Ahad, 28 Februari 2016

Wanita, 'Benda' Nak Pakai Lama Kena Jaga Lebih!

 Jangan Ambil Mudah Bab Bahagian Intim. Wanita Wajib Amal!
share dari link blog ~ http://www.mingguanwanita.my/pilihan-mw/wanita-benda-nak-pakai-lama-kena-jaga-lebih-1.469417

Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Nak jaga luaran mungkin senang tetapi kalau bab dalaman jangan ambil mudah ya, Mak-mak. Rasa selesa macam mana pun, kita tak boleh jangka kalau sakit dalaman, tambah pula untuk En. Abang sayang. Cuba amalkan beberapa petua yang dikongsi oleh Puan AdiNa ROslan ini...



AIR ASAM KUNYIT
Bahan:
Kunyit hidup (bukan serbuk)
Asam jawa
Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa)
Gula perang/madu/gula batu (ikot cita rasa)


Cara penyediaan:
Ketuk kunyit (seeloknye pakai lesung,kalau tak hiris pun tak apa) kemudian rebus/reneh dengan manjakani. Kalau letak air 4 gelas, rebus sampai jadi 2 gelas. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)


KEBAIKAN
1. KUNYIT
Cuci darah dan kotoran dalaman,kecutkan rahim (elok untuk kurangkan buncit), kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman (boleh cegah kanser), pulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong/rahim keluar/rahim jatuh.


2. ASAM JAWA
Untuk buang lemak, bagi kesegaran tubuh badan, membantu buang air besar.


3. MANJAKANI
Pulihkan otot dalaman,dengan kata lain ketatkan kembali 'aset' lepas bersalin. Mampu untuk tegangkan balik segala 'aset-aset' kewanitaan. Untuk awet muda kurangkan masalah kputihan, cepatkan penyembuhan luka jahitan dan sebgainya.
 

1. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti, buat pekat, bila nak minum campurkan air panas. Minum suam-suam.

2. Boleh juga letak halia (ikut cita rasa)

3. Jangan minum waktu period dan wanita hamil dilarang sama sekali.

Sumber dari Facebook: AdiNa ROslan

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Isnin, 11 Januari 2016

Baked Sardin Roll

share dari link fb ~ Ruhaiza Bunyamin‎~ (MAHN)

Baked Sardin Roll
Saya nak share sardin roll ni semua kwn2 sbb sardin roll ni mmg sdap....pastrynya rapuh itu yg tambah sdap. Ni resepinya..

Bahan pastry:
300g tepung gandum
125g butter
3 sdb air sejuk
*gaulkan semua bahan hingga jd doh. Doh akan kering sedikit tp xpe sbb nnti dah masak ia akan rapuh.

Bahan inti:
1 tin sardin (buang sedikit sosnya dan hancurkan)
Sedikit bawang merah kiub
Sedikit cili merah kiub
Perahan limau kasturi
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam
* gaulkan semua bahan.

Cara:
1.Gelek doh hingga nipis. Potong 4segi 3" x 3".
2. Letakkan sedikit inti dan gulungkan. Sapukan telur sebagai gam.
3. Sapu kuning telur dibahagian atas.
4. Bakar selama 15-20mins 180C
5. Ready to eat....yummy!!

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Rezeki Zahir dan Batin

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin 

Rezeki Zahir dan Batin; "Para ulama mengatakan, rezeki itu terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama adalah Rezeki yang dijamin. Yang kedua, adalah Rezeki yang diagih-agihkan. Dan yang ketiga, Rezeki yang dijanjikan. Dan rezeki itu perlu diusahakan kerana ia tidak datang bergolek. Maka adab kita kepada qada dan qadar Allah adalah kita berusaha."
"Hakikatnya Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki. Asbab itu adalah perantaraan. Berusaha ke atas asbab adalah sunnah, meninggalkan asbab adalah bid'ah. Yakin ke atas asbab adalah haram. Kita diperintah untuk berusaha ke atas asbab, tetapi kita dilarang untuk bersandar ke atas asbab. Seseorang manusia kadang kala keluar awal subuh, balik malam hari."
"Untuk mendapatkan rezeki. jika demikian rezeki zahir, demikian rezeki batin apatah lagi lebih penting. Begitu juga dengan perkara hidayah. Sesuatu yang menyalahi adab kepada Allah سبحانه وتعالى, dia mengatakan saya belum dapat menunaikan perintah Allah سبحانه وتعالى. Kerana saya sedang tunggu hidayah, saya sedang tunggu seru. Saya belum sampai seru lagi. Tidak."
"Seperti kamu faham rezeki itu perlu diusahakan, bermujahadah mencari rezeki, hidayah dan ilmu. Dan Allah سبحانه وتعالى adalah sebaik baik pemberi rezeki. Tugas kita sebagai mahkluk Allah سبحانه وتعالى, kita beradab kepada Allah adalah berusaha untuk mendapatkan rezeki zahir dan juga batin. Kita serahkan natijahnya kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Dan Seorang mukmin itu dia juga tidak malas. Seorang mukmin itu, dia tidak menganggur. Duduk lepak, goyang kaki menganggur membazir masa. Kerana tidak diciptakan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Seorang mukmin itu sentiasa mengisi masanya dengan amal. Ada tiga ratus tempat didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى menyebutkan tentang amal."
"Maka seseorang mukmin itu sepatutnya mengisi masa dengan beramal. Dan amal itu tidak khusus kepada ibadah solat kita, puasa zakat dan haji sahaja. Amal ini mempunyai makna yang luas lagi. Seseorang mukmin itu boleh menjadikan satu hari dua puluh empat jam masanya itu beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Dengan niatnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Makan dan minum seorang mukmin itu jadi ibadah. Tidur enam atau tujuh jam dikira ibadah. Niatnya tidur untuk bangun tahajud. Niatnya untuk taqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Semuanya jadi ibadah."
"Para Ulamak mengatakan, seorang mukmin itu tidak boleh berlalu masa satu detik pon dengan dia menganggur. Melepak duduk goyang kaki. Ini adalah suatu yang tercela didalam agama. Agama mengajarkan kepada kita untuk memanfaatkan masa. Dan tidak berlalu satu detik pon masa seseorang mukmin itu dengan menganggur."
"Apakah hukum seseorang itu tidak bekerja? Seseorang itu menganggur? Adakah dia mendapat dosa atau tidak?" Seseorang yang goyang kaki tidak bekerja, dia mungkin tidak mendapat dosa. Akan tetapi, agama mengajarkan kepada kita seorang mukmin itu tidak goyang kaki dan malas."
"Goyang kaki dan menganggur itu adalah satu sifat yang tercela. Kerana seorang mukmin itu, dia adalah seorang yang aktif. Allah سبحانه وتعالى suka melihat hamba-Nya yang aktif, cergas, kuat dan bekerja kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia bekerja tidak malas duduk goyang kaki."
"Seorang mukmin itu, dia tidak membuang masa. Dia sentiasa dalam pekerjaan. Selesai dari solat, dia pergi kemana-mana sahaja dia akan niatkan kerana Allah سبحانه وتعالى. Mukmin itu dia sentiasa dalam pekerjaan. Yang mana, setiap pekerjaan itu menjadi perantaraan atau wasilah untuk dia mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Menjadi kesilapan seseorang itu, dia memisahkan pekerjaan dunia dia dengan akhirat. Keperluan dunianya dengan akhirat. Dia mengatakan ini semua dunia. Kerana setiap pekerjaan dunia itu berhak menjadi satu ibadah dengan kuncinya adalah dengan niat kerana Allah سبحانه وتعالى. Terpulang kepada mukmin itu dengan niat menjadi ibadah atau tidak."
"Seorang mukmin itu tidak malas, tidak lembik, tidak lesu, tidak goyang kaki dan tidak menganggur. Rasulullah ﷺ bersabda; "Seorang mukmin yang kuat, aktif, itu adalah lebih baik lebih afdhal lebih dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding dengan mukmin yang dhoif."
"Seseorang yang goyang kaki menganggur itu, dia tidak membawa manfaat untuk dirinya, dan dia tidak membawa manfaat untuk orang lain. Bekerja pon tidak. Menuntut ilmu pon tidak duduk goyang kaki. Kalau dia tidak mencari rezeki akan tetapi dia menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya, masa itu diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Supaya dia memberi manfaat kepada orang lain."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Ahad, 6 Disember 2015

7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga-jaga!

share dari link blog ~ http://www.vanillakismis.my/diet/7-tanda-tahap-kolesterol-anda-tinggi-jaga-jaga-1.458004
7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga-jaga!
Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.
Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini  sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah  ada yang mengalaminya. 
Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.
1. Kaki sering berasa kebas - ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk - peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri - ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/21215/dada.jpg

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher - arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah
ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak - ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) -  ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar  trigliserida yang tinggi.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/21215/bintik.jpg
7. Tanda kuning muda -  pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada

padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Rabu, 2 Disember 2015

Ketika ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala rindu pada hambaNya

share dari link fb ~ Aku Mencintai Mu Ya Rasulullah

Ketika ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala rindu pada hambaNya,

ALLAH akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.

Dalam hadis qudsi Allah berfirman;
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
.
ALLAHURABBI.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

PENAWAR BISA ULAR ~ KHASIAT POKOK LEMBA

share dari link fb ~ TibbHusni Al Ismaily

PENAWAR BISA ULAR

KHASIAT POKOK LEMBA

Menurut catitan, ada satu kisah berkenaan khasiat herba lemba ini, seseorang telah memerhatikan seekor cempelai yang berlawan dengan seekor ular tedung dan si cempelai telah dipatuk beberapa kali semasa petarungan, namun begitu si tedung tumpas juga akhirnya. Selepas itu si cempelai tadi segera mendapatkan pokok lemba ini dan memakan umbi dan akarnya. 

kemudian berlalu dengan selamat.

Pokok Yg Amat diRAHSIAkan Oleh Para Bomoh Ular Akhirnya Tededah Juga.

Semoga Bermanfaat.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

PENAWAR CYSTS/FIBRIOD ~ KHASIAT POKOK MEMPELAS

share dari link fb ~ TibbHusni Al Ismaily

PENAWAR CYSTS/FIBRIOD

KHASIAT POKOK MEMPELAS

Menurut pengamal perubatan tradisional akar pokok ini dicari oleh mereka yang mepunyai penyakit seperti Ovary Cysts,Fibriod, penyakit dalam perut, masalah2 perbidanan.

Caranya:
Ambil 10 Ketul akar tunjang mempelas,bersihkan,rebus akar itu.
Minum ketika airnya suam,boleh dicampurkan gula merah untuk rasa yg lebih enak.

Cuba amalkan selama sebulan untuk melihat kesannya disamping berpantang makan makanan berdarah seperti Daging,Ayam, Kerang dan Hati.

Daun Pokok Mempelas Juga Mampu Merawat Darah Tinggi.

Caranya:
Rebus beberapa helai daun tua.
Minum ketika suam.Amalkan Selalu

Air Dari Batangnya Juga Mampu Rawat Batuk Dan Penat.

In sya Allah.


Semoga Bermanfaat.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/