share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin
Rezeki Zahir dan Batin; "Para ulama mengatakan, rezeki itu terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama adalah Rezeki yang dijamin. Yang kedua, adalah Rezeki yang diagih-agihkan. Dan yang ketiga, Rezeki yang dijanjikan. Dan rezeki itu perlu diusahakan kerana ia tidak datang bergolek. Maka adab kita kepada qada dan qadar Allah adalah kita berusaha."
"Hakikatnya Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki. Asbab itu adalah perantaraan. Berusaha ke atas asbab adalah sunnah, meninggalkan asbab adalah bid'ah. Yakin ke atas asbab adalah haram. Kita diperintah untuk berusaha ke atas asbab, tetapi kita dilarang untuk bersandar ke atas asbab. Seseorang manusia kadang kala keluar awal subuh, balik malam hari."
"Untuk mendapatkan rezeki. jika demikian rezeki zahir, demikian rezeki batin apatah lagi lebih penting. Begitu juga dengan perkara hidayah. Sesuatu yang menyalahi adab kepada Allah سبحانه وتعالى, dia mengatakan saya belum dapat menunaikan perintah Allah سبحانه وتعالى. Kerana saya sedang tunggu hidayah, saya sedang tunggu seru. Saya belum sampai seru lagi. Tidak."
"Seperti kamu faham rezeki itu perlu diusahakan, bermujahadah mencari rezeki, hidayah dan ilmu. Dan Allah سبحانه وتعالى adalah sebaik baik pemberi rezeki. Tugas kita sebagai mahkluk Allah سبحانه وتعالى, kita beradab kepada Allah adalah berusaha untuk mendapatkan rezeki zahir dan juga batin. Kita serahkan natijahnya kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Dan Seorang mukmin itu dia juga tidak malas. Seorang mukmin itu, dia tidak menganggur. Duduk lepak, goyang kaki menganggur membazir masa. Kerana tidak diciptakan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Seorang mukmin itu sentiasa mengisi masanya dengan amal. Ada tiga ratus tempat didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى menyebutkan tentang amal."
"Maka seseorang mukmin itu sepatutnya mengisi masa dengan beramal. Dan amal itu tidak khusus kepada ibadah solat kita, puasa zakat dan haji sahaja. Amal ini mempunyai makna yang luas lagi. Seseorang mukmin itu boleh menjadikan satu hari dua puluh empat jam masanya itu beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Dengan niatnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Makan dan minum seorang mukmin itu jadi ibadah. Tidur enam atau tujuh jam dikira ibadah. Niatnya tidur untuk bangun tahajud. Niatnya untuk taqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Semuanya jadi ibadah."
"Para Ulamak mengatakan, seorang mukmin itu tidak boleh berlalu masa satu detik pon dengan dia menganggur. Melepak duduk goyang kaki. Ini adalah suatu yang tercela didalam agama. Agama mengajarkan kepada kita untuk memanfaatkan masa. Dan tidak berlalu satu detik pon masa seseorang mukmin itu dengan menganggur."
"Apakah hukum seseorang itu tidak bekerja? Seseorang itu menganggur? Adakah dia mendapat dosa atau tidak?" Seseorang yang goyang kaki tidak bekerja, dia mungkin tidak mendapat dosa. Akan tetapi, agama mengajarkan kepada kita seorang mukmin itu tidak goyang kaki dan malas."
"Goyang kaki dan menganggur itu adalah satu sifat yang tercela. Kerana seorang mukmin itu, dia adalah seorang yang aktif. Allah سبحانه وتعالى suka melihat hamba-Nya yang aktif, cergas, kuat dan bekerja kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia bekerja tidak malas duduk goyang kaki."
"Seorang mukmin itu, dia tidak membuang masa. Dia sentiasa dalam pekerjaan. Selesai dari solat, dia pergi kemana-mana sahaja dia akan niatkan kerana Allah سبحانه وتعالى. Mukmin itu dia sentiasa dalam pekerjaan. Yang mana, setiap pekerjaan itu menjadi perantaraan atau wasilah untuk dia mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Menjadi kesilapan seseorang itu, dia memisahkan pekerjaan dunia dia dengan akhirat. Keperluan dunianya dengan akhirat. Dia mengatakan ini semua dunia. Kerana setiap pekerjaan dunia itu berhak menjadi satu ibadah dengan kuncinya adalah dengan niat kerana Allah سبحانه وتعالى. Terpulang kepada mukmin itu dengan niat menjadi ibadah atau tidak."
"Seorang mukmin itu tidak malas, tidak lembik, tidak lesu, tidak goyang kaki dan tidak menganggur. Rasulullah ﷺ bersabda; "Seorang mukmin yang kuat, aktif, itu adalah lebih baik lebih afdhal lebih dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding dengan mukmin yang dhoif."
"Seseorang yang goyang kaki menganggur itu, dia tidak membawa manfaat untuk dirinya, dan dia tidak membawa manfaat untuk orang lain. Bekerja pon tidak. Menuntut ilmu pon tidak duduk goyang kaki. Kalau dia tidak mencari rezeki akan tetapi dia menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya, masa itu diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Supaya dia memberi manfaat kepada orang lain."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan