amin…………………

ULASAN AL-HABIB UMAR TENTANG BUDAYA CACI MAKI


ULASAN AL-HABIB UMAR TENTANG BUDAYA CACI MAKI

Di hadapan kita ada tauladan; Rasulullah S.A.W. bersabda, "Seorang mukmin tidak melaknat, menuduh dan berkata keji. Aku tidak diutuskan sebagai pelaknat ataupun berteriak-teriak di pasar."


Mereka (Ahlussunnah Wal Jamaah) bukan pencaci bukan pula pelaknat. Mereka bersama pengikut beliau dari kalangan ulama' tidak ada di antara mereka pelaknat yang suka melaknat orang. Tidak juga pencaci, yang mencaci bahkan terhadap orang awam apalagi terhadap para ulama', terlebih lagi para sabahat dan tabi'in. Mereka ladang penghargaan, dan penghormatan. Akhlak yang baik dan benar tidak ada caci maki sama sekali.


Nabi tidak diutus untuk mencaci dan memaki. Tidak pula seorang wali bertugas untuk mencaci atau memaki. Tidak pula berdiri hakikat ilmu dengan caci maki sama sekali. Tidak sama sekali! Tidaklah berdiri satu mazhab dengan caci maki kecuali mazhab iblis dan mazhab pengikut iblis di setiap waktu dan masa. Merekalah yang selalu mentradisikan (mewarisi) caci maki terhadap manusia, melaknat manusia, memancing emosi dan menanam kebencian di antara umat Islam. Adapun para Nabi, para ulama' dan para wali, mereka menebar kasih, menebar persaudaraan, menebar akhlak, menebar kesucian hati, menebar sikap menghargai, selalu menempati batasan, mengekang hawa nafsu, bersikap sabar, dan menahan amarah. Inilah jalan yang ditempuh para Nabi, para wali, para ulama' dan solihin.


Dipetik dari tausyiah beliau di Majlis Rasulullah Achmad Zein Al-Kaff Al-Bayyinat, Indonesia.


p/s: Diizin utk share dan tag diri sendiri.

Rabu, 29 Mei 2013

IBADAH TERBAHAGI KEPADA DUA

IBADAH TERBAHAGI KEPADA DUA

1. IBADAH KHUSUS
Ibadah khusus ialah ibadah yang caranya, rukunnya dan syarat-syaratnya telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu ibadah yang mana struktur, sistem dan peraturannya telah ditetapkan oleh syariat Islamiyah secara lengkap dan terperinci dan mesti dilaksanakan dengan sempurna, Ibadah jenis ini hanya boleh dilaksanakan sesuai dengan apa yang telah ditetapkan tanpa boleh dipinda, diubah suai, ditokok tambah atau dikurangi. Contohnya ibadah solat, puasa , zakat dan mengerjakan haji. Dengan erti kata lain mesti ditunaikan oleh setiap individu yang mencukupi syarat-syarat dan digelar sebagai ibadah 'fardhu ain'.

2. IBADAH UMUM
Ibadah umum pula ialah yang meliputi segala aspek kehidupan manusia. Iaitu pengabdian diri secara tidak langsung kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala menerusi semua kehidupan duniawi yang mengikat hubungan sesama manusia dan makhluk lain yang berlandaskan akidah dan syariat Islam. Antaranya urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amalan manusia di ladang, kilang, pejabat, di rumah atau di mana saja, dan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan satu-satu jangka masa atau tempat-tempat tertentu. Ia meliputi kegiatan kehidupan seharian , tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu.

* Kegiatan di facebook juga merupakan ibadah
jika sekiranya kita mengajak kepada kebaikan, share ilmu yang mendatangkan manfaat.

-Al Inshirah-

Ahad, 26 Mei 2013

HAJAR ASWAD MERUPAKAN SUPER KONDUKTOR

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

HAJAR ASWAD MERUPAKAN SUPER KONDUKTOR 

Encyclopedia Americana menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, karena rotasi dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memencarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas: Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.

Beberapa astronot yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi dan setetlah diteliti ternyata bersumber dari Bait Allah atau Ka’bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya mencapai ribuan mil jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis: “Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, sholat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu.

” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar .

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan thawaf haji dan Umroh.

Wallahu a'lam bisawab
Ayesha Natasja

Andai masa silam terulang lagi,

Andai masa silam terulang lagi,

Aku takkan pernah membencimu, wahai mentari,

Sinarmu yang terasa hangat penuh keikhlasan,

Memberi kehidupan, menuai pengharapan.

Akankah masa itu terulang lagi?.


sa'at kini hanya rembulan yang menyinari''

dan ditemani bintang yang setia dimalam hari''

sungguh indah cahaya nirwana mewarnai bumi pertiwi''

memancarkan keindahan sesa'at malam menghampiri''


ya allah'' sungguhlah sempurna cipt'anmu'

tiada satupun yang mampu menandingi keindahan cipta;anmu

kala senja tengah menghapiri bumimu'' merah mewarnai langitmu

dan menghiasi alam jagat raya ini'''' subhanallah