Khamis, 14 November 2013

Asam pedas ikan pari lada hitam

share dari link fb ~Buku Resepi

Asam pedas ikan pari lada hitam
Oleh:Marsha Mohamed

Bahan bahan:

takde sukatan - main agak2..

3 biji Bawang Merah besar
4 ulas Bawang Putih
Halia - sebesar setengah ibu jari
Kunyit Hidup - sebesar setengah ibu jari
2 batang Serai - 
sedikit Belacan 
1 sudu besar Lada hitam (biji)
Cili kering (direndam ngan air panas atau di rebus 
sampai kembang)

Bahan bahan di atas blend.

Air asam
Garam dan serbuk perasa secukupnyer
*Daun kesum untuk tumis sikit, tabur lepas masak skit*


Cara cara:

Panaskan minyak dalam periuk. masuk kan bahan yg di blend. dan daun kesum sedikit. Tumis sampai garing dan pecah minyak.

Tambah kan air sedikit. setelah mendidih, masuk kan ikan pari atau apa2 ikan yg di sukai.Masak hingga ikan bertukar warna..

Masuk kan air asam, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih kejap. 

Bubuh daun kesum sekali lagi, gaul sekejap. tutup api.

Amik pinggan, taruk nasi, apa lagi campurkan ler si mat nie. duduk diam2, makan

♥- BAHAGIA DALAM SYUKUR, TENANG DALAM SABAR -♥

share dari link fb ~"KATA-KATA HIKMAH"

♥- BAHAGIA DALAM SYUKUR, TENANG DALAM SABAR -♥ 

Sahabat sekalian... 
Semoga dalam hidup ini...
Allah bahagiakan kita dengan syukur.
Sebab syukur itulah yang akan mampukan kita Untuk memahami bahwa yang banyak atau pun yang sedikit itu adalah pemberian Allah.

Sungguh tak akan tertukar rezeki antara kita.
Walau kita kejar rezeki itu, akan tetap berlalu bila memang bukan hak kita.
Walau seakan rezeki itu akan sirna, tetap datang karena memang itu sudah Allah tetapkan menjadi milik kita.

Namun, kadang kita tenggelam dalam hawa nafsu yang tak bertepi.
Diberi sedikit, merasa tak cukup.
Diberi banyak, masih terasa kurang.
Maka kita pun jadi sulit untuk bersyukur...

Sahabat sekalian...
Semoga dalam hidup ini...
Allah tenangkan kita dengan sabar.
Sebab sabar itu yang akan menepis sejuta luka.
Sebab sabar itu yang akan menghapus segenap luka.
Sebab sabar itu yang akan mengokohkan jiwa.

Jiwa yang sabar akan tetap tegar walau kekecewaan seakan tiada henti menyapa.
Jiwa yang sabar akan tetap teguh walau kegagalan seakan gemar datang dan enggan untuk pergi.

Jiwa yang sabar itu akhirnya akan membawa kita dalam taqwa yang paripurna.
Dan taqwa itu yang akan menyelamatkan setiap jiwa.

Ya Allah...
Bahagiakan aku dalam syukur.
Tenangkan aku dalam sabar.
Selamatkan aku dalam taqwa.

Allahumma aamiin.

-Mari terus berbagi KEBAIKAN- 
Silahkan diBagikan/Share, Semoga menjadi KEBAIKAN Anda. 

Sabtu, 9 November 2013

dan serahkannya pada yang ESA....

share dari link fb ~Sebutir Kasih Sejuta Sayang

WAHAI DIRI....
Hidup ini tidak pernah lari dari dugaan Allah,
selangkah kita berjalan Allah
sudah letak ujian yang bakal ditempuh,
sedikit kita berfikir Allah curah setitik prasangka dalam hati, 
semua itu adalah ujian Allah terhadap setiap hambanya.

Tidak terkecuali seorang pun daripada kita.
Kita selalu bertanya, kenapa Allah uji macam ni???

Tapi kita tidak pernah kata yang kita ni benar-benar
bersyukur diuji. Allah dah pesan, apa-apa pun berbalik pada-NYA. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Ingat... Bila hati berjuang kerana Allah,
dugaan itu tempat bersinggah,
derita ditelan sebagai juadah,
keimanan digenggam seutuh akidah,
kasih disulam sebagai mahmudah,
pasti taqwa hanya pada yang Esa.

share dari link fb ~Sebutir Kasih Sejuta Sayang
Luka di tangan walau pun parah masih boleh di ubati, tapi bila luka di hati walaupun sedikit amat perit rasanya. Itulah janji Allah. Hati milikNya. Serahlah kembali padaNya. InsyaAllah akan tenang sentiasa... 

Kek Coklat Karamel

share dari link fb ~Kelas Masakan

Kek Coklat Karamel
Oleh:Khalijah Hussin
Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.

Bahan kek:
Bahan A: 
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
3 biji telur - diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak.

Selamat mencuba!

ADAB DAN AKHLAK

share dari link fb ~Online Coway Mall

Assalamualaikum & selamat pagi semua   


Disaat kita bekerja, berjiran, berkawan dan berFB sentiasalah ingat-mengingati sesama kita. Semoga ukhwah dan silaturahim lebih erat disamping membimbing ke arah kebaikan.

Disamping saya menasihati diri saya sendiri, ingin saya berkongsi dengan anda semua tentang....

BIADAB

Mulutnya lancang, katanya tidak bertapis, pandangannya liar dan perlakuannya hancur! Itulah selayaknya dinisbahkan kepada pemilik sikap biadab.

Tanpa adab, tiada tertib. Seolah-olah diri kuasai syaitan, sifat biadab akan mudah membelenggu. Kawalan hati dan perlakuan itu perlu diiringkan dengan rasional akal agar tiada perkara luar adab yang berlaku.

Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada diri, bersabar dan bertahanlah, bimbang kalau-kalau akan berlaku perlakuan luar adab. Rasulullah s.a.w. menasihatkan, maksudnya: "Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah dia diam." (Riwayat Ahmad)

"Biadab betul kata-katanya!" Hati siapa yang tidak membara apabila ada yang memberi respon sebegitu. Natijahnya, timbul rasa marah lalu terjadinya percakapan dan pertelegahan antara mereka.

Batasi diri dengan meninggalkan larangan Allah dan lazimi diri dengan mempraktikkan segala urusan Allah serta ajaran Rasulullah, kelak biadab yang buruk itu mampu ditukar menjadi adab yang baik.

bersambung  

APAM TAPAI NASI


share dari link fb ~Buku Resepi

APAM TAPAI NASI
Sumber: Anna Chik
Oleh : shahanim md desa

tapai nasi
1 cawan nasi sejuk
1 sudu kecil ragi - hancurkn dn ayak ats nasi, gaul dn perapkn 3 malam sehingga mnjdi tapai


Bahan2:
*1 cawan tapai ( cara membuat tapai seperti di atas )
*1 cawan gula (sy ltk 1/2 ja)
*2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 paket eno 
kelapa parut putih + sedikit garam (optional)

*blander bahan yg brtanda sehingga halus.. kemudian tuang ke dalam tepung beras.. gaul sebati..( perapkan semalaman )….kalau nk buat minum petang.. pagi boleh siapkan adunannya.. petang boleh dikukus…

Esoknya.. campurkan eno 1 bungkus kecil kedlm adunan perapan semalam..
Gaul bg eno sebati dan adunan akan kembang dua kali ganda.. panaskan kukusan dan bolehlah mula dikukus. 
Kukus 15 minit sehingga masak..
Apam yg panas2 tidak boleh dikeluarkan lagi dr acuannya. Tunggu sehingga suam/sejuk..
Kalau tidak, apamnya tidak cantik… 

* sapu minyak pd loyang atau acuan kecik yg hndak dikukus...

Masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan rahmat Allah.

share dari link fb ~Sebutir Kasih Sejuta Sayang


Masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan rahmat Allah.

Abu Hurairah ra berkata; 
saya mendengar Rasulullah saw bersabda, 
"Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya."

Para sahabat bertanya, "Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda, "Tidak juga dengan diriku, kecuali bila Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya padaku."

[HR Bukhari & Muslim].