Jumaat, 8 November 2013

Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
 
Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Bahan:

a. Ketam 2 ekor
b. 2 biji buah pelaga
c. Kayu manis sepanjang jari kelingking
d. Sekuntum bunga lawang
e. Bawang putih 5 biji ditumbuk
f. Halia sebesar ibu jari diketuk
g. Serbuk lada hitam/lada putih
h. 3 cawan air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak untuk menumis
k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau.

2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika.

3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam.Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah.

4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan