Selasa, 1 Julai 2014

Resepi Ayam Goreng Madu Pedas

share dari link fb ~Rahsia Hawa

===========================
Resepi Ayam Goreng Madu Pedas
===========================

Ayam goreng madu memang sedap di makan dimakan dengan nasi.
tegahari macam ni terasa lapar ayam goreng madu lak.. SENANG DAN RINGKAS.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda
1 inci kunyit-dikisar
1 inci halia-dikisar
4 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
1 batang serai-dikisar
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar madu

Cara-cara
Perapkan ayam dengan kunyit,halia,bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu dan kicap manis.
perap selama 1-2 jam(lagi lama lagi rasa meresap)
gorengkan sehingga ayam masak(dengan api perlahan)
angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa
siap dihidang

SILAKAN SHARE DGN KAWAN UOALSSS 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

1 ulasan: