Khamis, 2 Januari 2014

Perkongsian DK, resepi "budget" buat anak bulus...


share dari link fb ~ Dunia Kucing

Perkongsian DK,

Sekali lagi admin kongsikan resepi "budget" buat anak bulus...

1. Ikan, lobak, bayam.
2. Ikan dan lobak direbus tanpa garam,
3. Bayam dicelur,
4. Blander ketiga tiga bahan,
5. Masak agar agar,
6. Masukkan bahan yg diblander kedalm kuali bersama agar agar,
7. Sejukkan sebelum proceed ke no 8.

Boleh tahan seminggu hingga dua minggu bergantung pd jumlah anak bulus......

^Cheeto^

Presiden Uruguay, Jose Mujica adalah presiden termiskin di dunia dermakan 90% gaji bulanannya untuk badan kebajikan serta membantu usahawan kecil.

share dari link fb ~ Ahmad Humaizi

Saya memilih keratan akhbar memaparkan kisah Presiden termiskin di dunia ini adalah yang terbaik untuk 2013 dan amat relevan dengan situasi di Malaysia sekarang ini. 


Presiden Uruguay, Jose Mujica adalah presiden termiskin di dunia dermakan 90% gaji bulanannya untuk badan kebajikan serta membantu usahawan kecil.

Gaji beliau kira-kira RM40,000 namun hanya RM2,500 yang ditinggalkan untuknya. Beliau memilih untuk hidup sederhana di sebuah rumah di ladang milik isterinya, walaupun kerajaan menyediakan istana presiden yang selesa untuknya.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Dengarlah bisikan TUHAN.. (As Solah)

share dari link fb ~ All in ONE

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Dengarlah bisikan TUHAN
Penuhilah panggilanNYA melalui kemanisan ketaatan
Jika tidak kita terpaksa mendengar 'jeritan'NYA
menerusi azab pedih dosa apabila terus menerus derhaka

Ya ALLAH
(jadikanlah kami hamba yang 'amil (mengamal
setelah 'alim (mengetahui) ilmuMU
aamiin

salam sayang sejuta rindu
~Cinta Abadi~



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Cheezy chicken meatballs

share dari link fb ~ Buku Resepi

Cheezy chicken meatballs


Oleh:Ayesha Fadzil


Bahan-bahan:


1 paket isi ayam


1biji bawang besar (potong dadu kecil)

3ulas bawang putih (potong dadu kecil)

Serbuk lada hitam (secukup rasa)

Garam(secukup rasa)

Cheese(saya guna bega cheese)


Cara-cara


Campurkan semua bahan kecuali cheese... buatkan bulat2 kecil..panaskan oven..bakar pada suhu 150○ selama 5 minit..keluarkan then letak kepingan cheese kemudian bakar 1minit atau sehingga cheese cair..siap di hidang..
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

ANDA MENCIPTA PENYAKIT APABILA MAKAN TERLALU KENYANG by Drjaffry hassan

share dari link fb ~ DrJaffry Hassan

ANDA MENCIPTA PENYAKIT APABILA MAKAN TERLALU KENYANG

by Drjaffry hassan


Apabila perut atau sistem penghadaman terlalu byk menggunakan tenaga kimia yg terbebas daripada pengoksidaan bahan kimia, maka ia akan menjadi penggalak kpd keaktifan bakteria dan secara langsungnya menghasilkan penyakit. Kerana bakteria membina makanan dengan penghasilan karbon dioksida yg dibebaskan oleh perut semasa perut anda terlalu kenyang. Tanda pertama untuk mengenali situasi ini apabila anda SENDAWA. Sebab tu sunnahnya Rasullulah SAW berhenti makan sebelum kenyang dan makan ketika lapar.

PENYAHTINJAAN / PROSES DITOKSIFIKASI

Penyahtinjaan keracunan atau najis dinamakan penyahtinjaan. Tinja disimpan di dalam rektum sebelum dikeluarkan melalui dubur. Bahan tidak tercerna perlu disingkirkan agar tidak menjadi bahan toksik dan pigmen yg merosakkan hempedu. Makan lah lebih serabut yg tidak mempunyai kandungan asid kerana ia adalah bahan yg tidak tercerna yang akan menyerap dan memerangkap bebanan makanan yg tidak tercerna untuk dinyahkan keluar secara lebih mudah melalui proses rangsangan peristalsis. Serabut akan melembutkan najis kerana ia menyerap air dan mengelakkan daripada berlakunya sembelit. 




Blog saya satu lagi yg boleh dilawati :  sharmine205shahab@gmail.com   - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Maaf - Memaafi.....

share dari link fb ~ Syarifah Rokiah Al-Khred


Maaf memaafi memang sentiasa dituntut untuk kita menuturkan perkataan yang pendek dan ringkas itu. Kekadang memang susah untuk seseorang meminta maaf. Ini kerana ego yang menebal dalam diri orang tersebut. 


Adakah kalau kita meminta maaf itu bermakna kita ada membuat kesalahan atau kesilapan? Tidak semestinya...
Jika kita meminta maaf sentiasa dengan orang di sekeliling kita telah menunjukkan nilai diri kita sebesarnya. Tidak semestinya juga nilai diri kita ditentukan oleh orang, tetapi nilai diri kita sebenarnya hanya ditentukan oleh ALLAh swt.

Tidak semestinya juga jika kita meminta maaf kita adalah yang bersalah tetapi sebenarnya itulah penghargaan kita dalam persahabatan dan silaturahim. Agama kita memang mengajar kita supaya menjaga ukhuwah kita sesama makhluk di atas muka bumi ini yang berkongsi tanah dan udara.

Ego, super ego dan id ego memang ada dalam diri kita. Akan tetapi jika kita ingin dihargai dan menghargai, disayangi dan menyayangi, dihormati dan menghormati maka perlulah sentiasa maaf memaafi antara satu sama lain. 

Sumber : http://mnoorjehan.blogspot.com/2012/03/maaf-memaafi-susah-ke.html 


Blog saya satu lagi yg boleh dilawati :  sharmine205shahab@gmail.com   - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Rabu, 1 Januari 2014

Januari datang lagi..

share dari link fb ~ Nur Qhaira (terima kasih atas perkongsian)


Januari datang lagi..

Hadir mu bagai pelangi
terbentang indah di permukaan langit
bersama burung-burung terbang berkawan..
riang... bersiulan..
dan aku menanti penuh harapan
pada mu Januari
bersama satu azam

Januari di tahun baru ini..
pasti lebih meriah
kanak-kanak gembira memasuki alam persekolahan..
terkenang aku pada masa silam
pada ku pula
hadir mu Januari
sepertinya gugur segala kedukaan hati
lalu mengalir diam di sungai yang sepi

Januari..

Setiap kali hadirmu
ada sekelumit rindu
basah di helaian dairi
siapakah yang akan mengerti
segala kedukaan hati
namun aku tetap bersyukur
datangnya Januari ini penuh kegembiraan..
semoga bahgia ini selamanya ku rasakan
kan terlontar segala kesedihan
seperti berakhirnya tahun 2013
dan tahun baru datang bermula Januari
seakan datang bersama semangat dan sebuah senyuman indah dari bibirku
datangmu bersama semangatku yang baru