Selasa, 27 November 2012

Petua Melayu Untuk Mengatasi Sakit Pinggang


share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara

Petua Melayu Untuk Mengatasi Sakit Pinggang

Petua 1:

a. Anda perlu minum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.

b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.

c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dahulu. Selepas itu, barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.

Petua 2: Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Di Setiap Detakkan Jantung..


share dari link fb sahabat ~Pujangga Senja

Di Setiap Detakkan Jantung..
Hembusan Nafas..
Setiap Pergerakkan, Langkah Dan Lirikkan,
Setiap Kumitan, Kerlipan Dan Dongakkan,

Disitulah Adanya Kamu,
Percaya !
Segala Angkatan Darat Dan Laut..
Bumi Dan Langit..
Kiri Dan Kanan..
Tidak Pernah Terlepas Walau Sebelum Seminit Masa Berdetik..

Engkau Maha Besar Diatas Kebesaranmu..
Mengatur Kuasamu Pada Setiap Ciptaan..
Sama Ada a'lim Atau Jahil..
Jatuh Tetap Jatuh,
Naik Tetap Naik,

Itulah Janji Yang Percaya Dan Beriman,
Allahu Akhbar,
Aku Memerlukanmu..

Cukuplah Engkau,
Jika Ada Engkau Ertinya Aku Ada Semua.

Aku Memerlukanmu Wahai Rabb-Ku,
Aku Mencintaimu Wahai Rabb-Ku,
Redhailah Aku,
Hanya Itu Yang Ku Perlu.

Allahu Akhbar !! Walillah Ilham..

Istikharah Cinta


share dari link fb sahabat ~Pujangga Senja

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi 
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..

Isnin, 26 November 2012

Koleksi Petua Tradisional Untuk Meredakan Demam

share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara
Koleksi Petua Tradisional Untuk Meredakan Demam

Petua 1: Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.


Petua 2: Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.


Petua 3: Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Petua 4: Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 5: Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.


Petua 6: Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 7: Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 8: Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 9: Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1 jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Khasiat Jambu Batu

share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara
Khasiat Jambu Batu

A. Jambu batu merupakan buah yang berkesan menurunkan paras kolestrol dalam darah. Kajian mengesahkan bahawa pengambilan jambu batu setiap hari mampu menurunkan 18 % kolestrol setelah dimakan selama seminggu. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus dengan syarat jus itu tidak dicampur dengan gula. Buah jambu batu juga kaya dengan vitamin C dan merupakan anti oksidan. 

B. Daun jambu batu dari segi perubatan juga dijadikan ubat untuk merawat cirit-birit. Daun jambu batu direbus dan airnya diminum sebagai penawar cirit birit.



C. Jerawat yang telah sembuh selalunya akan meninggalkan parut dan noda hitam yang ketara pada wajah. Untuk menghilangkan parut jerawat, pucuk jambu batu ditumbuk hingga halus dan digunakan untuk menyental wajah. Gunakan bersama sedikit air seperti menggunakan lulur. 

Amalan menggunakan masker jambu batu juga dapat menghilangkan parut jerawat selain daripada mencegah jerawat baru dari tumbuh. 


Apa yang anda perlukan untuk masker ini ialah:
1. Beberapa helai pucuk jambu batu
2. Segenggam beras
3. Sedikit air

Daun jambu batu ditumbuk hingga lumat bersama dengan beras. Untuk memudahkan campuran ini boleh juga dikisar kering dengan pengisar. Setelah campuran menjadi halus, masukkan sedikit air hingga campuran menjadi agak pekat. Sapukan pada wajah atau bahagian yang mengalami masalah jerawat. Biarkan kering selama lebih kurang ½ jam. Setelah itu, cuci dengan air suam. Amalan ini perlu dilakukan secara konsisten, sekurang-kurangnya sekali seminggu sehingga kesannya jelas kelihatan.



D. Daun jambu batu elok digunakan buat scrub jka cuaca panas. Ia mampu menyegarkan kulit yang kering.


E. Ia juga baik untuk membasuh ikan yang banyak lendir serta menghilangkan bau hanyir ikan.  

Petua Tradisional Melayu Untuk Merawat Jerawat

share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara
Petua Tradisional Melayu Untuk Merawat Jerawat

1. Kuning Telur - Ambil separuh kuning telur ayam dan campurkan dengan madu lebah kira-kira satu camca teh dan bancuh hingga telur kelihatan seperti masak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas muka dengan air suam.

2. Belimbing Buluh - Kisar belimbing buluh dan sapu ke seluruh wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur.


3. Limau Nipis - Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua. Gosokkan pada wajah setiap malam sebelum tidur. Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah tetapi limau nipis sangat berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada wajah.


4. Tahi Cacing - Ambil kira-kira 1 camca besar tahi cacing dan campurkan dengan limau nipis. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.


5. Ubat Gigi - Ubat gigi di sapu di muka sebelum masuk tidur. Jika jerawat anda membengkak, sebaik-baiknya picit dan keluarkan nanah yang terdapat pada jerawat tersebut dan sapukan dengan ubat gigi. Parut jerawat tidak akan kelihatan di muka.


6. Air Teh - Air teh dibiarkan sejuk semalaman dan digunakan untuk membasuh muka. Amalkan setiap hari, jerawat akan berkurangan.


7. Kacang Hijau - Ambil 1 sudu makan kacang hijau dan rebus. Masukkan satu camca gula, dua keping kulit kayu manis dan satu kuntum bunga cengkih. Amalkan sebagai minuman setiap hari selama seminggu atau sehingga jerawat hilang.


8. Madu Lebah -. Sapukan madu lebah asli pada bahagian yang ditumbuhi jerawat dan biarkan selama selama 1 jam sebelum di bilas. Amalkan setiap hari.


9. Daun Belimbing Buluh - Ambil daun belimbing buluh kira-kira segenggam dan tumbuk hingga lumat. Tambahkan sedikit air dan tapis. Air daun belimbing buluh itu hendaklah dibancuh dengan bedak sejuk dan disapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.

Petua Mengurangkan Penyakit Kencing Manis


share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara

Petua Mengurangkan Penyakit Kencing Manis 

Pilihan 1: Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya. Kemudian, keringkan kulit buah manggis. Rebuskan kulit buah manggis yang sudah kering sampai mendidih. Setelah itu, biarkannya suam dan minum secara perlahan-lahan. Air rebusan ini perlu diminum 2 kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika diamalkan ia mampu mengurangkan tahap penyakit k
encing manis yang dihidapi.

Pilihan 2: Amalkan memakan buah petai selalu. Anda boleh pilih sama ada ingin memakan buah petai secara mentah, merebus ataupun mencampurkannya dalam masakan. Amalan memakan petai ini baik kerana ia mampu menghalang jangkitan serta mengubati sistem pembuangan air kecil anda. Selain kencing manis, petai juga berkhasiat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Petua Tradisional Untuk Merawat Senggugut

share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara

Petua Tradisional Untuk Merawat Senggugut

Pilihan 1: Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Pilihan 2: Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan se
barang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3: Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4: Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5: Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6: Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7: Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8: Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.


Pilihan 9: Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.


Pilihan 10: Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11: Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12: Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

Ahad, 25 November 2012

Sebaris kalam tinta sahabat yang boleh kita renung2kan











Jika hari ini Hati menangis tanpa henti

share dari link fb ~Sharifah Hanim



Jika hari ini
Hati menangis tanpa henti
Jangan pernah mungkiri
Semalam senyum pernah dinikmati
Dan mungkin esok senyuman lebih bererti

Jika hari ini
Langkah seakan akan terhenti mati
Jangan pernah mungkiri
Semalam ada sesuatu yang dirimu hajati
Dan mungkin esok ada sesuatu yang menanti

Jika hari ini
Diri rasa terpinggir dijauhi
Jangan pernah mungkiri
Semalam dirimu pernah dikasihi
Dan mungkin esok akan lebih dihargai

Jika hari ini
Terasa diri dijerut sepi
Jangan pernah mungkiri
Semalam dirimu bukan sendiri
Dan mungkin esok ada yang setia menemani

Semoga hari ini lebih baik dan terisi dari hari semalam dan hari esok jauh lebih bererti dan berkualiti dari hari ini......

Insya'Allah Aamiin Ya Allah

Allah Maha Mengetahui.

SUBHAANALLAH - WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLA ALLAHU - WALLAHU AKBAR

~ Laksam ~


share dari link fb sahabat ~Siti Rohaya Abdul Razak ~ dari group 
Hidangan Sedap
~ Laksam ~
Bahan-bahannya :-

3 cawan tpg beras
1/2cawan tpg gandum
4 1/2 cawan air suam
Bancuh semua bahan-bahan.

Sementara itu didihkan air kukusan. Leserkan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk mengelak dari melekat. Panaskan tudung periuk terlebih dulu sebelum menuang bancuhan tepung laksam.Tuang satu senduk adunan ke atas tudung periuk.Kukus hingga masak, nampak permukaan menggelembung menunjukkan laksam sudah masak boleh diangkat rehat sebentar sebelum digulung. Kukus bancuhan tepung tadi hingga habis.

KUAH LAKSAM:
6 ekor ikan kembong bersaiz besar (direbus, asingkan isi dan tulang )
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 Biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
semangkuk santan
3 keping asam keping
daun kesum
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat kuah laksam
Dalam periuk satukan semua bahan-bahan di atas. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Masaklah hingga mendidih. 

Ulamnya
timun diracik halus
kacang panjang dipotong halus
taugeh
daun kesum diracik halus
Bunga kantan dimayang halus
limau kasturi

Sambalnya
beberapa tangkai cili kering ditumbuk lumat dengan garam

**SELAMAT MENCUBA**