Isnin, 14 Julai 2014

Nasi Minyak



share dari link fb ~Resepi Nas

share dari link fb ~ Resepi Nasi

Nasi Minyak

Bahan-bahan ( 4 org )

4 cwn beras basmathi
6 cwn air(ikut jenis beras)
1-2 biji bwg besar (hiris)
2" halia (hiris)
3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)
1 cwn susu cair
Sedikit minyak sapi utk menumis
Sedikit garam
Sedikit rempah tumis
Sedikit pewarna kuning
2 helai daun pandan
Sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara Masak:

1. Mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan

2. Dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau

3. Masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.

4. Bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak

5. Bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.

6. Masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

7. Sesuai makan bersama lauk kurma, kari, masak merah dan iku selera anda..

boleh dimakan dgn lauk gulai daging dsbnya



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

MACARONI GORENG

share dari link fb ~Resepi Nasi

MACARONI GORENG

BAHAN
1 bungkus makaroni - rebus sampai lembut
Ayam/daging kisar 
2 biji bawang besar - potong dadu
2 senduk cili kisar
1 tin sos prego
cendawan butang
karot - potong dadu
lada benggala - potong dadu
garam
gula
serbuk lada hitam
mixed herbs
minyak masak

CARANYA
Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.
Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.
Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering.
Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.
Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.
Padamkan api.
Sedia untuk dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Nasi Lemak Hijau

share dari link fb ~Resepi Nasi

Nasi Lemak Hijau

Bahan-bahan ( untuk 8 mangkuk )

4 pot / cawan beras
2 cawan santan wangi (santan sawit)
1 inci halia
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil halba
1 ulas kecil bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil marjerin/butter
4 - 5 cawan air pandan ( pandan diblender dan diambil airnya)
1 simpul daun pandan

Cara Masak:

1. Basuh beras dan masukkan semua bahan kedlm beras.

2. Bawang putih, bawang merah dan halia dikupas, tidak perlu dihiris. Masukkan kedlm beras dan keluarkan bila nasi sudah masak.

3. Air pandan masukkan sebanyak yg disukai kerana santan sawit ini walaubagaimana byk airpun nasi tetap jadi seroi dan sedap.

4. Hidangkan dengan telur rebus, bilis goreng, kacang goreng, sambal tumis, papadom dan juga hirisan timun.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Nasi Beriyani Ayam

share dari link fb ~Resepi Nasi
 
Nasi Beriyani Ayam

Bahan-bahan ( Sekeluarga lebih kurang 7-8 orang )

Bahan2 utk lauk:

600 gm ayam
100 gm bawang merah - dimayang, digoreng dan ditumbuk halus
70 gm puri tomato
1/2 st garam
1 cawan minyak masak
Ketumbar

Rempah Utk Digiling :

1 sb ketumbar [
1 st jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai cili kering
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan2 Utk menumis nasi :

3 cawan beras beriani (basmathi)
4 cawan air sejuk
90 gm minyak sapi
1 sb serbuk badam
1 st garam
1 st gula
5 helai daun pudina

Bahan2 utk menumis :-

2.5 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - dimayang
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 st jintan manis

Cara Masak:

1. Panaskan minyak sapi dicampur minyak masak (dikacau2).

2. Tumiskan bahan2 penumis. Campurkan sedikit air dan masukkan rempah2 yang telah digiling halus. Kemudian masukkan air dan puri tomato.

3. Masukkan ayam dan kacau. Tutup sebentar sehingga ayam empok.
Setelah masak, keluarkan ayam saja dan tinggalkan kuahnya. Campurkan air lagi, masukkan garam, gula, serbuk badam dan dikacau, kemudian ditutup sebentar.

5. Bila mendidih masukkan bawang yg telah digoreng dan ditumbuk halus.

6. Kuah ini dimasukkan ke dalam periuk nasi. Beras yang telah dicuci dimasukkan ke dalamnya. Kacaukan rata2 dan tutup.

7. Bila agak kering, bolehlan dimasukkan ayam dengan cara diselit2kan di celah-celah nasi. Tutup dan biar hingga masak.

8. Bila telah masak, taburkan dengan sedikit kismis dan hidangkan dengan cili yng dipotong berbentuk bunga.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Ahad, 13 Julai 2014

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmy........(surah al Baqarah : ayat 45)

share dari link fb ~Wanita sholehah calon Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk
(QS. al-Baqarah (2): 45)

Yang dimaksud dengan “sabar” di sini ialah tabah dalam melaksanakan hal hal berikut:

1. Menahan diri dari kehendak hawa nafsu yang menyimpang dari ajaran agama.
2. Mentaati kewajiban-kewajiban yang biasanya dirasakan berat oleh jiwa
3. Menerima dengan sabar, tawakal dan rendah hati semua musibah yang ditakdirkan Allah, setelah berserah diri kepada-Nya dengan sepenuh-penuhnya.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad. Astaghfirullahal 'azhim wa atubu ilaih

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Habib Umar : Baitul Maqdis Tidak Mungkin Akan Dapat Dibebaskan Kembali Melainkan Dengan Cara Sayidina Umar r.a. dan Salahuddin al-Ayyubi

share dari link fb ~Muhasabah DIRI

Habib Umar : Baitul Maqdis Tidak Mungkin Akan Dapat Dibebaskan Kembali Melainkan Dengan Cara Sayidina Umar r.a. dan Salahuddin al-Ayyubi

Ini ialah pesanan daripada As-Syeikh al-Habib Umar bin Hafiz di Shah Alam dalam pertemuannya dengan para ulama pada bulan Safar 1428 H. Renungilah dengan mendalam apa yang beliau sampaikan. Semoga kita mendapat hidayat. Tajuk asal ceramah ini ialah, “Menyingkap Masalah yang Terjadi di Kalangan Umat Islam”.

1. Tugas dakwah ialah tugas yang menggembirakan hati Rasulullah SAW. Dakwah tersebar sehingga ke Nusantara berkat daripada usaha dakwah dan keberkatan ahlul bait. Mereka menerapkan pemahaman al-Quran dan as-Sunnah melalui para ulama secara berantai dari satu generasi ke generasi. Rantaian emas ini bersambung kepada Baginda SAW. sebab itulah kita tidak menemui dalam ajaran mereka kesesatan, bidaah, penyimpangan, ekstrem, konservatif dll. Mereka membawa agama yang bersih daripada sumber yang asli. Daripada furuq fikah, bersandarkan kepada mazhab Syafie. Dalam akidah, bersandar kepada mazhab Abu Hasan al-Asyaari (keturunan ulama Abu Musa al-Asyaari). Beliau merupakan anggota delegasi daripada Yaman yang bertemu Rasulullah SAW. daripadanya, lahirlah mazhab ASWJ.

2. Sebagaimana Allah menetapkan bagaimana Islam ini tersebar ke seluruh pelusuk, maka, Allah juga menentukan adanya mujaddid. Sebagaimana Islam tersebar melalui tangan ahlul bait, maka kami optimis meneruskan hubungan ini (dengan penduduk nusantara).

3. Sesungguhnya Allah akan memperbaharui urusan agama ini setiap kali mereka mengalami kelesuan agama (waktu fatrah).

4. Sesungguhnya segala masalah yang terjadi kepada umat Islam hari ini, yang merosakkan fikir, aqidah dan akhlak mereka adalah disebabkan:
Ø kita lalai dalam menjalankan tugas dakwah dan menyelamatkan umat.
Ø berfikiran sempit dalam perbezaan fikrah
Ø tiada kerjasama yang serius di kalangan ulama
Ø konsentrasi kita hanya tertumpu kepada urusan yang tidak terlalu penting namun ia memalingkan pandangan orang ramai terhadap masalah yang sebenar.
Ø Setiap orang bertindak mengikut persepsi masing-masing dan tidak berupaya memahami punca masalah yang sebenar.

5. Maka, kami menyeru supaya kita tumpukan kembali perhatian kepada tugas-tugas kita yang sebenar. Setiap kali kita menunda atau mengabaikan tugas tersebut, maka kita akan disibukkan oleh urusan rekayasa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.

6. Musuh Allah sentiasa mem-provok masalah baharu setiap hari kepada kita silih berganti. Kita sering dimomokkan dengan kepincangan akidah, moral untuk melarikan fikir kita. maka, umat Islam pun tersentak lalu terikut-ikut untuk menyelesaikan isu itu. Habis satu isu, dibawa pula isu yang lain. Maka, kita pun memberikan pandangan kita masing-masing di muktamar, rapat umum dll namun masalah tidak juga selesai. Ada solusi pun, kita tidak serius untuk melanjutkannya. Maka, isu baharu pun muncul dan kita lupa kepada isu lama. Padahal kita sudah bermuktamar, menginsafi sikap tetapi masalah umat tidak juga selesai. Begitulah yang terjadi tatkala muncul isu-isu seterusnya. (semuanya bertindak bergantung kepada isu tetapi gagal menyelesaikan masalah akar yang menimbulkan isu itu.) Akhirnya, kita disibukkan dengan isu yang dimomokkan oleh musuh-musuh Allah itu.

7. Semua ini adalah kesan daripada kelalaian kita menjalankan kerja yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

8. Kami di sini berhasrat untuk membangkitkan kembali semangat kepada kerja-kerja ini supaya semua masalah umat dapat diselesaikan. Kita juga perlu sedar bagaimanakah caranya untuk kita berhadapan dengan masalah-masalah ini. Tugas-tugas itu ialah konsentrasi terhadap proses pembinaan jiwa dengan cara mensucikannya (tazkiah). Ia menjadi barometer kepada perubahan umat ini menurut al-Quran, Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Tidak ada satu pendekatan yang dapat mengubah manusia selain pendekatan TAZKIYATUN NUFUS seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Proses ini kemudian bersambung-sambung sehingga sampai kepada kita. Inilah method yang dibawa oleh segolongan manusia yang digelar sebagai kaum sufi. Nilai-nilai pentarbiyahan seperti ini sememangnya sudah ada pada zaman Sahabat kemudian Tabiin dan seterusnya sehingga datang zaman cintakan dunia dan kerakusan kuasa. Generasi selepas itu semakin jauh dengan zaman Nabi.

9. Umat sekarang ini perlu kepada ulama yang komited terhadap method pentarbiyahan ini (tazkiyah). Sebab itulah munculnya golongan Sufi dan tasawuf yang komited melestarikan nilai-nilai ini. Melalui jasa mereka, dakwah tersebar ke seluruh pelusuk dunia (lanjutan daripada usaha dakwah Sahabat). Dalam sejarah Islam, kita mendapati bahawa tidaklah masuk Islam ke dalam satu-satu negeri melainkan ketua jemaah jihad fisabilillah itu diketuai oleh tokoh besar tasawuf dan tazkiyah. Keadaan ini ada setiap zaman dalam Islam. Kita tidak akan menjumpai sesebuah negeri yang begitu utuh melainkan peranan itu dimainkan oleh tokoh tasawuf, golongan sufi. Tidak mungkin kita temui dalam sejarah Islam, gerakan jihad tanpa tokoh tasawuf.

10. Tazkiyah Para Sahabat diserap secara langsung daripada Nabi SAW. Merekalah para sufi sejati, pemimpin para sufi dan tokoh-tokohnya.

11. Cermatilah sejarah Islam. Pada zaman Sahabat, Islam tersebarnya hingga ke Timur di sempadan China dan Russia dan negeri-negeri sekitarnya. Para panglima mereka terdiri daripada para pemuka tasawuf pelbagai aliran dan guru-guru besarnya. Mereka semua keluar berjihad di jalan Allah.

12. Baitul Maqdis dibebaskan oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a. Kemudian, datang pasukan salib merampasnya. Semenjak itu, Baitul Maqdis tidak dapat diselamatkan semula kecuali peranan ahli tasawuf. Di situ, tampillah Salahudin al-Ayubi, seorang tokoh tariqat tasawuf, pengasas program Maulidur Rasul dan majlis-majlis zikir yang banyak diambil daripada kitab Imam Al-Ghazali (Ihya Ulumuddin). Terbina jiwanya melalui kitab tersebut dan dia memimpin umat Islam dengan kekuatan imannya, ketaqwaannya, kebeningan jiwanya dan kebersihan hatinya. Maka, Baitul Maqdis pun dapat dibebaskan.

13. Hari ini, orang ramai melaungkan, - Bebaskan Baitul Maqdis! Bebaskan Baitul Maqdis! – tidak ada cara untuk membebaskannya kecuali dengan cara yang pertama iaitu manhaj Sayidina Umar r.a. dan Salahudin al-Ayyubi rah. Yang merupakan intisari daripada ajaran tazkiyah oleh Rasulullah SAW. Hal inilah yang membebaskan Baitul Maqdis. Tidak boleh dengan cara selain itu.

14. Mereka sibuk bikin organisasi, pernyataan politik mahupun mengadakan kongres, Baitul Maqdis tetap tidak mampu dibebaskan sampai bila-bila pun (abadan abada) kecuali melalui peranan golongan ini (tasawuf dan sufi) dan dengan cara ini (tazkiyah dan tasawuf). Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya sendiri.

15. Jika pemuda kita di Palestin tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa, tidak menutup aurat dan kita berkata – Bebaskan Palestin! Bebaskan Palestin! - Namun apa yang terjadi? Pada masa ini kuffar memerangi kaum Muslimin di sana dan membuatkan politik pecah belah hingga umat Islam saling berperang antara satu sama lain. Apa penyebabnya semua ini? Jawapannya: Pengabaian usaha TAZKIYATUN NUFUS (Pembinaan jiwa) di kalangan umat Islam sehingga munculnya masalah-masalah besar yang menghentam mereka.

16. Siapakah yang berperanan untuk melakukan usaha ini? Inilah tugas utama kita daripada Allah SWT – Sesungguhnya beruntunglah mereka yang telah mensucikan jiwanya dan rugilah orang yang menodainya. Beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya dengan menyebut nama Tuhannya serta menunaikan solat. Musuhmu yang paling berbahaya ialah nafsumu yang ada pada dirimu sendiri.

penulisan Khairy Tajudin


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Sabtu, 12 Julai 2014

SAAT RASA TAKUT DAN HARAP JADI SATU

share dari link fb ~Bicara Hidayah

SAAT RASA TAKUT DAN HARAP JADI SATU 

DARI Anas bin Malik radhiyallahu anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah menjenguk seorang pemuda yang sedang menjelang sakaratul maut (saat menjelang kematian), maka beliau bertanya kepada pemuda tersebut:

:::: "Apa yang kamu rasakan (dalam hatimu) saat ini?" Dia menjawab: "Demi Allah, wahai Rasulullah, sungguh (saat ini) aku (benar-benar) mengharapkan (rahmat) Allah dan aku (benar-benar) takut akan (siksaan-Nya akibat dari) dosa-dosaku." Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: 

:::: "Tidaklah terkumpul dua sifat ini (BERHARAP DAN TAKUT) dalam hati seorang hamba dalam kondisi seperti ini kecuali Allah akan memberikan apa yang diharapkannya dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutkannya." [1]

Hadith yang agung ini menunjukkan keutamaan adanya sifat berharap dan takut kepada Allah secara seimbang dalam diri seorang hamba, sekaligus menunjukkan keutamaan bersangka baik kepada Allah Taala, terutama pada waktu sakit dan saat menjelang kematian [2], sebagaimana perintah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: 

:::: "Janganlah salah seorang dari kalian meninggal dunia kecuali dalam keadaan dia bersangka baik kepada Allah." [3]

BEBERAPA FAEDAH PENTING YANG TERKANDUNG DALAM HADITH INI

Dua SIFAT inilah yang dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang paling mulia di sisi-Nya, para Nabi dan Rasul shallallahu alaihi wa sallam, sehingga Allah Taala memuji mereka dalam firman-Nya,

{إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ}

:::: "Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka (selalu) berdo'a kepada Kami dengan (perasaan) harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu'." (al-Anbiyaa: 90)

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, 

|| "Yang dimaksud dengan ar-raja’ (BERHARAP) adalah bahwa jika seorang hamba melakukan kesalahan (dosa atau kurang dalam melaksanakan perintah Allah) maka hendaknya dia BERSANGKA BAIK kepada-Nya dan BERHARAP agar Dia menghapuskan (mengampuni) dosanya, demikian pula ketika dia melakukan ketaatan (kepada-Nya) dia berharap agar Allah menerimanya. Adapun orang yang bergelimang dalam kemaksiatan kemudian dia berharap Allah tidak menyiksanya (pada hari kiamat) tanpa ada rasa penyesalan dan (kesadaran untuk) meninggalkan perbuatan maksiat (tanpa melakukan taubat yang benar kepada Allah), maka ini adalah orang yang tertipu (oleh syaitan)." [4]

|| Imam Hasan al-Bashri berkata, "Orang mukmin bersangka baik kepada Rabb-nya (Allah Taala) maka dia pun memperbaiki amal perbuatannya, sedangkan orang orang kafir dan munafik bersangka buruk kepada Allah maka mereka pun memperburuk amal perbuatan mereka." [5]

Sebahagian dari para ulama menjelaskan bahwa dalam kondisi sehat lebih utama menguatkan sifat al-khauf (takut) daripada ar-raja’ (berharap), agar seseorang tidak mudah lalai dan lebih semangat dalam beramal shaleh. Adapun ketika sakit, apalagi saat menjelang kematian, lebih utama menguatkan sifat ar-raja’ (berharap) untuk menumbuhkan persangkaan baik kepada Allah Taala. [6]

Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, MA
________
Shared By Bicara Hidayah
Kredit: (muslim.or.id)

[1] HR at-Tirmidzi (no. 983), Ibnu Majah (no. 4261) dan al-Baihaqi dalam "Syuabul iman" (no. 1001 dan 1002), dinyatakan hasan oleh imam at-Tirmidzi, al-Mundziri dan syaikh al-Albani dalam "Shahihut targiib wat tarhiib" (no. 3383)

[2] Lihat kitab "Fathul Baari" (11/301), "Shahihut targib wat tarhib" (3/174) dan "Ahkaamul jana-iz (hal. 11)

[3] HSR Muslim (no. 2877)

[4] Kitab "Fathul Baari"

[5] Dinukil oleh imam Ibnu Katsir dalam tafsir beliau (4/121)

[6] Lihat kitab "Fathul Baari" (11/301) dan "Faidhul Qadiir" (2/70)
________________________
Shared By: ⓑⓘⓒⓐⓡⓐ ღ ⓗⓘⓓⓐⓨⓐⓗ

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

6 KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA KITA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

share dari link fb ~Anugerah

6 KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA KITA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

Adakah anda pernah merasai perbezaan apabila anda mendengar dan membaca al-Quran. Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, Muslim samada yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

✔ Al-Quran Sebagai Penyembuh Semulajadi

Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel tubuh dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka. 

Kajian ini mendapati terdapat penurunan kemurungan dan kesedihan apabila dibacakan al-Quran pada pesakit. Selain itu, analisis terhadap tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik juga menunjukkan perubahan yang positif di dalam kajian tersebut.

✔ Ayat-Ayat al-Quran Boleh Menghancurkan Sel Kanser dan Virus

Dengan hanya bunyi bacaan dari Al Quran, sel-sel kanser boleh pecah dengan sendirinya. Ini kerana frekuensi bunyi bacaan al-Quran dengan jarak gelombang tertentu boleh bertindak seperti sonar yang boleh menghapuskan sel-sel kanser apabila dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran secara kerap.

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi Al-Quran. Aktiviti virus akan terganggu dan akhirnya akan terhenti apabila bunyi terus dikenakan padanya.

✔ Al-Quran Mengubah Molekul Air dan Peminumnya

Apabila air dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran, molekul air akan berubah kepada bentuk yang cantik dan menarik. Apabila air tersebut diminum, ia akan memberikan kesan positif kepada peminumnya seperti penyembuhan fizikal dan spiritual. 

✔ Ketenangan Daripada Bacaan al-Quran

Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston mendapati mereka yang diperdengarkan dengan bacaan al-Quran akan memperolehi ketenangan. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Hasil keputusan adalah responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengar bacaan al-Quran dan 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

✔ Al-Quran Mempengaruhi Respon Bayi

Menurut kajian Dr. Nurhayati yang membentangkan hasil kajian pada Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997 mendapati bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat Aa-Quran dari perakam suara menunjukkan respon seperti tersenyum dan tenang. Ia juga dapat merangsang sel-sel otak bayi agar kerap berhubung.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Sejahat-jahat pencuri adalah org yang mencuri dalam solatnya....bagaimana org yg mencuri dalam solatnya???

share dari link fb ~Jubah Muslimah
Jangan tinggalkan ketenangan (thuma’ninah) dalam solat kita. Jangan tergesa-gesa dalam rukuk & sujud kita.


Rasulullah bersabda, “Tidak sah solat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika rukuk dan sujud” (HR. Abu Dawud: 1/ 533)

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukan. Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-Mu. Amin 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

ROTI POKET DORAEMON

share dari link fb ~Masak Memasak

ROTI POKET DORAEMON

- roti gardenia
- 2 biji telur(pukul dan letak sedikit garam)
- breadcrumbs

Cara2 membuatnya:

1- Kapit 2 keping roti dan gelek kan. Kemudian tekap dengan mende bulat. Ulang sampai abes. Kalau roti gardenia yang panjang tu, boleh dapat dalam 10 keping
2- Lemaskan roti dalam telur yang telah di pukul tadik.
3- Celup pula roti tadi ke dalam breadcrumbs. Selimutkan dia jangan ada satu tempat pun yang tertinggal hokey.
4 -Masukkan dalam kuali tuk goreng. Guna api sedang aja. Best gileee tengok roti ni mengembang macam.....hehehe
5- Semua roti yang telah siap di goreng. Ketepikan dan sejukkan dulu
6- Gunting roti tadi tuk menjadi dua bahagian. Nampak macam roti pita x?
7- Masukkan inti yang di masak dalam roti. Lastly, letak sos kalau suka pedas... (ape2 inti pon boleh.. name pon poket doraemon kan,.. nk letak sosej ke, ayam ke.. )

makan!! 



::resipi dari blog limaupurut::
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/