Rabu, 6 Februari 2013

'MUTIARA HIKMAH'


share dari link fb ~Takaful MyDESK


'MUTIARA HIKMAH'

Kalau rezeki dari Allah terlambat,
maka beristigfarlah kepada Allah dan 
mohonlah semoga Allah melapangkan rezeki-Nya bagi anda. Kunci syurga adalah SABAR. Kunci kemuliaan adalah rendah hati dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah TAQWA.

( Saidina Ali bin Abi Talib)

Anugerahkanlah kepadaku Ya Rabb...


share dari link fb kak Pelangi Senja


Semakin jauh kembara hidup ini

Semakin ku insafi kejahilan diri

Selautan harap tak bertepi

Segugus hasrat yang bertali temali

Impian-impian indah yang ku bina

Gusar akan kecundang...

Sedangkan detik nafas ku hela

Kian menuju jalan pulang.

Ya Rabbi..!

Kau lunakkanlah jiwa ini

Semoga aku tidak lalai dan alpa

Terus 'mencari' dan berbakti.

Aamiin2 Allahu Rabbi...

~~sayu...sendu~~

♥♥♥
:::Pelangi Senja:::
060213
 

:: Buat diri::

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah


:: Buat diri::

Wahai diri yang mengelana di padang dunia ini, ingatlah selalu bahwa tidak ada satu tarikan napas pun yang kau hembuskan, melainkan ada takdir yang dijalankan-Nya pada dirimu. Karena itu, tunduklah pada Allah setiap keadaan.

Katakan: 
"Ya Allah aku ikhlas menerima semua ini, dan aku pasrah."

~UG~
 

Demi Masa


Yang paling JAUH bukannya bintang, mentari atau bulan..
Tetapi adalah MASA yang berlalu dan tidak akan kembali, 
Kelmarin yang luput menjadi secangkir KENANGAN, 
kelmarin yang terluput mengukir SESALAN , 
yang ADA hanya hari ini dan akan datang , 
gunakan HARI INI sebaik mungkin, 
kerana hari esok BELUM PASTI milik kita, 
sedangkan semalam TELAH PERGI buat selama-lamanya...
-Imam Asy-Syafie-

SARDIN MASAK KARI ♥ by ***Sharifah Salmah SalMie



***Sharifah Salmah SalMie
SARDIN MASAK KARI ♥ 





Bahan2;

1 tin sardin diambil ikannya saja (sy guna sardin Agromas).. sosnya bole guna utk masakan yg lain
2 sudu lada blend (yg telah diblend dgn bwg merah & putih)
2 sudu serbuk kari (sy guna kari ikan Adabi)
santan dari 1/2 biji kelapa
sedikit air asam jawa
6 biji Kcg bendi
1 biji kentang
1 biji lada besar
1/2 biji bwg besar
daun saderi sebagai hiasan

Cara2nya;

Lada blend,serbuk kari & air asam jawa jadikan seperti pes dan tumis sehingga sedikit garing. Masukkan santan & kentang. Masak sehingga kentang empuk baru masukkan kcg bendi,bwg besar & lada besar. Setelah mendidih masukkan ikan sardin,garam & gula. Kemudian hiaskan dgn daun saderi.

Tauhu Teratai @ Terbalik


share dari link fb ~Buku Resepi

Tauhu Teratai @ Terbalik
Oleh:Hayati Muda 

2 bungkus tauhu empat segi kecil (18bj)-gunakan gunting potong X disalah satu permukaan, terbalikkan, kikis isi(jgn buang)
Isi udang dan bawang (dicincang)
Daun bawang n daun sup (dipotong halus)
1 bj telur
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
Campurkan isi udang + bawang + daun sup/bawang + telur + isi tauhu+ garam n gula secukup rasa.
Sumbatkan dlm kulit tauhu.
Goreng dgn cara telangkupkan bunga kemudian baru terbalikkan hingga garing.....sedap dimakan ngan sos.
Bahan Sos:
2 bj cili hidup
Sos cili
Sos tomato
Sos cili thai
Sedikit cuka, air, garam dan gula ( blend semua bhn)

Selamat mencuba! :)
 

Resepi Puff Ayam


share dari link fb ~Buku Resepi

Resepi Puff Ayam
Oleh: Naimah Md Ludin

bahan
puff pastry jenama kawan (ikut berapa keping nak guna)
1 biji kuning telur

bahan inti
2 keping dada ayam (isi ja) dicincang
1 biji kentang didadukan
1 biji bawang besar didadukan
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 sudu besar serbuk kari ayam (bancuh dgn sedikit air)
2 sudu minyak utk menumis
1 tgkai daun kari
garam secukup rasa
*2-3 sudu air (jika perlu)

cara
-panaskan minyak.tumis bawang putih sampai kekuningan
-masukkan daun kari dan bancuhan rempah kari
-masukkan isi ayam sampai empuk
-boleh tmbah air kalau pekat sgt
-masukkan kentang dan bawang besar yg didadu..
-masak sampai kering air dan kentang empuk..

cara 1(4 segi)
-bengtangkan puff pastry
-masukkan inti dan tutup dengan sekeping lg puff pastry
-tekan hujung puff pastry dengan garfu
-sapukan kuning telur dan kelar permukaan puff
-bakar selama 10-15mnt (sampai pastry dah nampak garing keemasan)

cara 2(3 segi)
-bengtangkan puff pastry
-masukkan inti dan lipat 2 (bucu bertemu bucu)
-tekan hujung puff pastry dengan garfu
-sapukan kuning telur dan kelar permukaan puff
-bakar selama 10-15mnt (sampai pastry dah nampak garing keemasan

Selamat Mencuba! :)