Khamis, 7 Mei 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Sharing dari seorang kawan

ucap subhannallah atas ilmu ni dan share dengan kawan- kawan yang lain 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

ARTI SEBUAH KERINDUAN

share dari link fb ~Buya Yahya

(ARTI SEBUAH KERINDUAN | Oase Iman Buya Yahya)

Oleh : Buya Yahya
Pengasuh LPD Al-Bahjah

Yang terucap dengan lidah kita, tentang Allah SWT, ridho Allah SWT, surga, neraka, iman kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan segala hal di seputar Islam. Sudahkan kalimat-kalimat tersebut disaat terucap di bibir, sekaligus di rasa oleh hati nurani kita. Berapakali kita menghadiri diskusi tentang Islam, seminar tentang syariah, perencanaan dalam da’wah dan lain sebagainya. Seberapa besar makna kedekatan kita kepada Allah SWT kita rasakan dari segala gebyar aktivitas tersebut. Teringat sabda Nabi SAW, ” Ada orang membaca al-Qur’an, akan tetapi bacaannya tidak bisa melewati tenggorokannya.” Artinya ada orang berbicara tentang perjuangan untuk Islam, syariat Islam, Allah SWT dan lain sebagainya. Akan tetapi pembicaraan tersebut hanya bergema ditenggorokannya saja dan tidak bisa terus meresap ke hati.

Ada orang yang sibuk diskusi tentang Islam dan berbicara tentang pemikiran Islam dan Islam, akan tetapi diskusi dan pembicaraan tersebut hanya berputar-putar di seputar otak kepalanya dan tidak bisa di hayati oleh hatinya. Ada orang yang lantang suaranya mengajak orang lain kepada Allah SWT dengan metode penyampaian yang amat menarik, akan tetapi ajakan tersebut hanya untuk orang lain sementara hatinya sendiri tidak merasa terpanggil untuk menyambut ajakan tersebut. Itulah orang-orang yang didustakan oleh Allah SWT kelak di akherat. Di dunia mempunyai gelaran kebesaran dalam urusan agama, akan tetapi gelar-gelar tersebut tidak mereka ketemukan di akhirat.

Yang kita lakukan disaat ini dan disaat-saat yang telah lalu dari diskusi tentang Islam dan da’wah. Yang sering kita suarakan dan kita perdengarkan kepada orang lain tentang iman, surga, neraka dan lain sebagainya. Sudahkan semua itu menjadikan kita semakin takut kepada Allah SWT, semakin rindu kepada Allah SWT, semakin mengagungkan Allah SWT, semakin cinta Rasulullah SAW dan Islam? Pernahkah di saat kita mendiskusikan syari’at Islam, tiba-tiba kita mendengar suara adzan, lalu kita bergegas menyambut seruan muadzin untuk khusyu’ shalat berjamaah? Sudahkah kita yang di siang hari sibuk berbicara tentang ridha Allah SWT, syurga dan kerinduaan kepada Allah SWT, lalu ditengah malam kita mengkhususkan waktu untuk memadu kasih dengan Allah SWT? Jika ini semua belum pernah kita lakukan, tanyakan kepada hati kita sendiri! Apa makna perjuangan kita tentang Islam, Allah SWT dan Rasulullah SAW kalau bukan untuk menumbuh suburkan kerinduan kita kepada Allah SWT? Apa arti sebuah pemikiran tentang Islam, jika bukan untuk menjadikan kita rindu keselamatan di akhirat? Apa arti kalimat yang diucapkan oleh lidah kita tentang kecintaan kepada Allah SWT dan Islam, jika tidak kita sambung dengan merintih khusyu’ dalam ibadah kita kepada Allah SWT di sepinya malam?

Ya Allah, Pencipta cinta dan kerinduan, jadikanlah kecintaan dan kerinduan kami hanya kepada-Mu dan karena-Mu! Ya Allah jadikanlah kami adalah orang-orang yang gemar menyampaikan kebenaran sekaligus mudah untuk mendengarnya! Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang menyeru kepada kerinduan kepada-Mu dengan hati dan lidah kami! Ya Allah jadikanlah kami sebab rindunya hamba-hamba-Mu kepada-Mu…
Wallahu a’lam bisshowab.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Rabu, 6 Mei 2015

Jom kita kongsi petua petua lama


share dari link fb ~ Legacy Secret Trading
Jom kita kongsi petua petua lama
* LANCARKAN HAID
Jika minum air tomato, air lobak merah dan air kunyit dengan teratur, haid anda akan berjalan dengan teratur.
* HAID LEWAT
Ambil kunyit dan parutkannya. Campurkan dengan jintan hitam, bunga cengkeh dan daun sri gading hancurkan semua bahan-bahan ini. Seduhkan dengan air yang mendidih. Minum ketika airnya hangat-hangat kuku lagi. Ulangi meminumnya 2-3 kali seminggu.
Boleh cuba amalkan sambil ambil ubat-ubatan moden atau tradisional..
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

CERAMAH/TAUSIYAH - DARI BUYA YAHYA HIMPUNAN DARI KOLEKSI YOU TUBE (SEBAHAGIAN DARINYA)



















blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

-- Adab Bermunajad Kepada Allah -- (Buya Yahya Pengasuh LPD Al-Bahjah (Cirebon) :)

Buya Yahya Pengasuh LPD Al-Bahjah (Cirebon) :

-- Adab Bermunajad Kepada Allah --

Saat kita melakukan kesalahan kepada orang tua kita, yang semestiya harus kita lakukan jika kita hendak mengajukan permintaan adalah memohon ma’af. Bisa jadi permintaan kita akan menambah amarah orang tua kita jika kita ajukan permohonan sebelum kita memohon ma’af. Itu adalah yang terjadi antara anak yang seorang hamba dan bapak yang juga seorang hamba. Bagaimana jika ternyata jalinan itu adalah antara kita dengan Allah SWT ? Pantaskah kita mengajukan permohonan kepada Allah SWT sementara dengan dosa yang kita lakukan pun kita belum memohon ampun. Kalau pun meminta ampun akan tetapi tidak dibarengi dengan keseriusan dalam memohon ampun. 

Sudahkah kita sadari nikmat yang dikaruniakan oleh Allah SWT dari mata, telinga, tangan dan jabatan dan lain-lainnya yang semestinya kita gunakan untuk mencari ridho Allah SWT namun akhirnya kita gunakan untuk melanggar-Nya? Layakkah kita saat itu untuk mengajukan permohonan lagi sementara nikmat yang ada saja kita tidak bisa mensyukurinya? Sungguh, orang yang tidak mengerti makna bersyukur ia tidaklah mengerti makna permohonan. Karena yang tidak bisa bersyukur artinya tidak kenal siapa yang memberinya nikmat. Yang tidak kenal siapa pemberi nikmat mungkinkah akan memohon secara sesungguhnya kepada-Nya? Tata krama memohon adalah jika kita memohon kepada Allah SWT dengan segala kelemahan dan kebutuhan kita kepada Allah SWT, sekaligus menyadari keagungan Allah SWT pengkabul segala permohonan.

Merenungi jati diri maknanya amat penting dalam irama memohon kepada Allah SWT. Berapa kali dalam sehari kita memohon kepada Allah SWT dan berapa banyak macam permohonan kita panjatkan kepada Allah SWT. Akan tetapi berapa banyak telah kita hadirkan kesadaran akan kelemahan kita? Atau yang terlahir justru harapan dan impian setelah pengkabulan yang kadang hanya akan membawa kesombongan diri dengan rencana-rencana pasca pengkabulan. Seorang ustadz yang begitu khusyu’ memohon agar diberi keberhasilan dalam dakwahnya. Akan tetapi terlintas di benaknya bayang-bayang kemegahan wibawa sebagai ustadz yang berhasil dalam mengajak umat dengan sejuta tamu dan pengikut. Apakah permohonan yang semacam ini adalah sebuah pengakuan kehambaan yang lemah dihadapan Allah SWT? 

Yang memohon kepada Allah dengan khusyu’nya agar diberi rizqi yang halal dan barokah untuk bekal ibadah, akan tetapi terlintas di hati kecilnya kerinduan, kemewahan dan kemegahan diantara manusia. Apakah permohonan yang semacam ini adalah permohonan yang benar yang dibarengi dengan kerendahan dan rasa tawadhu di hadapan Allah SWT? Sungguh Allah SWT akan melihat apa yang ada di hati kita. Jangan hanya memohon dengan sejuta ungkapan indah tanpa sebuah keinsyafan sebagai pemohon. Akan tetapi memohonlah kepada Allah SWT dengan segala hati yang terjaga, terbersihkan dan penuh kesadaran akan kelemahan kita dan keagungan Allah SWT. Sadarilah apa yang Anda ucap, serta camkan permohonan Anda dalam sanubari. Dahulukan memohon ampun kepada Allah SWT atas segala dosa dan akhiri pula dengan permohonan ampun atas sisa kelalaian Anda disaat memohon. 

Wallahu'alam

Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Shobihi wasalim 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Jangan Sesekali Simpan 10 Jenis Makanan Ini Di Dalam Peti Sejuk

share dari link blog ~ http://mamaosem.com/jangan-sesekali-simpan-10-jenis-makanan-ini-di-dalam-peti-sejuk/


Jangan Sesekali Simpan 10 Jenis Makanan Ini Di Dalam Peti Sejuk

Ya, selepas balik dari membeli belah barang keperluan dapur, anda mesti rasa letih dan konfius nak letak mana satu dalam peti sejuk, mana yang nak dibiarkan. Akhirnya anda malas berfikir, dan meletakkan semuanya dalam peti sejuk.
Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk.
1. Ubi Kentang- Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang.
2.  Tomato – Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat.
3. Madu – Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras.
4. Tembikai – Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil.
5. Bawang- Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan.
6. Roti – Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka.
7. Kopi -Ianaya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, barkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya.
8.  Bawang putih –  Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam pet sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih.
9. Sos –  Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering.
10. Tumbuhan herba – Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti sejuk akan menyebbakan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan  separuh dari herba itu di dalam air. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik.
Moga selepas ini, anda tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Selasa, 5 Mei 2015

Khasiat tersendiri kepada kesihatan daun Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp

Bebuas, beruas, buas-buas, ambong-ambong laut, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Isi kandungan [sorokkan] 
1 Ciri botani
2 Penanaman
3 Khasiat
4 Rujukan
Ciri botani[sunting | sunting sumber]
Ia ialah pokok kecil boleh mencecah setinggi 7 m. Batang banyak cabang, dan mudah bertunas sekiranya dicantas. Daun tunggal, sederhana besar, susunan bertentangan, berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal daun membulat, tepi daun bergerigi, permukaan berkilat, tangkai daun panjang, warna daun hijau kekuningan ketika muda dan bertukar hijau tua setelah matang dan berbau unik. Bunga majmuk, kecil berwarna putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun, berbau kuat. Buah kecil, bulat, bergugus, hijau ketika muda bertukar warna ungu kehitaman setelah masak, dan terdapat satu biji bulat di dalamnya.

Penanaman[sunting | sunting sumber]
Ia sesuai hidup di tempat yang mendapat cahaya matahari penuh atau separa di bawah naungan.

Khasiat[sunting | sunting sumber]
Mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.[perlu rujukan]

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/