Khamis, 2 Mei 2013

::Pengukuhan Jiwa:: ♥ TANDA CINTA ♥


share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

::Pengukuhan Jiwa::
♥ TANDA CINTA ♥

Tanda cinta ALLAH sudah BERPUTIK SUBUR,
adalah kita SEGAR mengulangi ayat-ayatNYA,
membaca dan mendengarnya. Lalu sangat ingin
mengamalkannya.

Allahu Rabbi..

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." [Ali Imran 3:8]

Aamiin Ya Allah..
 

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Lutut


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Lutut

Pilihan 1: Amalkan makan sayur bendi yang telah dicelur. Ini kerana, lendir bendi boleh menambah cecair di dalam lutut.

Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun pudina. Ramas bersama bancuhan bedak sejuk. Sapukan pada lutut dan balut untuk beberapa lama.

Rabu, 1 Mei 2013

Surah Al-Ikhlas boleh melapangkan rezeki dan menolak kefakiran ....


share dari link fb ~Wanita sholehah calon Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Surah Al-Ikhlas mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).

Marilah kita amalkan, InsyaAllah menjauhkan kefakiran dan diberkati Allah. Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakhbar. Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

Menghina Orang Lain, Tidak menjadikan diri kita Lebih Mulia



Peraturannya sangat mudah. Bila menghina orang lain, tidak menjadikan kita lebih mulia. Dan bila kita muliakan orang lain, tidak pula menjadikan kita hina.

Kenapa kita mudah benar memandang rendah terhadap orang lain. Tak kiralah dari segi apa sekalipun. Mungkin kita fikir kita lebih pandai, lebih kaya, lebih berilmu atau lebih alim. Namun sedarkah bahawa semua kelebihan itu tidak menuntut untuk merendahkan orang lain. Usahkan melalui kata-kata yang kita hamburkan atau tingkahlaku kita tunjukkan malah lintasan hati yang merasakan kita lebih baik dari orang lain. Semua itu bentuk ‘penghinaan’ terhadap orang lain.

Dalam hati kita ini pusat kebaikan atau mahmudah mahupun keburukan atau mazmumah. Ia mengikut apa yang kita tanamkan dalam diri kita. Bila hati kita baik, tingkahlaku dan sangkaan kita baik-baik belaka. Bila hati kita dihinggapi keburukan, tingkahlaku dan sangkaan kita buruk-buruk pula.

Mungkin kita terlalu yakin bahawa kita mampu melalui apa yang diuji ke atas individu lain. Namun tidak semudah itu. Bila kita tak diuji sedemikian, sebenarnya kita tak mampu.

Allah menguji hamba-Nya mengikut apa yang mampu ditanggung oleh mereka.

Bila kita meletakkan diri kita dalam kedudukan lebih tinggi dari orang lain, kita sangat lupa bagaimana semua itu boleh berubah sekelip mata. Apa yang kita ada atau miliki, semuanya milik Allah. Jika Dia menghendaki semua itu hilang, bagaimana agaknya kita?

Akhirnya, semua ini peringatan bersama. Jika ada rasa kita lebih mulia dari orang lain, berhati-hatilah. Allah mengurniakan semua itu untuk kita syukuri. Bukan untuk memandang rendah orang lain.

Ingatlah bahawa bila menghina orang lain, tidak menjadikan kita lebih mulia. Dan bila kita muliakan orang lain, tidak pula menjadikan kita hina.

Waallahualam…

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Ameen…

kredit kepada: citratus.blogspot.com


Masa itu akan tiba ^___^ tak perlu mencari sebab...

share dari link fb ~Dunia macam-macam

ASSALAMMUALAIKUM

SAHABAT-SAHABAT ANA YANG BUDIMAN..

Masa itu akan tiba ^___^


tak perlu mencari sebab


sebelum awak dan sidia diciptakan Allah


dah tulis jodoh awak dan dia di langit


LUH MAHFUZ....Sabar o.k... ^___^



SALAM UKHWAH FILLAH

SEBARKAN CINTA..SEBARKAN DO

Makanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout



share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA




Makanan atau Amalan Untuk Pesakit Gout

1. Minum air masak/suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing.

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak.

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan.

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat).

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan.

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan sebagainya.

8. Buah Delima.

9. Epal hijau 2 biji seminggu.

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati/

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya.

12. Garam kasar menggantikan garam halus.

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran.

15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA.

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun

::Buat diri::

 share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

::Buat diri::

“Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita.

Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..ALHAMDULILLAH..”

[Tanyalah Ustaz]