Selasa, 31 Julai 2012

Tujuh Warna dari Langit Tujuh - Nukilan Mutiara Pagi sahabat FB

Tujuh warna
dari langit tujuh
terhunjam ke jurang
titisan cahaya jurai jemarai
tak terperi
menyilau pandang
matahari
tujuh warna
lengkung membengkung
dada gunung
naluri rindu membusur tepat
tak tertanggung
menggelepar ghairah
di medan biru

Cakerawala dan
misteri tujuh warna
rahsia sinar terpendar
lapis berlapis
ilmu yang tak habis kikis
hurai demi lerai
simpul demi sirat

Berhadap-hadap di mihrab
menyingkap hijab diri
tak puas-puas sujud
tafakur diri seorang hamba
berhadapan lembaran mukjizat
waktu malam tergelincir
hingga kejora berdandan

Madahan Maha Tinggi
Maha Suci Allah
Pada-Mu jua kami bersujud..


~~ MP ~~
310712 @ 1.30pagi.

Pabila Mutiara Pagi menukilkan tinta......kita menjadi penunggu setia menilai bait-bait katanya.

Merangkak suara tangis
dari rimbun duka
ke laut rasa
buat seorang perindu sepi
yang lemas dipeluk gelombang

malam yang tiba
berselubung dengan mimpi ngeri
dan mencuri tenang
esok
mentari dari tujuh lapisan langit
gelombang dari tujuh lapisan laut
terus mengusung derita..


~~ MP ~~

310712

Ahad, 29 Julai 2012

MUSSAFIR RINDU


dari puisi kolaborasi Moh. Ghufron Cholid (Madura, Indonesia) & Ana Maria

Ramadhan-MU menjengah jendela waktu

menampar-nampar batin ku
dengan tangis sendu
bermussafir di ambal rindu
pada hangat sujud di sejadah
biar-lah merekah tumit berdarah merah
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
aku kan ramah mengucup taubah.

Kecuplah dengan mesra
Semesra purnama cumbu gulita
Seikhlas mentari berbagi pada bumi.

melelar-lah rindu kepada TUHAN ku
merendam dalam pusar yang SATU
menganak airmata demi airmata
merimbun jadi butir embun
yang dikucup si unta gurun.
o aku-lah mussafir rindu
hamba kemaca mengelus pilu
membulir-bulir haru
menadah doa di Rumah-MU.

Hanya padaMU
Segala rindu
Tak jadi rahasia.

o aku-lah mussafir rindu
dalam Ramadhan yang menyantuni
membawa wangian berkah
dari cinta Al Khaliq.

Cinta yang tak menipu
Dan tak terhapus waktu.

Kamar Hati, 29 Juli 2012

Sebaris tinta dari nukilan sahabat - sahabat FB

Khamis, 5 Julai 2012

~~~ Jangan pernah menjadi seperti kacang yang lupakan kulit~~~

..(¯`*•.¸ ˚•° ♥♥˚•° ¸.•*´¯)…(¯`*•.¸ ˚•° ♥♥˚•° ¸.•*´¯)….(¯`*•.¸ ˚•° ♥♥˚•° ¸.•*´¯)…..

Ramai orang hanya pandai berkata-kata,
Tapi sering terlupa akan lafaz kata-kata yang pernah diucapkan,
Malah sering menuding jari pada orang lain atas apa yang telah dan pernah diucapkan

Dan seringkali pula bertanya-tanya akukah yang berkata seperti itu...
Bilakah saat itu kata-kata yang telah ku lafazkan
Dan apa salahku....
Salahkah ucapanku itu....

Takdir ALLAH tiada siapa dapat mencegah atau menegahnya
Rezeki, Ajal maut, jodoh pertemuan dan tanah kubur
Sememang telah ditetapkan sejak kita masih dalam kandungan IBU..
Tiada siapa yang dapat menyangkalkan lagi
Cuma kita saja yang belum tahu tentang hal itu semua
Sampailah satu saat kita menghadapi detik-detik itu

Namun jangan sampai kita lupa satu saat
Kita pernah memberikan satu ungkapan dan kata-kata
Yang memberi sejuta kenangan indah 
Yang memberi sejuta kenangan pedih
Yang telah menghancurluluhkan perasaan insan yang pernah hadir dalam hidupmu

Namun jangan pula kita angkuh
Kita ini telah membuat suatu yang terbaik untuk semua
Walhal kita telah pun membina satu jurang kelukaan 
dari kata-kata manis
dari kata-kata pujian 
dari kata-kata penghinaan
dan seterusnya menyebarkan luka pada hati insan secara sedar atau tidak

Insan yang pernah ditinggalkan kata-kata manis, kata-kata pujian, akan terus mengenangkan setiap ungkapan itu selama-lamanya

Insan yang pernah menerima kata penghinaan tetap akan menyimpan ianya jauh disudut hati yang paling dalam

Jangan kita lupa apabila kita telah menemui kebahagiaan yang dicari
Kita terus mendabik dada dengan angkuh
Seolah-olah insan yang pernah di puji dan beri kata-kata manis dulu
Seolah-olah insan yang pernah di hina dulu
Tidak akan pernah paham hakikat TAKDIR dari DIA
Tidak akan pernah mengerti semua yang telah tertulis dari DIA

Sedarlah...
Bahawasannya suatu ketika dulu...seorang insan itulah
Yang telah banyak memberi dorongan dan semangat dalam segala hal
Yang telah banyak mendengar segala keluh kesah dalam jiwanya
Yang telah menumpangkan telinga untuk menjadi pendengar setia
Yang telah dan pernah menenangkan seketika hati yang resah dan sedih
Yang telah dan pernah menumpangkan bahunya dari jauh dari segala kesusahan yang pernah dia alami...

Namun insan itu tidak pernahpun menagih apa-apapun janji
Walaupun banyak janji-janji yang tidak pernah ditunaikan
Insan itu tetap mendoakan kebahagiaan untuk orang yang pernah dia kenali
Walaupun hakikatnya hati insan itu disakiti secara pelan-pelan tanpa disedari
Apakah itu hukuman yang selayaknya buat insan itu..
Yang sedia menjadikan pendengar setia, menumpangkan bahu untuk keluh kesah dirinya

Redha dan pasrah pada segala ketentuanNya
Tiada niat pun untuk menolak hukum ALAM dan TAKDIR dari DIA
Tiada niat pun untuk mendoakan keburukan
Tiada niat pun untuk menghukum segala-galanya

Tapi cukuplah sekadar...merenung sejenak saat kata-kata yang pernah dilafazkan satu waktu dulu apakah ia meninggalkan satu kesan yang cukup pahit dan cukup melukakan buat seseorang insan.

Jadi hati-hati dalam berkata-kata
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak kata buruk padahnya

Jangan pernah kita hidup menjadi seperti dedalu yang menumpang di atas pepohonan lain, yang akhirnya menyebabkan pohon lain layu dan mati dan jangan pernah kita menjadi seperti kacang yang melupakan kulitnya bila kita dah berjaya dan berbahagia.

Selamat dan semoga berbahagia buat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup ini.

¸.••. ¸.••.❀❀.••.¸¸.••. ¸.••.❀❀.••.¸¸.••. 

Nukilan :  Jasmin Shahab 
Monday, February 13, 2012
1:53 PM