Selasa, 23 Disember 2014

RESEPI PUDING AISKRIM

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

RESEPI PUDING AISKRIM

Bahan2

2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi *-sy guna perasa coklat, strawberry n vanilla
pewarna purple

Cara

1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.

2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.

3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.

4. Angkat dari api dan tapiskan dalam mangkuk besar.

5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.

6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.

7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.

8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.

9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.

10. Hidangkan sejuk.

# cara sy :
- ambil adunan aiskrim perisa coklat, masukkan ke dlm loyang dan biar hingga 1/2 beku.

- masukkan adunan perisa vanila dan biarkan ia beku 1/2 beku juga.

- akhir sekali, masukkan adunan perisa strawberry.

- bila dah beku, sejukkan di dlm peti ais.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat Mencuba  

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

share dari link fb ~Buku Resepi

PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan yang halal.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75/Cake Stabilizer dan sebagainya...

Berkenaan kandungan bahan Mono and diglycerides (E471), rujuk diruangan Notes tentang E Code bagi yang belum jelas. Apa yang pasti pengeluar kini tidak menggunakan label E471 tetapi kadang kala hanya diletakkan 'bahan pengemulsi'.

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.

JIKA BAHAN TERSEBUT DALAM BENTUK REPACKAGING TANPA MAKLUMAT PENGELUAR, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2) :
1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim

Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek? 

Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair). Antara jenama lain yang biasa bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain).

Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?

Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span). Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya. 

Anda boleh cuba cara ini: 

asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa). Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam @ setengah sudu jus limau nipis(menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar   

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Kek Span Baldu Merah

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

Kek Span Baldu Merah

Bahan2

250 gm tepung campuran kek span coklat
4 biji telur
50 ml air
1 sudu teh cuka
50 ml minyak sayur
pewarna merah secukupnya

Cara Membuat

Satukan tepung, telur dan air dalam mangkuk pengadun.

Sebatikan adunan dengan kelajuan minima utk 1 minit. Tambahkan cuka.

Pukul kelajuan maximum hingga adunan kembang dan gebu, bertukar warna kepada lebih cerah dan pucat.

Adunan yang cukup kembang dan gebu akan membentuk seperti tanduk, pegerakan untuk jatuh ke bawah sangat lambat, masukkan minyak dan kacau dengan spatula hingga rata.

Tambahkan pewarna merah. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam loyang, hentak beberapa kali supaya dapat mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.

Bakar 170 darjan Celcius selama 40 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai.

Biar sejuk.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

MARINA TENTANG HUDUD DI KELANTAN

share dari link fb ~Warga Prihatin

MARINA TENTANG HUDUD DI KELANTAN

Marina Mahathir dengan lantang menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan perlaksanaan Hudud yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Alasannya Hudud tidak adil dan menganiaya umat Islam kerana hanya umat Islam yang tertakluk kepada hukum itu sedangkan non-Muslim akan terlepas. Hudud juga dikatakan memecahbelah olehnya.


Bagi pembaca dan pendengar yang mempunyai sedikit sahaja iman di hati pun dapat merasai getaran hati dengan kenyataan ini. Orang yang tebal imannya, yang mengasihi Allah dan rasulnya, yang kuat berusaha untuk memahami dan melaksanakan setiap aturan yang ditetapkan oleh Allah pula akan merasa tercabar, marah dan benci dengan kenyataan bodoh (jahil) yang berulang-ulang seperti ini. 

Kenyataan yang tidak beralas dan beradab ini jelas menampakkan satu penentangan dan permusuhan yang nyata terhadap Allah dan Rasul. Tidak mustahil jika jiwa-jiwa yang dekat dengan Allah dan rasul akan turut menjadikan manusia seperti ini sebagai musuh mereka dunia akhirat.

Boleh sahaja kita bersangka baik dan kononnya memaafkan beliau dengan kenyataan mungkar yang amat brutal dan berulang-ulang begini. Boleh sahaja kita doakan agar beliau dapat hidayah dan mati dalam keadaan iman. Keluhan pasrah sebegini tidak lain hanya buah pelepas untuk membiarkan kemungkaran pergi lebih jauh. Bukankah petunjuk dan hidayah Allah sudah terhidang di depan mata sekian lama? bukankah contoh sudah banyak terlakar dalam sejarah dan sunnah?

Percayalah, apa yang kita ucapkan itu hanya satu kefasikan dan kepalsuan, sekadar penyedap bibir dan pembujuk hati sahaja. Kita sebenarnya sedang menipu diri sendiri. Hakikatnya hati orang yang cintakan Allah dan rasul akan tetap menyumpah dan marah dengan kenyataan begini. Kecualilah kita memang ‘sependapat’ atau mudahnya ‘seagama’ dengan AGAMA MARINA MAHATHIR.

JIKA TIDAK BOLEH MEMBINA, JANGAN MEROBOH;
TIDAK MAMPU IKUT JANGANLAH MENGHALANG.

Tudung dan jilbab itu satu kewajipan bagi seorang muslimat dan jelas terlakar dalam quran. Maknanya, jika hudud itu satu batas untuk mencegah pelbagai jenayah termasuk zina, maka tudung dan pakaian penutup aurat bagi wanita adalah salah satu dari bahagian hudud itu sendiri. Jika kita mengaku umat Islam, seharusnya kita yakin untuk mematuhi ALQURAN & SUNNAH. Tentu tidak tergamak untuk menyanggah aturan itu samada melalui kalam maupun perbuatan kita. 

Sewaktu menyuarakan pandangan itu, dapat kita lihat gambar terkini MARINA. Rambut beliau yang sudah pun beruban itu masih dapat dilihat di khalayak umum. Ini bukti penolakan yang jelas. Jika sekecil langkah pencegahan melalui tudung pun tak sanggup patuh, apatah lagi enakmen jenayah hududnya.


Hudud bukan hanya cerita pasal hukum jenayah, tetapi juga pasal pencegahan jenayah itu sendiri. Dengan penampilan Marina itu, jelas bahawa beliau memang sudah membawa fahaman baru iaitu Islam Liberal. Inilah tanda akhir zaman yang nabi katakan di mana Islam diambil hanya pada nama sahaja. Aturan agama dijadikan mainan dan senda gurau, diambil sebahagian dan bakinya dinafikan.

Ramai pembaca yang menyatakan fenomena mudah, bahawa penentang hudud ini kebanyakannya datang dari golongan penjenayah yang memang tidak mahu mematuhi aturan Allah. Mereka takut kerana mereka adalah pesalah atau subjek sebenarnya kepada semua hukuman yang bakal dilaksanakan itu. Orang yang tidak berminat dan membenci jenayah pasti menyukai undang-undang hudud ini.

Bosan dengan kenyataan mungkar yang berulang-ulang dari Marina ini maka ada yang menyeru Marina muhasabah diri apa yang telah beliau lakukan sewaktu belajar dan tinggal di rumah Tun di London dahulu. 

Allah melihat melalui mata-mata hamba dari kalangan Malaikat, Jin dan Manusia yang diciptakanNya untuk melihat dan melapur. Tun mungkin tidak tahu, namun Marina jangan sekali-kali lupa bahawa ramai pelajar Malaysia, termasuk penjaga ISTANA HINGGAP TUN yang melihat ‘perangai’ Marina dan adik beradiknya yang jauh telah melanggar aturan agama waktu itu. 

Menurut mereka yang rapat, sampai hari ini pun Marina masih tidak menampakkan banyak perubahan bagi menunjukkan ‘kecintaan’ Marina terhadap agama Islam. Kenyataan demi kenyataan hanya menampakkan ‘kebencian’ Marina terhadap agamanya. Itu menghapus kelayakan Marina untuk menetapkan itu dan ini, berlagak semacam ulamak. 

Ramai lagi yang masih ada baki hormat kepada Marina kerana mengenang jasa Tun. Tetapi jika Marina terus berlebih-lebihan begini, nanti Allah akan hantar mata-mata Allah ini untuk menelanjangkan segala ‘pekung’nya seperti di Padang Mahsyar. Tiada lagi bayang-bayang kerana matahari tegak atas kepala waktu itu. Pasti marina akan berpeluh dan menggelitik kepanasan. Pasti Tun akan tenat sakit jantung.

BAPA BOREK ANAK RINTIK

Nasihat buat Tun Mahathir pula ialah supaya berhenti menggunakan akal sendiri dalam menyatakan BANTAHAN terhadap hukum dan aturan Allah. Sebaliknya gunakanlah akal yang bijak dan bernas itu untuk mengajak manusia mematuhi aturan Allah. Jika ada sesuatu yang bercanggah dengan aturan Allah, simpan dahulu dan cari guru yang mampu menjelaskan percanggahan itu. Jangan terus sahaja buat kenyataan ikut apa yang terlintas di kepala. Ia amat bahaya.

Contoh-contoh kenyataan bodoh seperti nabi SAW tak cukur kerana tiada pisau cukur, tudung hanya budaya Arab yang panas dan berdebu, atau nanti umat Islam ramai jadi kudung yang digunakan selama ini untuk menolak Hudud itu mesti dihentikan serta merta. Ini kerana Tun Mahathir dikenali sebagai orang yang bijak berhujah dan ada ramai penyokong. 

Ketahuilah Tun bahawa kebijaksanaan akal manusia yang tidak bersandarkan kebijaksanaan ilmu Allah yang hak tidak akan mampu menterjemahkan keindahan dan kebenaran hukum Islam. Walaupun dikatakan Tun membaca sampai 8 naskah terjemahan alquran, Tun harus ingat bahawa mengetahui makna ayat-ayat dalam alquran itu tidak bermakna kita akan tahu maksud sebenar ayat-ayat itu. Ini kerana ada ayat yang berbentuk Muhkamat dan ada yang Mutasyabihat.

Muhkamat ialah ayat langsung yang boleh difahami pembaca biasa seperti Tun secara terus. Bakinya adalah ayat-ayat Mutasyabihat yang berbentuk analogi yang memerlukan 'Code Breaking' yang tepat untuk memecahkan maksudnya. Ketahuilah bahawa maklumat tentang Hudud juga banyak dijelaskan dalam bentuk analogi. Mana mungkin Tun boleh memecahkan maksud ayat-ayat Mutasyabihat jika hanya membaca sendiri tanpa berguru.

KESIMPULAN

Jika Tun dan Marina meneruskan kenyataan demi kenyataan yang kontroversi begini, ia akan semakin mengelirukan umat Islam. Pengikut Tun dan Marina adalah golongan fanatik politik atau sosial yang kebanyakannya juga tidak arif tentang agama. 

Ketaksuban pengikut terhadap kebijaksanaan berpolitik Tun dan kehebatan ‘bersosial’ Marina akan membuatkan mereka yang memang sudah 50/50 terhadap Islam ini turut MENELAN kenyataan mungkar itu, sama sepertimana mereka ternganga dan menelan bulat-bulat doktrin politik Tun. Tindakan Tun dan Marina inilah yang akan memecahbelahkan umat, bukannya Hudud itu sendiri.

Tun dan Marina yang membuat kenyataan, namun kami rakyat marhaen yang cinta dan takutkan Allah ini yang merasakan ketakutannya. Ya, kami takutkan kifarah dan laknat Allah terhadap mereka. Dikhuatiri kita juga akan turut menerima musibahnya jika tidak berusaha menasihati mereka. 

Sudah terlalu banyak Allah tunjukkan sumpah laknat dan kifarah (keparat) terhadap golongan penentang yang nyata sebegini. Masih ingatkah Kaum Noh, Lut, 'Aad dan Tsamud? Masih ingat jasad Fir’aun yang Allah kekalkan untuk pelajaran umat kemudian? Bukankah ramai juga jenazah Sami dan padri yang turut menerima nasib yang sama? Masih ingatkah Jenazah Kamal At-Tarturk yang tidak dapat dikebumikan kerana tidak diterima bumi? Lupakah dengan nasib jenazah beberapa tokoh yang lantang mencerca Allah?

Wahai bijak pandai Islam… wahai orang alim sekalian… bersatulah sebagai ULAMAK, gunalah akal waras dan kebijaksanaan kalian untuk 100% mencari kebenaran buat membenarkan aturan Allah di bumi ini.

Janganlah sekali-kali berani berbicara sesuatu yang menyanggah atau menidakkan hukum Allah. Takutlah dengan ancaman Allah yang Maha berkuasa melakukan segala-galanya kepada kita. Ambillah pelajaran dari musibah yang telah melanda umat terdahulu.

Jika kalian masih mahu terus bercakaran dan ‘menunjuk pandai’ terhadap Allah, maka kami berlepas diri melalui teguran ini. Tolonglah jangan heret kami marhaen yang lemah dan sedia tertekan ini untuk turut menerima bala dari Allah yang kalian undang melalui bermacam-macam kenyataan mungkar kalian.

Ya Allah, berilah meraka petunjuk dan hidayah. Saksikanlah seruan ini dan janganlah Engkau siksa kami dengan apa yang kami tidak mampu menghadapinya. Bantulah kami yang sedang berusaha mendekatkan diri kepada Mu untuk melawan penentang dan pengkhianat Agama Mu Ya Allah. Selamatkanlah anak cucu kami.

Astaghfirullah al-Aziim.
WARGA PRIHATIN
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

KEUTAMAAN UBAN DI HARI KIAMAT

share dari link fb ~Salbiah Yousof

Bismillahirrahmanirrahiim ..

KEUTAMAAN UBAN DI HARI KIAMAT

Kisah Islami >> Muhammad s.a.w

Seseorang yang beruban pastinya akan merasa risih. Kerana kebanyakan kita menganggap bahawa yang beruban itu sudah tua. Padahal, kini juga banyak orang yang masih terlihat dewasa yang memiliki uban. Ada yang berkata bahawa uban adalah cahaya pada hari kiamat, benarkah demikian?

Diriwayatkan dari Fudhalah bin Ubaid r.a bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang beruban rambutnya dalam Islam, nescaya uban itu akan menjadi cahayanya pada hari kiamat."

Ketika itu ada seseorang berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Sesungguhnya ada orang-orang yang mencabut uban mereka." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda, "Barangsiapa yang ingin melakukannya bererti hendak mencabut cahayanya." [HR. Al Bazzar, Ath-Thabrani dan dihasankan Al-Albani dalam shahih At-Targhib wat Tarhib (2092)]

Di antara keutamaan membiarkan uban dan tidak mencabutnya ialah pada hari kiamat kelak pemiliknya akan diberikan empat hal penting, yaitu cahaya di atas Shirat, setiap rambut putih dibalas satu kebaikan, dihapus darinya satu keburukan, dan Allah mengangkat satu darjat dari rambut itu.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Janganlah kalian mencabut uban. Sesungguhnya uban itu adalah cahaya pada hari kiamat. Barangsiapa yang tumbuh ubannya ketika Islam nescaya dicatatkan untuknya dengan uban itu satu kebaikan, dihapus dari orang itu satu kesalahan (dosa) dan ia ditinggikan satu darjat baginya dengan uban itu," [HR. Ahmad dalam Al-Fath Ar Rabbani 17/315, At Tirmidzi (2821), Ibnu Majah (3721) dan Ibnu Hibban. Sedangkan dalam shahih At-Targhib wat Tarhib Al Albani berkata "hadis ini Hasan shahih" (2096).

Dari sini kita bisa mengetahui bahawa setiap perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan setiap amal soleh tidaklah diperintahkan secara sia-sia. Pada hari kiamat amal kebaikan tersebut akan memiliki faedah dan buah sebagai ganjaran bagi setiap orang yang taat kepada Allah dan menjadi pembeza antara orang yang taat dengan orang yang bermaksiat.

Uban merupakan suatu nikmat, sebab uban adalah pemberi peringatan dan pengingat bagi orang yang faham terhadap dekatnya ajal. Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka berteriak didalam neraka itu, 'Ya Rabb kami, keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan amal yang shalih berlainan dengan yang telah kami kerjakan' dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun." (QS. Fathir: 37)

Abdul Aziz bin Abu Rawwad berkata kepada seseorang, "Barangsiapa yang tidak bisa mengambil nasihat dari tiga hal, bererti dia tidak akan bisa diperingatkan dengan apapun, yaitu Islam, al-Qur'an dan uban," (Shifatush Shafwah, Ibnu Al-Jauzi: 1/470).

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Isnin, 22 Disember 2014

Cara Buat Dadih Homemade (Video)


share dari link fb ~Resepi Buat Roti

Cara Buat Dadih Homemade (Video)


Bahan-Bahan:


1) serbuk agar-agar (10gram )
2) gula pasir (1 1/2 cawan )
3) air (3 liter atau lebih kurang 12 cawan)
4) serbuk krim atau creamer (200 gm )
5) susu sejat atau susu cair (1 tin )
6) Perisa mengikut kesukaan - jagung, strawberry, pandan , kopi, atau keladi 

Like & Share >> resepibonda.com

Kredit: TryMasak


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Doa Untuk Musuh

Doa Untuk Musuh

Setelah penaklukan kota Makkah, pada tahun 8 Hijriah, tercetus pula Perang Hunain. Kaum Muslimin berjaya mengalahkan musuh dalam pertempuran ini. Antara kabilah yang menyertai Perang Hunain dan turut memerangi Nabi dan para sahabat adalah penduduk Taif.

Setelah dikalahkan dalam pertempuran itu, sisa-sisa kabilah ada yang melarikan diri dan berlindung di sebalik benteng kota Taif. Nabi dan para sahabat kemudian pergi ke kota itu dan mengepungnya. Bagaimanapun, setelah mengepung kota tersebut selama lebih sebulan, kaum Muslimin masih belum berjaya menakluki benteng tersebut. Akhirnya, Rasulullah memutuskan untuk menghentikan pengepungan dan kembali ke kota Madinah. Pada pertempuran itu, belasan sahabat gugur dan beberapa yang lainnya mengalami luka-luka.


Sewaktu mereka berangkat meninggalkan tempat itu, ada yang berkata kepada Nabi, “Wahai Rasulullah, berdoalah (dengan doa keburukan) atas orang-orang Tsaqif (Taif).” Tetapi Rasulullah tidak melakukan apa yang diharapkan oleh mereka. Sebaliknya, Baginda SAW mendoakan kebaikan bagi mereka. Nabi berdoa, “Ya Allah, berilah petunjuk kepada orang Tsaqif (Taif) dan bawa mereka datang.”


Perhatikanlah doa Nabi itu. Dua kali penduduk Taif menyusahkan Baginda, tetapi Nabi tetap mendoakan kebaikan bagi mereka. Nabi telah disakiti pada pertama kalinya, iaitu tiga tahun sebelum Hijrah. Malaikat penjaga gunung pun menawarkan untuk menghancurkan penduduk Taif, tetapi Nabi memilih untuk mendoakan kebaikan mereka. Nabi disakiti untuk kali yang kedua, pada Perang Hunain. Ketika itu ada yang meminta agar Nabi mendoakan keburukan bagi mereka. Tetapi Nabi tetap memilih untuk mendoakan kebaikan bagi penduduk Taif.


Dan apakah buah daripada semua itu?


Lebih kurang setahun setelah kejadian tersebut, penduduk Taif memutuskan untuk masuk Islam. Mereka menghantar enam orang utusan kepada Rasulullah SAW untuk berbincang dengan Baginda, dan akhirnya mereka setuju untuk masuk Islam. Mereka masuk Islam dengan keislaman yang baik.


* Daripada buku MUDAHKAN, JANGAN SUSAHKAN (Malaysia)/ KALAU BISA MUDAH, MENGAPA DIBUAT SUSAH (Indonesia)

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/