Ahad, 31 Mac 2013

Kunyit Dalam Perubatan Melayu


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Kunyit Dalam Perubatan Melayu

1. Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, tetapi sekarang telah pun tersebar di seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu. 

2. Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar, kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh, temu emas, temu putih, temu hitam dan temu lawas atau temu lawak.

3. Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya.

4. Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Antaranya:

a. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati.

b. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah.

c. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.

d. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.
 

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.


share dari link fb ~Assalamu'alaikum WaHaI HATI

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Surah Al-Hadiid ayat 21)

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali-Imran ayat 133)

Imam Hasan Al-Basri ada berkata: Dunia ini hanya ada tiga hari. Hari kelmarin yang sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan berada didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan perubahan dan amal soleh.

Ya Allah, jadikan hidupku penambahan kebaikan dan jadikan matiku dalam kerehatan. Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.. Alhamdulillah.

Jadilah Yang Membahagiakan

share dari link fb ~"KATA-KATA HIKMAH"


Jadilah Yang Membahagiakan 

Saat kita sulit untuk menjadi salah satu yang terbaik maka jadilah orang yang dapat membahagiakan. 

Itu lebih baik dari yang terbaik

Sabtu, 30 Mac 2013

Sesungguhnya ALLAH berserta orang-orang yang sabar...

share dari link fb ~Wanita sholehah calon Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu…” (QS. Al Hadiid:22-23)

“Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.” (QS. At Taubah:51)

Bersabar dan redhalah atas takdir Allah. Berdoalah kerana doa boleh mengubah takdir dan perbanyaklah kebajikan dan amal soleh kerana ia boleh memanjangkan umur. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakhbar. Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad. Wallahualam ^_^

Sentiasa ceria...


share dari link fb ~Dr Zainur Rashid Zainuddin


Sentiasa ceria...

Ketika berjalan kaki untuk meninjau kerosakan yang berlaku kepada bangunan Kementerian Dalam Negeri Palestin, saya didekati oleh seorang remaja.

Tanpa rasa malu dia terus memperkenalkan dirinya sebagai Malika Binti Abdullah (kanan) dan berumur 8 tahun. Dia bertanya samada saya ingin bergambar kenangan dengan adiknya yang berusia setahun muda daripadanya.

Mereka berdua kelihatan ceria ketika pulang dari sekolah ke rumahnya yang terletak di kem pelarian Palestin yang berdekatan. Malika berkata bahawa dia ingin menjadi seorang guru agar dapat mengajarkan ilmu kepada anak-anak Gaza bila beliau besar kelak.

Bila diajukan soalan kenapa dia sentiasa kelihatan ceria, dia menjawab bahawa tiada apa yang harus mereka rungsingkan sangat miski pun acap kali diuji dengan keperitan hidup. Yang penting ialah belajar untuk persiapan masa depan yang lebih baik untuknya, keluarganya dan orang-orang Palestin.

Misi Perubatan AP ke Gaza
Gaza City
30hb Mac 2013

Jumaat, 29 Mac 2013

Jauhi Fitnah


Jauhi Fitnah

Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.

darimataazyma.blogspot.com

SIAKAP 3 RASA

share dari link fb ~Buku Resepi



SIAKAP 3 RASA 

Oleh:Nur Ain
Bahan-bahan
IKAN
1 ekor Ikan siakap
5 sb Tepung jagung
sedikit serbuk pasti sedap Knoor

KUAH
1@2 biji Bawang besar
1 biji Tomato
Carrot dan Timun Batang
* dipotong dadu

4 biji Bawang putih
8@10 biji Cili padi
1 inci Halia
1 btg Lada Merah
* dihiris halus

1/2 tin Kacang Peas
1/2 tin Nenas
2 btg Serai
Air suam
Sos Tomato
Sos Tiram
Sos Ikan
Sos Cili
Garam dan Gula
Ajinomoto
* Secukup rasa

Daun Salad dan Daun Sup (untuk hiasan)

CARA MEMBUATNYA

1) Bersihkan ikan dan toskan
2) Lumur ikan dengan serbuk pasti sedap knoor dan lumurkan pula dengan tepung jagung. (Lumur semua bahagian dengan rata )
3) Kemudian goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili padi, halia dan serai (sehingga kekuningan)
5) Seterusnya, masukkan Sos Tomato, Sos Tiram, Sos Ikan dan Sos Cili dan kacau sehingga sebati
6) Masukkan kacang peas dan nenas (ambil juga sedikit air nenas dan air kcg peas)
Setelah kuah agak mereneh, masukkan sedikit air dan masukkan tomato, carrot, timun batang dan lada merah.
9) Tambahkan garam, gula dan ajinomoto (secukup rasa)
10) Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan kuah diatas ikan yang telah dilapik dengan daun salad dan tabur daun sup.

SELAMAT MENCUBA
 

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.


share dari link fb ~ kak Lea Baiduri

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas.
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Kek stim tembikai merah

share dari link fb ~Buku Resepi


Kek stim tembikai merah
Oleh:Linn Malek
Bahan2nya:
225 butter
1 cup gula castor
5 biji telor
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cup kaya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
cup yg digunakan adalah cup utk sukat tepung
3 warna -
merah +pes stoberi
hijau + pes pandan
warna asal + sedikit pes lemon
coklat cip utk di jdikan biji tembikai..

Cara2nya :
Panaskan penggukus
pukul gula,butter smpi kembang
masukan pula telor satu per satu pukul lagi
masukan pula susu,kaya,esen pukul lagi
masukan pula tepung pukul smpi sebati
bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan-( lebihkan adunan utk warna merah..yea..dan 1 -hijau..dan 1 lgi warna asal
loyang disapu sedikit butter dan di renjis sedikit tepung
masukan adunan merah ditabur coklat chip dan ratakan ..tutup loyang dgn aliminium foil dan kukus slama 10-15 minit atau sehingga adunan tidak bergerak..buka kukus masukkan adunan warna asal ttup blik dgn aliminium foil..kukus..selama 10 -15 minit lgi..
kemudian warna hijau ulangi langkah sama...dah yg akhir nie kukus sehingga 30- 35 minit atau sehinnga masak...
guna lidi utk tentukan kek betul2 masak yea..
p/s;-
sapu mentega..pastu tabur kan sedikit tepung pada loyang nie....bru tuang adunan....InsyaAllah..xmelekat sllu mmg wat camtu mmg xmelekat ..mase kek dah masak kuarkan pastu biar sejuk skit bru kuarkan dari loyang yea...api kukusan kena sederhana jgn kuat sgt...Loyang ni xde penutup...kena tutup dgn Aliminium foil mse mngukus yea..supaya wap air xmasuk kedlm loyang..
~SELAMAT MENCUBA~
 

AYAM MASAK SERAI

share dari link fb ~Buku Resepi

AYAM MASAK SERAI
Oleh:Natasha Farisa
10 ketul ayam

8 biji b.merah (kisar)
8 biji b.putih (kisar)
7 btg serai (kisar)
7 tangkai cili merah (kisar)tpulang klu nk pedas blh tmbh lg..

1.goreng ayam dl
2.kemudian tumiskn bhn kisar sehingga naik bau.. Msk kan perasa & ayam yg tlh d gorg.
3.gaul ayam seketika & siapp utk d hidang..
 

Khamis, 28 Mac 2013

Jangan menangis Amna....


share dari link fb ~Dr Zainur Rashid Zainuddin


Jangan menangis Amna....

Bersama teman delegasi Misi Perubatan AP ke Gaza yang lain, kami dibawa melawat sebuah keluarga misikin di Pekan Az Zaiton berdekatan Gaza City.

Situasi keperitan dapat kami insafi sebelum lagi kami memasuki rumah yang serba dhaif ini. Kami menziarahi seorang pemuda yang tercedera parah akibat terkena serpihan bom Israel di saat gencatan senjata telah pun diumumkan selepas serangan 8 hari Israel ke atas Gaza.

Mahmud al Burdi adalah seorang pemuda yang baik lagi mentaati ke dua orang tuanya. Beliau tidak dapat menyambung pelajarannya disebabkan ketiadaan sumber kewangan.

Ketika beliau berbual-bual santai bersama temannya di halaman rumahnya, tiba-tiba sebuah letopan berlaku di perkarangan rumatnya yang sempit. Beliau cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan perubatan.

Mahmud didapati mengalami patah tulang di 2 tulang utama kakinya dan tulang lututnya hancur dek serpihan bom tersebut. Walau pun dia telah pun menjalani 3 pembedahan orthopedik, permasalhannya masih belum selesai dan masih lagi memerlukan sekurang-kurangnya 2 pembedahan besar lagi.

Selepas memberikan sumbangan kewangan, kami pun keluar daripada rumahnya. Saya ternampak adiknya Amna yang berumur 8 tahun yang sedang memerhatikan kehadiran kami yang asing baginya.

Secara spontan saya terus mengeluarkan sekotak kecil hadiah yang dikirim oleh seorang ibu dari Malaysia (Mak Bonda) buat anak-anak miskin di Gaza. Hati saya sebak apabila melihat Amna menangis menerima hadiah yang sangat istimewa buatnya ini.

Apa tidaknya, beliau tidak sangka bahawa dia akan menerima kunjungan tetamu daripada luar negara ke rumahnya yang begitu dhaif sekali. Bahkan inilah kali pertama baginya menerima hadiah yang cukup besar maknanya buat Amna sebagaimana anak-anak Gaza lain yang turut merasai kepedihan sekatan israel ke atas Gaza.

Jangan menangis Amna, kelak di sana fajar akan menyinsing kembali buatmu. Bersabarlah kerana Allah akan bersama dengan hambaNya yang tabah dengan ujian kehidupan.

Misi Perubatan AP ke Gaza
27hb Mac 2012
Az Zaitun, Gaza

Wahai para wanita...tahuka­h anda bahwa:


Saudariku yang mulia, jika engkau memang memiliki akal untuk berfikir maka dengarkanlah nasehat berikut ini:
Wahai para wanita...tahuka­h anda bahwa:

(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertumpuk pula dosa-dosamu

(2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu.­..semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu

(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawa­bannya kelak..!!!. Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari..,­ apalagi keelokan tubuhmu....

(4) Bayangkanlah...­ betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang aurotnya diumbar di hadapan ribuan...bahkan­ jutaan para lelaki??

(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu...maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah...,

(6) Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat...dan di akhirat kelak...bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahannam!!!

Semoga bermanfaat dan menjadi bahan renungan bagi sahabat muslimah semua

... 13 Nasehat kehidupan ...



... 13 Nasehat kehidupan ...

1. Jika Kita Memelihara Kebencian dan Dendam, maka seluruh Waktu dan Pikiran yang Kita Miliki akan Habis dan Kita Tidak akan pernah menjadi Orang yang Produktif.

2. Kekurangan Orang Lain adalah Ladang Pahala bagi Kita untuk Memaafkannya, Mendoakannya, Memperbaikinya dan Menjaga Aibnya.

3. Bukan Gelar atau Jabatan yang menjadi Orang menjadi Mulia. Jika Kualitas Pribadi Buruk, semua itu hanyalah Topeng tanpa Wajah.

4. Ciri Seorang Pemimpin yang Baik akan Tampak dari Kematangan Pribadi, Buah Karya, serta Integrasi antara Kita dengan Perbuatannya.

5. Jika Kita Belum bisa Membagikan Harta Membagikan Kekayaan, maka Bagikanlah Contoh Kebaikan.

6. Jangan Pernah Menyuruh Orang lain utk Berbuat Baik, sebelum Menyuruh Diri sendiri, Awali segalanya dari Diri sendiri.

7. Pastikan Kita sudah Bersedekah hari ini, Baik dengan Materi, dengan Ilmu, Tenaga, atau Minimal dengan Senyuman yang Tulus.

8. Para Pembohong akan Dipenjara oleh Kebohongannya sendiri, Orang yang Jujur akan Menikmati Kemerdekaan dalam Hidupnya.

9. Bila Memiliki banyak Harta, Kita akan Menjaga Harta. Namun Jika Kita Memiliki banyak Ilmu, maka Ilmulah yang akan Menjaga Kita.

10. Bila Hati Kita Bersih, Tak ada Waktu untuk Berpikir Licik, Curang atau Dengki sekalipun terhadap Orang lain.

11. Bekerja Keras adalah Bagian dari Fisik, Bekerja Cerdas merupakan Bagian dari Otak, sedangkan Bekerja Ikhlas ialah Bagian dari Hati.

12. Jadikanlah setiap Kritik bahkan Penghinaan yang Kita Terima sebagai Jalan untuk Memperbaiki Diri.

13. Kita Tidak pernah tahu Kapan Kematian akan Menjemput Kita, tapi Kita Tahu persis seberapa Banyak Bekal yang Kita Miliki untuk Menghadapinya.
 

Mengapa lidah kelu disaat ajal akan menjemput..??


Mengapa lidah kelu disaat ajal akan menjemput..??

Coba kita amati..
Mengapa kebanyakan orang yg hampir ajal tidak dapat berkata apa- apa..
Lidahnya kelu..keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'..

Diriwayatkan sebuah hadist..

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika adzan..
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "..

Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri..jangan berkata apa-apa pun sewaktu adzan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati adzan...

JIKA LAGU KEBANGSAAN NEGARA BERKUMANDANG,,K ITA DIAJARKAN AGAR BERDIRI TEGAK DAN DIAMKAN DIRI..
Lantas Mengapa ketika adzan kita tidak bisa mendiamkan diri..?

''Barang siapa yang berkata-kata ketika adzan..Allah akan kelukan lidahnya ketika sakaratul maut...''

Na'udzubillahim indzalik...

Kita takut dengan kelunya lidah kita saat ajal hampir tiba..maka kita tidak dapat mengucap kalimat "Lailahaillalla h.."..

Yang mana siapapun yang dapat mengucapkan kalimat ini ketika nyawanya akan dicabut..Allah degan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka...

Karena itu..mari kita sama-sama menghormati adzan..dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu sewaktu nyawa kita hendak dicabut...

"Ya Allah..
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia..
Lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah "Lailahaillalla h.." sewaktu sakaratul maut menghampiri kami...

Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya rabbal a'lamin.

Kabulkanlah doa kami ya ALLAH...aameen Allahumma aameen



ღ╮⊰★♥ ♥★ ⊱╭ღ╯
(*)¦•¦¦•¦¦•¦¦☼
(⁀‵v´⁀) ¸.•°*”˜˜”*°•.
`•.¸.•´¸.•°*”˜˜”*°•.
... ¸.•°*”˜˜”*°•.
________☼/)_☼_____☼./¯"""/')
¯¯¯¯¯¯¯¯¯\)☼¯☼¯¯¯¯☼'\_„„„„\)
❤☆•☆•Assalamu'alaikum`warahmatullahi`wabarakatuh•☆ღ☆ღ♥

Bismillahirrahmanirrahiim...Selamat Tengahari And Good Afternoon Sahabat-sahabat Hatiku Tersayang Disana...

~※::~.::※::※::~::※~

***Aamiinnn.....Aamiinnn.....Aamiinnn...Ya ALLAH Ya Rob Bal Alamiinnn❤❤❤~~~.....

Selasa, 26 Mac 2013

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat.


share dari link fb ~Pakar diari hati

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, inilah hikmahnya Rasulullah saw menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah. Artikel seterusnya selepas ini berkaitan hadis ini.

Kenapa Aku Bertemu Dia? Allah memilihkan jodoh yang terbaik buat kita.


Kenapa Aku Bertemu Dia?
Allah memilihkan jodoh yang terbaik buat kita.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-NYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sadar bahwa kita hanyalah makhluk yang senantiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sadar bahwa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG karena mengingatkan kita bahwa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahwa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL...

Dalam hadits Abu Hurairah disebutkan bahwa Rasulullah n bersabda:

لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah, jika ia tidak suka satu tabiat/perangainya maka (bisa jadi) ia ridha (senang) dengan tabiat/perangainya yang lain.” (HR. Muslim)

Ingatlah bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman,wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, begitupun juga sebaliknya :

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…” (Qs. An–Nur: 26).

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA...
Yakinlah dengan do'a kita :
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.( HR. Tirmidzi)

Jika setiap orang memahami hal ini, maka tentu ia akan terus banyak berdo’a dan banyak memohon pada Allah. Karena setiap do’a yang dipanjatkan pasti bermanfaat. Segala sesuatu yang Allah karuniakan, itulah yang terbaik.

Semoga Allah memilihkan / memberikan jodoh yang barokah buat kita semua.
 

Isnin, 25 Mac 2013

MEE HAILAM


share dari link fb ~Resepi Bonda

MEE HAILAM
Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gmisi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]
garam [jika perlu]

bahan hiasan
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
Cara: 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

BERHENTILAH MENYAKITI WANITA"



"BERHENTILAH MENYAKITI WANITA"

Wahai Ikhwan..

Jangan sentuh hati wanita jika hanya akan membuatnya kecewa..
Jangan sentuh hati wanita jika hanya akan membuatnya menderita..
Jangan memberikan harapan jika tidak bisa memberi kepastian..
Jangan suka mengiming-imingi khayalan yang indah kepda wanita jika engkau tak bisa mewujudkan khayalan itu menjadi sebuah kenyataan.

Jangan engkau mengiming-imingi wanita dengan mimpi-mimpi hidup bahagia jika tak akan menjadi nyata.

Wahai Ikhwan..
Jika merasa sudah mampu.
Khitbahlah lalu Nikahilah dia.

Jika belum mampu tahanlah dengan berpuasa..
Karena jika engkau paksa dia untuk menunggu tanpa hubungan yang halal..
Maka engkau hanya akan menyakiti hatinya saja.
Perlahan tapi pasti..

Karena apa..
Karena ketika kata-kata yang sudah engkau tebarkan di telinganya dan jika ternyata itu semua hanya harapan hampa belaka..

Maka tanpa engkau sadari dialah yang menanti yang paling tersakiti.
Maka berhentilah menyakiti wanita..
 

Muhasabah diri: Kita amat mudah mencari kesilapan dan aib orang lain..berbanding..silap dan salah diri sendiri..

share dari link fb ~ Takaful MyDESK



Muhasabah diri:

Kita amat mudah mencari kesilapan dan aib orang lain..berbanding..silap dan salah diri sendiri..
Checklist untuk muhasabah diri dalam hubungan seharian kita dengan orang lain..

Ambil sekeping kertas dan tuliskan kesilapan kita, bandingkan
dengan kesilapan orang lain (lihat gambar). Analisa diri.
Agak-agak kesilapan siapa yang kita nampak lebih BANYAK?

Mungkin ada benarnya pendapat yang mengatakan:
" Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan oleh orang lain..TETAPI oleh minda dan deria kita sendiri."

Wallahu'alam.
~*InsyaAllah..semoga kita berubah ke arah yang lebih baik, sejajar
dengan pertambahan usia dan pengalaman dalam hidup kita:)

Ayam Percik


share dari link fb Buku Resepi

Ayam Percik 
Oleh: Naimah Md Ludin
Bahan2
1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
serbuk kunyit
garam halus

cara:
gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
bila ayam dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas ayam..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas ayam masa hidang...

percik
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 1 inci halia
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas ayam bakar tadi@masukkan ayam bakar dlm percik..gaul sebati dan hidangkan

*kalau percik tu nak guna utk ikan/sotong xperlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain tu ya.

Selamat mencuba! :)
 

INDAH PAGI YANG MENYAPA


share dari link fb RINDU DALAM SEPI

INDAH PAGI YANG MENYAPA

Indahnya pagi yang menyapa
terasa dibelai bayu damai
kesyukuran kupanjatkan kepadaNya
agar kekal berpanjangan
bahagia yang kudamba
akan selamanya bertahta..

Andai semalam
sepi menyelubungi jiwa
jika semalam awan hitam
menutupi ceria..

Kuharap hari ini 
cerah mentari hadir menemani
bersama redhaNya
sekudus kasihNya
setulus kesyukuran
hanya kepadaNya
Yang Maha Esa...

S/IDA-24,3,2013-9;16am