Jumaat, 2 November 2012

Buang jauh-jauh


share dari link sahabat Cosmas Jep

Buang jauh-jauh rasa putus asa itu....
Buang jauh-jauh rasa kecewa itu....
Buang jauh-jauh rasa sedih itu....
Buang jauh-jauh rasa keseorangan itu....

Ukirlah senyuman dikala kesepian...
Ukirlah senyuman dikala air mata bercucuran...
Ukirlah senyuman dikala dirasakan penat
Ukirlah senyuman dikala dirasakan kasih-Nya melebihi segala

Malam datang bertandang


share dari link fb kak Pelangi Senja

Malam datang bertandang

teriring cahaya bulan yang hangat
bintang-bintang bertaut erat
dakapanmu malam indah tersurat...

Lantas kamar hati ku buka
terhidang ragaku di penjurunya
suram dingin tanpa suara
malam pun bertamu
di pintu sahaja..!

Guratan nubari bertingkah
taruhan rasa gelepar bicara
bahagiamu malam yang kau bawa
merangkul emosi hingga ke dasarnya

Ayuhlah singgah duhai malam
terus menari di lantai hari
ajarkan diriku senyuman lirih
walaupun cuma di sudut mimpi~~

♥♥♥
:::Pelangi Senja:::
021112
 

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.

share dari link fb kak Zainab Ngah


TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari-Nya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Diberikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Diberikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepada-Nya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari-Nya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

Khamis, 1 November 2012

Sebaris Tinta -- Ickha Annie


share dari link sahabat fb ~Ickha Annie

sketsa kelam itu terlukis bagai awan hitam..
melebar menapaki ruang angkasa..
kupandang sesaat.. kini terlampau jauh tuk ku gapai kembali..
dan ku bersyukur untuk itu..
karena..
engkau hanyalah bayang2 sebilah belati yang pernah menusuk dadaku..
engkau hanyalah pendaran2 gelap yang mulai tersapu cahaya..
lepaskan aku untuk ku mendaki jurang..
lepaskan aku untuk pergi melangkah..
lepaskan aku untuk menggapai cahaya Illahi..
rintih perih kaki ini berjalan membawaku pada sesuatu yang dsebut istiqomah..
jelajah menepis pada bingkai cinta dalam keabadian..
Ya Rabb..
Indah cinta-Mu membawaku dalam ranum-ranum kedamaian..
sketsa yang tercipta menjadi indah dalam warna-warni lukisan
tanpa-Mu ku takkan pernah temui indah'y cahaya pelangi..
 


Untuk Menjadi Insan Berjaya.

‎~*~ Selayang pandang...

Untuk Menjadi Insan Berjaya.

Untuk menjadi orang yang berjaya dan bahagia,kita jangan stres pada aspek-aspek luaran. Sebaliknya, yang lebih penting ialah keredhaan, keberkatan dan kasih sayang Allah. Antara aspek yang perlu kita jaga ialah FIZIKAL, SPIRITUAL dan MENTAL.


* Fizikal - jaga kesihatan.
* Spiritual - jaga mata, jaga hati.
* Mental - membina minda dan memiliki kecerdikan mental.

PERLAKUAN yang ditunjukkan pada hari ini mempengaruhi hidup kita pada masa akan datang.

(Kredit: Prof. Dr. Muhaya Muhamad)




share dari link sahabat fb - Cerita Hati Lukisan Rasa

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH



share dari link fb sahabat ~~Pakar diari hati

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit

Muhasabah Diri,,,


Muhasabah Diri,,,


Tuhanku,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun_MU yang luas..
Aku hanyalah setetes embun di lautan_MU ,
yang meluap hingga ke seluruh samudra.

Aku hanya sepotong rumput di padang_MU ,

yang memenuhi bumi,

Aku hanya sebutir kerikil di gunung_MU yang menjulang menyapa langit,

Aku hanya seonggok bintang kecil,

Yang ada di samudra langit_Mu yang tanpa batas..


Tuhanku,,

Hamba yang hina ini menyadari tiada artinya diri ini di hadapan_MU..

Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU


TuhanKu,,,

Baktiku tiada arti, ibadahku hanya sepercik air,

Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka_MU..

Betapa sadar diri begitu hina dihadapan_MU..

Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhluk_MU..

Diri yang tangannya banyak maksiat ini,

Mulut yang banyak maksiat ini,

Mata yang banyak maksiat ini…

Hati yang telah terkotori oleh noda ini…memiliki keninginana setinggi langit

Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajah_Mu yang mulia???


Tuhan…

Kami semua fakir di hadapan_MU tapi juga kikir dalam mengabdi kepada_MU..

Semua makhluk_MU meminta kepada_MU Ampunilah aku dan sudara2ku yang telah memberi arti dalam hidupku..

Sukseskanlah mereka mudahkanlah urusannya..


Mungkin tanpa kami sadari, 

Kami pernah melanggar aturan_MU..

Melanggar aturan qiyadah kami,

Bahkan terlena dan tak mau tahu akan amanah yang telah Engkau percayakan kepada kami…


Ampunilah kami ,

Pertemukan kami dalam syurga_MU dalam bingkai kecintaan kepada_MU..


Tuhanku….

Siangku tak selalu dalam iman yang teguh,

Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,

Pagiku tak selalu terhias oleh dzikir pada MU..

Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit..

Janganlah Engkau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada_Mu

Atau dalam maksiat kepada_MU..


“Ya Tuhanku Tutuplah akhir kehidupan untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!” Aamiin...


Dari saudara untuk saudara “Perbaiki diri Serulah Orang Lain”