Sabtu, 27 Julai 2013

Kuasa Sujud Di Dalam Solat ...


Bismillah.

Kuasa Sujud Di Dalam Solat ...

Tahukah kita solat 5 kali sehari iaitu 17 rakaat telah berlaku 34 kali sujud. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. 

Sedangkan otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. 

Dikaji dengan lebih serius akhirnya beliau peroleh jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. 

Apabila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim dll.

Lebih mengharukan, beliau memeluk Islam. Subhanallah. Begitu hebat kuasa sujud.

Sebenarnya:-

1. Sujud pertama tanda taat (perintah Allah)
2. Sujud kedua tanda syukur (hamba kepada Allah)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi S.A.W. bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu.” (HR Muslim) 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

”Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah R.A. berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, 

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah).” (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. 

Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. 

Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

Sesungguhnya Islam itu indah. Solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada hambanya zahir dan batin. Apabila kita sempurnakan hak Allah (solat), Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan) seperti konsep Give and Take.

Astagfirullah.
 

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG


TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Sumber dan perbincangan disinihttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=397628843674579&set=a.386325788138218.1073741826.386316928139104&type=1&theater

::JANGAN ABAIKAN, TOLONG BACA::


::JANGAN ABAIKAN, TOLONG BACA::

Anda dapat membantu seseorang dengan share ini.

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang betul makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK <AIS BATU>SELEPAS MAKAN ADALAH= KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin(RACUN) 

(Cara Terbaik adalah)

Minum air <PANAS ATAU SUAM> selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.

BANTU SHARE PADA KAWAN~KAWAN TQ.

Jumaat, 5 Julai 2013

Pesan pada diri.. Sematkan dalam hati..


Pesan pada diri..
Sematkan dalam hati..


Walau seberat manapun dugaan dan ujian yang menimpa..
tetaplah bersimpuh keharibaanNya..
Sesungguhnya kita hanya hambaNya yang dhaif..

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan 
(atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang 
kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan
berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian 
besar dari dosa-dosa kamu"[Surah Ash-Shūraá 42:30]

ُلاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه
ُلَهُ الْمُلْكُ, وَلَهُ الْحَمْد
ٌوَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر

(Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan ALLAH
Yang Esa, tiada sekutu bagiNYA, bagiNYA kerajaan dan 
bagiNYA kepujian dan DIA berkuasa ke atas setiap sesuatu)

Rasulullah bersabda: "Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti:


Rasulullah bersabda: "Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti:

1. Imam pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang tumbuh dewasa yang hobinya beribadah pada Allah, padahal di saat nafsunya bergejolak.

3. Hamba yang hatinya selalu terikat pada masjid, senangnya berjamaah dan beraktivitas ke masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul, berjumpa, bersahabat karena Allah dan berpisah karena Allah pula.

5. Seorang hamba lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata 'Aku takut kepada Allah'.

6. Hamba yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, ikhlas karena Allah.

7. Hamba yang berdzikir dan berdoa kepada Allah dalam keheningan malam, dalam kesendiriannya, dalam muhasabah dirinya lalu ia menitikkan air matanya." (HR. Bukhari Muslim)

"Ya Allah yang Menguasai langit bumi, jadikan kami diantara tujuh golongan hamba-hambaMu yang Kau lindungi kelak di akhirat... Aamiin"

Semangat pagi, selamat beraktifitas semoga hari ini selalu diingatkan menuju kebaikan, dilimpahi keberkahan sehat dan rizki untuk keluarga kita semua ,,,

Buah Hatiku Berbagi ilmu parenting islami, motivasi dan inspirasi keluarga Muslim Semoga ada hal yang bermanfaat yang terdapat di dalamnya