Sabtu, 27 April 2013

***Esma Koyet*** ♥Ayam Bakar Madu ♥



***Esma Koyet***
Ayam Bakar Madu ♥
BAHAN2NYA
1ekor ayam
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
4 sudu besar madu lebah
1Sudu besar bijan ( tumbuk kasar)
2sudu minyak jagung
garam secukup rasa

Cara Memasak

Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering.Tumbuk kasar lada hitam, campurkan semua bahan & perap ayam selama semalaman dalam peti.. tp pastikan bekas yang hendak perap ayam itu mempunyai penutup yang kemas..

bila siap perap.. bakar ayam dalam oven bersuhu 180 selama 3jam..

setiap 1jam hendaklah dituang sos yang kita peram ayam itu ke atas ayam tersbut..

hasilnya sangat menarik.. sbb ayam tu jd sangat lembut & sedap :) .. kalau x percaya CUBALAH hehhe

PETUA SENTIASA CANTIK DAN KACAK | NAIKKAN SERI WAJAH


share dari link fb ~Islam Agama Ku

PETUA SENTIASA CANTIK DAN KACAK | NAIKKAN SERI WAJAH

Kelihatan cantik adalah fitrah semua orang kan? Semua orang nak kelihatan cantik dan kacak, terutama di depan orang tersayang – suami dan isteri.

Kecantikan luaran adalah gambaran kepada apa yang kita lakukan secara dalaman. Pemakanan dan amalan spiritual tergambar pada fizikal kita, terutama pada wajah. Amalan yang utama bagi Muslim ialah den
gan berwuduk yang sempurna, sepertimana pendapat ramai ulama bahawa wuduk yang sempurna memberi kesihatan yang baik dan wajah yang berseri.

1. Berusaha untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Tanpa sedar kesan air wudhuk akan memberikan impak yang baik pada air muka kita. Kelihatan berseri-seri, bercahaya dan putih bersih.
2. Wajah kita selalu mengukirkan senyuman yang manis dan indah-indah. Memandang seseorang dengan sebuah senyuman pastinya membuatkan orang lain senang dan tenang. Impaknya, kita juga akan menerima senyuman yang mencantikan wajah kita.
3. Bertekad untuk menjauhi dosa-dosa dan maksiat-maksiat. Ini kerana, dosa-dosa boleh menggelapkan dan menghitamkan wajah kita. Bak kata orang, hilang nur di wajah.
4. Menghiasi peribadi dengan sifat mahmudah sepanjang masa, terutama sifat suka bantu-membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.
5. Saling maaf-bermaafan antara manusia terutama individu yang sentiasa bergaul dengan kita. Terutamanya, Ibu bapa, adik-beadik, teman sekerja dan sahabat handai. Paling praktikal ialah kita maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam tanpa dipinta.
6. Sentiasa amalkan doa apabila menatap wajah kita dicermin. “ Ya Allah sebagaimana engkau cantikan wajahku, maka perelokkanlah akhlakku.”

***Laila Syed Salim*** BEGEDIL TELUR


***Laila Syed Salim***
BEGEDIL TELUR



4 biji telur di rebus(di tumbuk)
3 kentang di potong dan digoring(di tumbuk)
sedikit bawang goring(di tumbuk)
sedikit garam lada sulah
kalau suka boleh di tambah hirisan daun sup N daun bawang
CARA NYA
Campur kan kesemua bahan di atas gaul rata.
Kemudian kepal2kan menjadi bulat kemudian lepar kan sedikit.
buat sampai habis.klu buat seperti gambar boleh dapat 17 ketul.
CARA MENGGORENG NYA ADA DUA CARA
1) pukul sebiji telur sedikit tepong KFC
celup kan begedil pada telur dan golek2 kan pada tepong KFC
kemudian goring dengan minyak sedikit.goreng sampai kuning.
2) pukul telur dan celup kan begedil pada telur yg telah di pukul
dan goring dengan api yg perlahan.sampai kuning.

~Pesanan Khalifah Umar Abdul Aziz~


share dari link fb ~Shaharani Shaharom


"Pilihlah pemimpin yg miskin (tidak mengutamakan diri dan keluarganya sendiri), kerana dia akan memperkayakan (mengutamakan kebajikan) rakyatnya.

Jika pemimpin yg kaya (memperkayakan diri dan kaum kerabatnya), dia akan memiskinkan rakyatnya."

~Pesanan Khalifah Umar Abdul Aziz~

Tutuplah auratmu....wahai para isteri


share dari link fb ~Ustaz Nasir


Dusta andai kau mengatakan kau mencintai suamimu dengan sepenuh hati.

Tutuplah auratmu andai benar kau mencintai suamimu.

Kasihanilah suami yang terpaksa menanggung segala dosa di atas segala perbuatanmu.

Ringankanlah sedikit azab yang terpaksa ditanggung oleh suamimu andai benar kau mencintainya

BERAMAL SOLEH


share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah


BERAMAL SOLEH

Sabda Rasulullah SAW:
“Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

" DOA PAGI HARI "



♥BismillaahiRRahmaaniRRahiim♥

" DOA PAGI HARI "

Mohon sertakan Aamiin.. 

YA ALLAH Panjangkan lah umur kami..
Karuniakan lah kami kesehatan yang baik..
Terangi lah hati kami dengan Nur pancaran Iman MU..
Dekat kan lah Kami kepada kebaikan..
Dan jauhkan kami dari segala kejahatan..
Karuniakan kami Kesenangan,Ketenangan,Kecemerlangan dan hidayah dari MU dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di Dunia dan di Akhirat..

Rabbanaa aatina fiddun-yaa hasanah, wafil aakhirati hasanataw waqinaa 'adzaabannaar..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin
 —