Jumaat, 8 November 2013

Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
 
Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Bahan:

a. Ketam 2 ekor
b. 2 biji buah pelaga
c. Kayu manis sepanjang jari kelingking
d. Sekuntum bunga lawang
e. Bawang putih 5 biji ditumbuk
f. Halia sebesar ibu jari diketuk
g. Serbuk lada hitam/lada putih
h. 3 cawan air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak untuk menumis
k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau.

2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika.

3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam.Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah.

4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih.

Resepi keropok lekor Terengganu


share dari link fb ~Resipi Kuih Muih Melayu
 
Resepi keropok lekor Terengganu
Oleh:WanShila Wan Hasan
Like:www.facebook.com/bukuresepi

1kg ikan selayang
1-2cwn tepung sagu atau ubi kayu
Gula dan garam

Cara buat:
1. Asingkan isi ikan dari tulang dan kulit. Blend tanpa air.
2. Keluarkan dari pengisar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tambah gula dan garam. Perasakan biar seimbang.
-jangan terlebih byk tepung kanji/ubi - liat/keras.
3. Uli sebati dan bentukkan mengikut kesukaan anda. Tips: letak tepung sagu/kanji di tapak tangan untuk elakkan tangan dari terlekat adunan.
4. Rebus dalam air mendidih. Angkat bila keropok timbul. Toskan.
5. Goreng bila sudah sejuk. (Keropok lekor sedap dimakan samada rebus atau goreng)

~selamat mencuba ~

SABAR - lebih baik

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

[Lebih Baik]

Anda harus punya keyakinan bahwa apa yang Allah kehendaki pada diri Anda itu lebih baik daripada apa yang Anda kehendaki untuk diri Anda sendiri.

Jadikan hal ini prinsip hidup dalam keseharian Anda!

GULAI LEMAK UDANG & KACANG PANJANG

share dari link fb ~Buku Resepi

GULAI LEMAK UDANG & KACANG PANJANG
Oleh:Zue Taqwallah
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN-BAHAN
10 ekor udang saiz L - buang janggut & dan belah belakang
5 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1 inci kunyit basah*
3 tangkai cili kering*
3 biji bawang kecil*
1 batang serai - diketuk
1 keping assam gelugor
3 cawan santan
1 cawan santan cair
2 batang kacang panjang - dipotong sederhana
garam secukup rasa

CARA-CARA
1.Kisar semua bahan bertanda dengan santan cair,kemudian reneh semua bahan yg dikisar tadi
2.Masukkan assam gelugur,udang,garam,serai dan biar mendidih hingga air udang keluar
3.Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacang panjang biar hingga mendidih

Nota : Kacang panjang saya masukkan kemudian kerana jika masukkan awal cepat layu.jadi jika masukkan akhir ketika dihidang kacang panjang masih ranggup

SELAMAT MENCUBA

Peanut Butter Cookies

share dari link fb ~Buku Resepi
 

Old Fashioned 3 Ingredient Peanut Butter Cookies
Oleh:Sue Sidek

1 cup gula
1 cup peanut butter
1 telur

Coklat chip (hiasan)
Cara2 nye:

Satu kan semua bahan bahan di atas.. Kecuali choklat chip..Dan bulat bulat kan lepas tu,tekan dengan garpu. Dan hias kan bersama choklat chip ..Bakar 180 darjah celcius dlm 12 to 15min.. Selamat mencuba!!
 

SHEPHERD PIE


share dari link fb ~Buku Resepi

SHEPHERD PIE
Oleh:Nurulasikin Binti Saleh

Bahan-bahan untuk pie:
1 Kg kentang
100 ml susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk inti ayam:
Daging atau ayam (ikut kemahuan)
Bawang besar @ bawang holland (kuantiti ikut kemahuan)
Cream of mushrooms Campbell's
Serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cheese sebagai bahan penyedap

Cara membuat pie (sebagai base dan topping):
1. Kukuskan kentang yg sudah dipotong dadu sehingga empuk.
2. Toskan kentang yg sudah empuk dan letak dlm bekas yg sesuai.
3. Lenyekkan kentang sehingga lumat (semasa masih panas).
4. Pastikan kentang dilenyek dgn sekata untuk mendapatkan struktur yg cntik.
5. Bila kentang dh lumat, masukkan susu segar sedikit demi sedikit. (Jgn tuang sekali gus! sebab x semestinya kita akan gunakan habis 100 ml susu segar tu). Cukup2 kentang tu dah rasa lembutnya macam kentang KFC tu.
6. Pastu letak 2 sudu besar butter then gaul.
7. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Dah siap, abaikan dulu pie..

Cara membuat inti:
1. Potong bawang besar@holland bentuk dadu. 
2. Then, potong daging ayam bentuk dadu ( boleh beli yg brand Ramly). 
3. Panaskan minyak. Campur 2 sudu butter kalau nak wangi.
4. Tumiskan bawang besar @ bwg holland tadi sampai layu.
5. Pastu masukkan ayam yg sudah di dadu tadi.
6. Masak sampai ayam tersebut bertukar kaler agak kekuningan.
7. Masukkan serbuk Cream of Mushrooms Campbell's tadi.
8. Tuang sedikit air kasi tumisan tersebut agak b'lendir sedikit.
9. Then, Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Masak lagi dlm beberapa minit gitu.

STEP TERAKHIR
1. Sediakan cup atau bekas pie.
2. Langkah pertama, masukkan kentang lenyek dulu (sebagai base). letak je tebal yg anda nak..
3. Lepas tu, lapiskan dengan inti ayam tadi diatasnya (atas base)
4. Kemudian tutup lagi dengan kentang lenyek (topping)
5. Di akhiri dengan taburan keju di atas topping (saje2 tambah biar sedap)
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180'C. (api oven up and down)
7. Bakar sehingga keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperang-perangan.

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 6 November 2013

SAHABAT....

share dari link fb ~Pelangi Senja


Andai hari ini aku terlalu gembira
Sedangkan kalian dipasung duka
Sedarkan aku dengan amaran Allah Azzawajalla

Andai aku bersedih bungkam tanpa kata
Sedangkan terhijab diri bahawa pernah bahagia
Pujuklah aku dengan tarbiyah Maha Pencinta

Andai tersungkur...
Aku berasa lemah tak berdaya
Sedangkan masih ramai yang berhati lara
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga

Sahabatku...
Andai antara kita ada tembok pemisah
Ajaklah aku merobohkannya segera

Andai pernah hatimu ku gores luka
Khabarkanlah diriku silap dan alpa

Kerana bagiku...Dikau ku kasihi...

Ukhuwah kita begitu bermakna
Sembari diriku...apa adanya...

♥♥♥
061113