Ahad, 11 Januari 2015

Resepi Makaroni Goreng


Resepi Makaroni Goreng 

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

150 g (12⁄3 cawan) makaroni, dimasak dan ditoskan
200 g (2/4 cawan) daging, dibuang lemak dan dicincang halus
[Dihiris]

30 g (6 biji) cendawan butang
30 g (1/2 biji) lada benggala merah
30 g (1/2 biji) lada benggala hijau
_______________

120 ml (1/2 cawan) sos tomato
80 ml (1⁄3 cawan) tomato
180 ml (2/4 cawan) stok daging lembu rebusan sendiri
26 g (2 sudu makan) marjerin
[Dicincang]

25 g (5 ulas) bawang putih
3 g (1/2 biji) cili hijau
3 g (1/2 biji) cili merah
50 g (2 biji) bawang besar
________________

Garam secukup rasa
Hiasan: daun ketumbar, bawang goreng

Cara memasak

Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis bahan dicincang hingga wangi.
Masukkan sos tomato, pes tomato, stok daging lembu dan daging kisar.
Kacau dan masak sehingga daging masak dan lembut.
Masukkan makaroni, lada benggala dan cendawan butang. Masukkan garam secukup rasa.
Hiaskan sebelum hidang. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Khamis, 8 Januari 2015

SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

Bahan luaran:

5 ekor sotong dibuang kulitnya dan dibersihkan

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

5 sudu besar sos tomato

5 sudu besar sos cili

2 sudu besar cili boh atau cili kering kisar

1 sudu besar minyak masak

1 sudu teh gula kalo suka..lau x suka x yah masuk gula tp x de lak namanya masam manis kan hihi...


Bahan sumbat:


200 gram udang atau 4 ekor udang

2 biji telur

1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah...lau x mau pedas x yah letak

1 pokok daun bawang

1 pokok daun sup

1 sudu besar minyak masak

sayur sayuran carrot, bunga kobis hijau dan putih..dsb boleh letak sayur yg digemari

garam secukup rasa


Cara:


1.Panaskan minyak tumiskan bahan sumbat bawang merah dan udang kacau rata

2.Masukkan telur biarkan kerasdan hancurkan

3.Masukkan garam,cili merah,cili hijau,daun sup,daun bawang dan sayur sayuran (terpulang nk letak ke tak)kacau hingga masak, tutup api dan ketepikan.

4.Ambil sotong dan masukkan bahan sumbat ke dalam sotong dan tutup dengan kepala sotong sematkan dengan lidi.


Cara membuat kuahnya:


1.Panaskan minyak,tumis bawang besar,bawang putih dan cili kisar sehingga wangi

2.Masukkan sos tomato,sos cili dan gula kacau sehingga masak

3.Masukkan sotong sehingga mendidih.

4.Angkat dan boleh dihidangkan dgn hirisan daun bawang....

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tidak Akan Masuk Syurga Siapa yang Suka Putuskan Silaturahim.

share dari link fb ~Abu Basyer
Tidak Akan Masuk Syurga Siapa yang Suka Putuskan Silaturahim.
Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)
Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah SWT. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik di antara sesama muslim.
Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
Tahukah kalian apakah sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan?
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah).
Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf belaka. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturahim.
Rasulullah SAW bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (Hadis Riwayat Bukhari).
Rasulullah SAW pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah". Para sahabat pun bertanya, "Apakah yang dimaksud itu, ya Rasulullah?" Baginda kemudian bersabda lagi, "Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh" (HR. Hakim).
Dalam hadis lain dikisahkan pula, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Oleh itu jauhi permusuhan, pertengkaran dan hasad dengki kerana semua amalan buruk ini akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim yang sangat di benci oleh Allah SWT. Mereka yang menyambungkan silaturahim akan di muliakan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya di dunia dan akhirat.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

CARA SUSUTKAN BERAT BADAN #2

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

CARA SUSUTKAN BERAT BADAN #2

Makan buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

share dari link fb ~Raja Shamri

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

KAMBING BAKAR

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

KAMBING BAKAR

BAHAN

2 keping bahu kambing (lamb chop)
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu teh serbuk cili
½ sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh madu lebah asli
1 biji bawang putih | dicincang halus
Minyak zaitun secukupnya
Garam secukupnya

CARA

Campurkan semua bahan perapan bersama kambing dan gaulkan hingga rata.
Kemudian biarkan diperap sekurangkurangnya 1 jam di dalam peti sejuk.
Akhir sekali bakar selama 20 minit di atas gril dengan api yang kuat.
Angkat dan hidangkan.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Mudah-mudahan Allah memberikan keberkahan yang sempurna kepada kami, kalian dan Ummat Islam keseluruhan dalam peringatan kelahiran Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan menghidupkan pada kami dan ummat sunnah-sunnahnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, petunjuk, akhlaq dan ajaran-ajarannya.

share dari link fb ~Kios Habib

Mudah-mudahan Allah memberikan keberkahan yang sempurna kepada kami, kalian dan Ummat Islam keseluruhan dalam peringatan kelahiran Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan menghidupkan pada kami dan ummat sunnah-sunnahnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, petunjuk, akhlaq dan ajaran-ajarannya.

Kami memohon kepada Allah membukakan pintu kesenangan, mengangkat kesempitan serta kesusahan, menghilangkan kesedihan serta keresahan dari ummatnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, menyatukan keinginan mereka dan menumbuhkan saling kasih sayang di antara mereka.

Berilah kami kemampuan untuk dapat memperbanyak sholawat dan salam atas Nabi Muhammad dengan mentaati, mengikuti, mengagungkan, mencintai dan merindukannya.

Dan menjadikan kita karenanya naik ke derajat yang lebih tinggi bersama orang-orang yang mulya.. dan Engkau ridho dari kami..Wahai Dzat yang memberikan seluruh kenikmatan, wahai Dzat yg menurunkan semua anugerah, wahai Dzat yang mencegah semua musibah dan gangguan, pandanglah seluruh ummat, jadikanlah ikatan kami dengan kekasih-Mu bertambah kuat di setiap nafas, detik dan pikiiran selama-lamanya dengan rohmat-Mu wahai Dzat yang Paling Rohmat.

Sayyidina Al Habib Umar bin Hafidz Radhiallahu 'anhu
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/