Ahad, 5 April 2015

Cara Buat Roti I ROTI BOY

share dari link fb ~Cara Buat Roti
heart emoticon
 Cara Buat Roti I ROTI BOY 
heart emoticon


BAHAN BAHAN
(12 ketul saiz sederhana)

*Bahan filling

50g mentega - disuhu bilik
50g cream cheese - disuhu bilik 
sedikit esen vanilla
50g gula perang (light brown sugar)

*Bahan topping

50g mentega - disuhu bilik
40g gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sudu besar kopi (ABM guna espresso) - dibancuh 1 sudu besar air
50g tepung gandum

*Bahan doh roti

250g tepung gandum / tepung roti
35g gula kastor
secubit garam
1 sudu kecil bread improver - ABM tambah
1 1/2 sudu kecil yis kering
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45℃
30g mentega - disuhu bilik

Cara-Caranya :

CARA CARA

Filling:
1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

Topping:
1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh roti:
1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.
2. Didalam mixer (nak guna tangan pon bole), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.
3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit). 
4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.
5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.
6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.

Langkah Seterusnya :

1. Ambil doh yg diperap tadi.
2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti kedalamnya.
4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya (rujuk gambar).
7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi kedalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit.Ikut oven masing2.
8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.

Sumber :Blog Aku Bukan MasterChef 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Resepi Pudding kiwi


Resepi Pudding kiwi

Bahan2 nya ..

5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan

cara2 

Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.

Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. 

Padamkan api.

Kacau hingga sebati.

Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.

Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.

Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

RESEPI BISKUT PANDAN NESTUM


RESEPI BISKUT PANDAN NESTUM

Bahan-bahan

-250gm mentega
-120gm gula icing
-50gm nestum (kisar kasar)
-300gm tepung redrose + 1/4 cwn
-1/4 cwn susu tepung
-2 sudu teh pandan paste
-1 sudu teh baking powder
-sedikit pewarna hijau [ ikut suka nak letak atau tak ]

Untuk hiasan

-1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
-Nestum secukupnya

Cara-Cara

1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.

2) Putar mentega dengan gula hingga sebati.

3) Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

RESEPI AYAM KABSA BAKAR

share dari link fb ~Jom Masak

RESEPI AYAM KABSA BAKAR

Ketika masak nasi arab kabsa, ayamnya kita boleh masak bersama nasi atau kita bakar asing. 

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ Biarkan seekor tanpa belah atau dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat resepi rempah kabsa sebelum ini)
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning atau saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.

*******************

HOMEMADE REMPAH KABSAH

Disini saya ceritakan cara mudah untuk membuat Rempah Kabsah. Rempah ratus yang digunakan adalah rempah ratus yg biasa kita gunakan dlm masakan kita juga.

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur (kisar kering)
3. Simpan rempah yg telah dikisar di dalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Resepi Cheese Muffin


Resepi Cheese Muffin

Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :

Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.

Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak.

Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar 
bercampur.Tak perlu hingga kembang.

Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.

Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.

Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.

Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.

NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.

Selamat mencuba yea semua

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

PETUA UNTUK PENDERITA SAKIT @ LENGUH URAT SARAF

share dari link fb ~Ida Shahida II

PETUA UNTUK PENDERITA SAKIT @ LENGUH URAT SARAF 

1 biji epal hijau
4 biji peria katak
1 gelas @ Cawan air. 

dikisar. tapis. minum jusnya. sehari sekali. sampai lega. mujarab. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Khamis, 2 April 2015

Khutbah Gerhana; "Pernah dahulu, Yahudi mencabar Rasulullah ﷺ, kalau lah Rasulullah itu Rasul yang benar, maka mohonlah Tuhannya untuk menurunkan azab kepada Mereka.

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Khutbah Gerhana; "Pernah dahulu, Yahudi mencabar Rasulullah ﷺ, kalau lah Rasulullah itu Rasul yang benar, maka mohonlah Tuhannya untuk menurunkan azab kepada Mereka. Maka turunlah ayat,"

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Jikalau kuffar yang tak beriman kepada Allah سبحانه وتعالى, yang mensyirikkan Allah, Allah tidak menimpakan azab kepada mereka selagi mana Nabi berada dikalangan mereka. Apatah lagi kalau ummat Nabi Muhammad ﷺ yang melakukan Dosa, sekiranya Rasulullah masih bersama mereka, maka Azab Allah tak ditimpakan kepada mereka."

"Ayat ini tidak mansukh sehingga sekarang, apa makna keberadaan Rasulullah ﷺ disisi Kita yang menyebabkan kita tak diazab oleh allah diatas bumi ini walaubagaimana besar pun dosa kita disisi Allah? Jadi apa maksud " Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. "

"Didalam surah al-Hujurat
وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ
Dan ketahuilah olehmu sesungguhnya di dalam diri kamu ada Rasulullah. Apakah yang dimaksudkan didalam diri kita ada Rasulullah?"

"Sayyidina Umar tanya abdullah ibn Abbas? Seorang khalifah Amirul Mukminin sanggup menuntut ilmu bertanya kepada seorang kanak-kanak. Apakah maksudnya Rasulullah ada dalam jasad kita?"

"Jawab Abdullah bin Abbas, Ada atau tak Muhammad dalam diri ummat muhammad? Bukan semua ummat Muhammad mempunyai muhammad dalam diri mereka, ianya bergantung kepada kasihnya mereka kepada Muhammad."

"Sabda Nabi ﷺ, sesiapa yang bercampur kasih dengan aku didalam hatinya, maka hati itu takkan disentuh oleh api neraka.
Setiap manusia yang lupa terhadap muhammad bermakna mereka berada didalam neraka."

"Rasulullah ﷺ tak layak dikebumikan di perut bumi, sebahagian para Rasul dan nabi ada yang di angkat ke langit, kenapa ianya tak berlaku kepada Rasulullah? Jasad Nabi di muka bumi selevel dengan tong najis di kota madinah? Adakah ianya layak?"

"Imam darul hijrah, Imam Malik رحمه الله ,selama berada di madinah tak pernah buang najis kecil mahupun besar dikawasan tanah Haram madinah jika mahu melepaskan hajatnya."

"Imam Malik tak pernah tunggang binatang tugangan, katanya, aku malu untuk pijak bumi madinah dengan tapak binatang tugangan sedangkan dibawahnya ada jasad Rasulillah."

"Tapi kenapa Rsulullah ﷺ rela jasadnya ada dimuka bumi? Sebabnya, Jika tak ada jasad Nabi diatas muka bumi, pastilah kita akan diazab diatas muka bumi."

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ. 
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka."

Daripada Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Malikki.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/