Pages

Ahad, 11 Januari 2015

Habib Ali Zaenal menceritakan kisah Sayyidina Bisyir al Hafi, Al Hafi ertinya ( orang yg berjalan tak pakai selipar).

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Semalam Habib Ali Zaenal menceritakan kisah Sayyidina Bisyir al Hafi, Al Hafi ertinya ( orang yg berjalan tak pakai selipar). Sayyidina Bisyir al Hafi mempunyai Saudara, satu hari, saudaranya Bisyir datang kepada Al Imam Ahmad. Bila sampai dirumah Imam Ahmad, maka dia beri salam dan bertanya, Wahai Imam, Aku ada jiran. Akidahnya tak betul, sumber rezekinya haram, setiap malam lampu rumahnya menerangi hingga masuk ke rumah saya. Boleh kah saya memanfaatkan lampu tersebut untuk aku gunakan untuk jahit baju?

Lalu imam Ahmad bertanya, siapa yang bertanya soalan tu? Imam Ahmad ingin tahu, siapa yang bertanya sebab soalannya bukan sebarang soalan. Soalannya dari orang yang sangat Wara'. Maka dijawabnya, Saya saudara kepada Bisyir. 
Maka Jawab Imam Ahmad, kalau untuk kamu tak boleh, sebab beliau ini lahir dari rumah keluarga orang yang warak.

Kisah kedua tentang Imam Bisyir Al Hafi, pada suatu hari Beliau ada Beli selipar baru, kemudian seliparnya itu digunakan untuk ke masjid, kemudian Beliau letak seliparnya dihadapan masjid. Selepas sembahyang, Selipar nya hilang, lalu Imam Bisyir Al Hafi menangis. 
Kata orang ramai yang solat dimasjid tu, Tak layak kau ini menangis. Engkau ini orang besar.

Lalu jawab Bisyir, saya menangis bukan sebab hilang selipar itu, saya menangis kerana disebabkan saya, orang itu berdosa kerana mencuri selipar saya, kerana saya, orang lain yang tanggung dosa. Maka Mulai hari ini, aku akan jalan tanpa selipar. 
Sejak peristiwa ini, orang gelarinya dengan Al Hafi, orang yang jalan tak berselipar. Ini namanya orang yang warak. Sangat takut kepada Penghisaban di akhirat. Zaman sekarang cerita sebegini hanya sekadar cerita. Jarang berlaku

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan