Ahad, 30 November 2014

Resepi Lockching Atau Satay Ikan

share dari link fb ~Kongsi Kongsi Resepi

Resepi Lockching Atau Satay Ikan

Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
resepi sos:

Sos manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(utk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana uols nak k)

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

DOA2 DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK

share dri link fb ~Syurga Menanti Mu



DOA2 DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK 

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik....
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

TEPUNG BERAS.. via ➨ Aneka Resepi Kuih Muih

share dari link fb ~Resepi Masakan

TEPUNG BERAS..

yang patut anda tahu bila nak membeli...
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafedz Majlis Mawlid Akbar Terengganu


share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

"Lihatlah berapa banyak hamba-hamba Allah ﷻ yang bermaksiat dgn matanya akan tetapi Allah ﷻ tidak ambil mata mereka..Berapa byk org-org dari hamba Allah ﷻ yg bermaksiat dgn lisannya akan tetapi Allah ﷻ tidak mengambil lisan mereka..Berapa byk hamba Allah yg bermaksiat dgn pendengarannya tetapi Allah ﷻ tidak mengambil pendengaran mereka .

Dan begitu seterusnya hanya Allah ﷻ yg kebaikanNya tidak pernah akan terputus kpd kita seperti apapun kita menghadap kpd Allah kerna Allah سبحانه وتعالى adalah Tuhan yg senantiasa membuka pintuNya utk hamba-hamba yg taat dan tidak butuh hamba yg bermaksiat .

Bayangkan Allah ﷻ tunggu taubat kita , kedatangan kita ke pintuNya, Allah ﷻ menantikan kita yg masih lalai dan berbuat maksiat di siang dan di malam hari utk segera dihapuskan dgn kelembutan Allah ﷻ

Maka kita menjadi org yg amat sgt rugi jika di pagi hari kita lalai kpd Allah ﷻ dan di malamnya pun kita masih lalai kpd Allah..Akan tetapi kasih syg Allah ﷻ tidak pernah pandang buruk kpd sesiapa pun drpd hamba-hambaNya .

Maka kita bersama-sama menghadap Allah ﷻ bukan sahaja dgn jasad kita akan tetapi hadapkan seluruh ruh kita , jiwa raga kita di hadapan Allah ﷻ sehingga kita dpt bahagian yg besar dari sisi Allah ﷻ iaitu makanan hati dan makanan ruh di sisi Allah ﷻ

الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafedz
Majlis Mawlid Akbar Terengganu

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Diceritakan oleh Habib Attas Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz mengenai kelebihan menuntut Ilmu dan duduk dimajlis Ilmu:-

*foto Al Allamah Al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz(kiri)Habib Syech Assegaf(tengah) dan Habib Attas Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Diceritakan oleh Habib Attas Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz mengenai kelebihan menuntut Ilmu dan duduk dimajlis Ilmu:-
.
Disebutkan Al Habib Hassan Bin Soleh Baharuddin sentiasa berada bersama Sheikh Salim Bin Sumith..Pada selalu ketika beliau tidak datang utk berziarah dan ketika dtg ditanya "Kemana kamu sudah lama tidak berziarah kepada aku wahai Sheikh? lalu ia berkata ketika aku di Haubah aku berjumpa seseorang yg mana beliau ini peniaga kepada ternakan yg besar dan beliau ini bermuamalah dgn riba dan merasa menyesal dan ingin bertaubat dan bertanya bagaimana caranya lalu aku berkata adakah kamu ada catatan dgn siapa kamu bermuamalah riba sebelum ini atau pernah menzalimi sesiapa?maka kamu harus pulangkan dan sempurnakan balik jika ada berbuat zalim maka kamu akan terselamat drp perbuatan kamu selama ini..Lalu berkata kerana itulah aku tidak dtg kerana menemani beliau pergi kepada setiap org yg pernah beliau bermuamalah riba dan yg pernah dizaliminya dan kebanyakan nya drp nya memaafkan beliau dan kerana itulah aku tidak menziarahi engkau".
.

Dan setelah selesai aku iring beliau dan berjumpa kepada setiap org yg dizaliminya,bermuamalah riba pada keesokan hari beliau pun meninggal dunia..Maka ketawa Habib Hassan apabila mendengar cerita itu..Sheikh itu hairan dan bertanya "Kenapa kamu ketawa?lalu ia mengatakan aku tahu beliau mati kecuali dia sempat bertaubat..dan bertanya sheikh itu bagaimana kamu mengetahui beliau mati kecuali dgn sempat bertaubat?
.
Lalu Habib Hassan mengatakan org yg kamu ceritakan itu td suatu hari dia dtg ke Majlis aku..semasa beliau masuk kemajlis aku bukan ingin menuntut ilmu tetapi beliau ingin mengambil duit drp org yg berada di majlis itu dan apabila beliau masuk aku ternampak Rahmat Allah ﷻ sedang turun dan menimpa,mengena kepada dia..Maka aku yakin dan percaya dia tidak akan mati kecuali dia akan bertaubat kepada Allah ﷻ.

Bagaimana jika seseorang itu yg ikhlas kerana Allah menuntut ilmu dan duduk di majlis-majlis ilmu?سبحان الله .

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Lantaran itu...kami semaikan hati ini dengan perbanyakkan zikrullah agar terus merajai di hati dan menyikir jauh segala syirik, kurafat dan bid'ah.

share dari link fb ~Akhi Yusri Idham

~ In love with ALLAH S.W.T ~ 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Dengan namaMU yang kami sebut selalu, agar menambahkan rasa cinta dan takut kepadaMU...biarkanlah hati kami disulamkan kebesaran dan keagunganMU Ya ALLAH...kerana di hati ini juga bertakhtanya segala permulaan yang Engkau murkai.

Lantaran itu...kami semaikan hati ini dengan perbanyakkan zikrullah agar terus merajai di hati dan menyikir jauh segala syirik, kurafat dan bid'ah.

Inilah dambaan kami dalam meneruskan hidup di muka bumi ALLAH S.W.T. dengan penuh tabah dan sabar hadapi segala godaan yang menjerumuskan ke jalan hidup yang penuh dengan kedosaan dan kedurjanaan.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Sunnah sebelum tidur

share dari link fb ~Klinik Rawatan Islam Nur Isyraq

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". 
(Riwayat Baihaqi)

Antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.
Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” 
(HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

2. Solat Witir sebelum tidur.
Dari Abud Darda, ia berkata: “Kekasihku telah berwasiat kepadaku tiga hal. Hendaklah saya tidak pernah meninggalkan ketiga hal itu selama saya masih hidup: 
[1] menunaikan puasa selama tiga hari pada setiap bulan,
[2] mengerjakan solat Dhuha, dan 
[3] tidak tidur sebelum menunaikan solat Witir.”
[HR. Muslim, Abu Dawud, Turmuzi dan Nasa’i]
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Habib Umar berpesan tentang rasa cinta dan kasih yang wajib dipunyai oleh orang ² beriman.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Habib Umar berpesan tentang rasa cinta dan kasih yang wajib dipunyai oleh orang ² beriman.

Sifat orang beriman itu adalah saling kasih mengasihi dan saling tolong menolong.

Orang beriman mempunyai pelbagai kedudukan dan martabat di sisi Allah.

1. Para anbiya wal mursalin
Jika kita tidak cinta kepada mereka, boleh dijatuhkan hukum sebagai kufur.

2. Golongan Para muqarrabin( orang yang hampir kepada Allah ), Para siddiqin 
Jika tidak sayang dan cinta kepada mereka boleh jatuh hukum sebagai munafiq.

3. Ahli keluarga Nabi ﷺ , Para Ahli Bait Fatimah,Ali, Hassan dan Hussien serta para Ummul mukminin isteri Nabi ﷺ 
4. Para Sahabat Nabi ﷺ .

Habib Umar mengatakan... Nabi ﷺ berpesan, "bukan dari golongan kami orang yang tak hormat kepada orang tua, tak kasih kepada orang yang muda dan tak hormat kepada ulama' " Bukan dari golongan ahlissunnah orang yang hanya mengasihi sahabat tetapi membenci ahli bait. Atau mengasihi ahli bait tetapi mengutuk dan membenci sahabat.

Nabi ﷺ sering mengisytiharkan pujian Baginda ﷺ dan rasa cinta Baginda ﷺ kepada ahli bait dan sahabat baginda ﷺ, jadi siapa yang tak suka memuji mereka yang dipuji Rasulullah, mereka ini golongan daripada mana?

Punca kehinaan seseorang bermula apabila dia menghina kepada orang lain Atau memandang rendah kepada siapa ², orang mukmin meskipun seorang dari kalangan mereka. Walaupun seorang dari orang beriman, walaupun seorang dari orang beriman. Walaupun seorang dsri orang beriman,

Habib Umar pesan agar hadirin berusaha menghiasi diri dengan sifat orang-orang beriman, menegakkan kebaikan dan menolak keburukan, tidak membenci kepada mana-mana orang beriman, tidak merendahkan mana-mana orang beriman.

Semua itu adalah untuk mendapat kasih sayang Allah.

Kasih sayang Allah tidak terbanding dengan apa pun pemberian dari mana mana raja/penguasa di dunia ini.

Anugerah keredoan dan kasih sayang Allah itulah kejayaan yang besar.. Akhir ucapan dengan mendoakan semua kita diberikan kurniaan bersama dgn Rasulullah ﷺ dan dikurniakan sifat-sifat org beriman pada jiwa kita,dan dijadikan peribadi akhlak kita tarikan kepada orang lain mendapat hidayah dan cahaya Islam yang sebenarnya.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

1. Untuk Ayam Penyet
2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

7. Untuk Sambal
9. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
10. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
11. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
12. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
13. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
14. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

16. Untuk Sup

17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

19. Untuk Nasi

20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
23 Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Selamat Mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Rabu, 26 November 2014

⇧ 8 makanan untuk mata sihat ⇧

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

⇧ 8 makanan untuk mata sihat ⇧ 

Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda; 

Lobak Merah 
✦Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah. 

Teh 
✦Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta. 

Bawang Putih & Bawang Merah 
✦Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata. 

Kacang Walnut 
✦Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata. 

Tomato 
✦Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata. 

Kacang Soya
✦Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering. 

Telur
✦Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata. 

Brokoli 
✦Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/