Khamis, 10 Mac 2016

Penyebab Utama Gatal pada Vagina

Apakah penyebab munculnya rasa gatal atau pedih di vagina?
(!)Sebenarnya ada beberapa perkara yang mungkin menjadi punca terjadinya gatal-gatal pada vagina. Biasanya rasa gatal ini berkait rapat dengan masalah kebersihan.

(!)Gangguan rasa gatal yang terjadi pada vagina disebabkan oleh infeksi kulat dan kesan alergik.

(!)Di dalam vagina terdapat bakteria-bakteria baik yang berfungsi untuk menjaga keseimbanan Ph vagina. Tetapi, disebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan, dan bakteria mula mendominasi kawasan vagina, jadi rasa gatal mula terasa.

(!)Bahkan ada kalanya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan, ‘melepuh’ (kesan seperti terbakar) dan terjadinya keputihan.

Apakah cara terbaik untuk mengubatinya apabila anda sudah terkena infeksi kulat pada vagina?

Inilah yang perlu anda lakukan:

1) (!)Wajib menjaga kebersihan vagina serta menjaga keseimbangan pH. Keringkan setiapkali anda membuang air, agar tidak lembab dan kotor  yang boleh menyebabkan gatal pada vagina.

2) (!)Mencukur rerambut kemaluan secara teratur juga penting. Jika kawasan tersebut dibiarkan ‘merimbun’, lebih mudah lembab dan boleh menjadi sarang bakteria.

3) (!)Hindari menggunakan pakaian dalam yang ketat dan sempit, serta pilih material yang menyerap peluh supaya peredaran udara lebih mudah terjadi. Kenakan pakaian yang sedikit longgar di bahagian lipatan paha.  Sebaiknya pilih material daripada jenis ‘cotton’.

4) (!)Ganti pakaian dalam anda secara berkala.  Jangan biarkan sampai 24jam tanpa diganti!

5) (!)Selain menggunakan ubat yang dapat meredakan rasa gatal tersebut, anda juga disarankan mengurangi pengambilan gula pada tubuh. Hindari makanan atau minuman manis yang akan menggalakkan pertumbuhan ragi dalam vagina.

6) (!)Ketika mencuci pakaian dalam, jemur di bawah sinar matahari sehingga benar-benar kering untuk membunuh organisme penyebab infeksi.

Petua Tradisional!!!!!!!!!!

Manfaat Daun Sirih

(!)Ramas daun sirih yang sudah dibersihkan, kemudian gosok pada kawasan yang gatal atau anda boleh juga rebus daun sirih bersama asam keeping. Biarkan mendidih dan apabila sudah sejuk atau suam bolehlah digunakan sebagai alat pembersih vagina setiap kali anda membuang air.
share dari link blog ~ http://mediasosialkini.blogspot.my/2016/03/punca-vagina-gatal-dan-cara-untuk.html
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Orang Muda Patut Amal 15 Petua Ini Setiap Hari

Waktu sihat memang kita tak pandang segala jenis petua orang dulu-dulu, tapi sebenarnya amalan ini patut dibuat dari peringkat awal dan terus jadikan salah satu rutin setiap hari. Jom mulakan hari ini juga...

1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

3. Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

8. Kalau baju terkena dawat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

10. Minum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

11. Minum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik.

12. Minum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

13. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

14. Minum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

15. Minum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.


Kredit: Lebber Morrison
share dari link blog http://www.mingguanwanita.my/info-psikologi/orang-muda-patut-amal-15-petua-ini-setiap-hari-1.483961
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Ahad, 28 Februari 2016

Minum Jus Ini, Tabiat berdengkur Akan Hilang. Mohon Sebarkan...

http://kongsi-my.blogspot.my/2016/02/minum-jus-ini-tabiat-berdengkur-akan.html

Mendengkur atau ngorok merupakan kebiasaan buruk yang cukup mengganggu terutama bagi pasangan atau teman tidur anda. Jika sering berdengkur maka tak akan tidur nyenyak baik itu pasangan anda atau anda sendiri, sebab pasangan akan merasa terganggu dan cuba menghentikan dengkuran anda dengan cara membangunkan. Selain itu kebiasaan mendnegkur juga tidak baik untuk kesihatan, kerana saat berdengkur suplay oksigen ke otak sempat terhenti beberapa saat. Oleh sebab itu penting bagi kita untuk cuba menghilangkan kebiasaan berdengkur, selain mengurangkan risiko penyakit lebih lanjut, menghilangkan berdengkur juga boleh menambah kualiti tidur menjadi lebih baik.

Lantas bagaimana cara mengatasi atau menghilangkan kebiasaan berdengkur? caranya cukup mudah dan sangat alami. Anda boleh membuat ramuan jus yang dapat menghilangkan berdengkur atau berdengkur. Berikut ini resepnya:

Bahan utama:
  • 1/4 hirisan lemon
  • 1 ruas jahe merah
  • 2 buah epal
  • 2 buah lobak merah saiz sedang
  • Air matang 150 ml
Cara membuat ramuan untuk menghilangkan kebiasaan berdengkur:
  1. Caranya tingal belnder semua bahan utama sehingg menjadi jus.
  2. Minum jus ini sebelum tidur
  3. Lakukan rutin 3x dalam seminggu, nescaya kebiasaan berdengkur akan beransur hilang. - [sumber beritafresh.com]
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Wanita, 'Benda' Nak Pakai Lama Kena Jaga Lebih!

 Jangan Ambil Mudah Bab Bahagian Intim. Wanita Wajib Amal!
share dari link blog ~ http://www.mingguanwanita.my/pilihan-mw/wanita-benda-nak-pakai-lama-kena-jaga-lebih-1.469417

Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Nak jaga luaran mungkin senang tetapi kalau bab dalaman jangan ambil mudah ya, Mak-mak. Rasa selesa macam mana pun, kita tak boleh jangka kalau sakit dalaman, tambah pula untuk En. Abang sayang. Cuba amalkan beberapa petua yang dikongsi oleh Puan AdiNa ROslan ini...



AIR ASAM KUNYIT
Bahan:
Kunyit hidup (bukan serbuk)
Asam jawa
Manjakani (optional, jika tak nak letak tak apa)
Gula perang/madu/gula batu (ikot cita rasa)


Cara penyediaan:
Ketuk kunyit (seeloknye pakai lesung,kalau tak hiris pun tak apa) kemudian rebus/reneh dengan manjakani. Kalau letak air 4 gelas, rebus sampai jadi 2 gelas. Letak asam jawa secukup rasa dan gula perang. (Cukup sekadar rasa)


KEBAIKAN
1. KUNYIT
Cuci darah dan kotoran dalaman,kecutkan rahim (elok untuk kurangkan buncit), kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman (boleh cegah kanser), pulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong/rahim keluar/rahim jatuh.


2. ASAM JAWA
Untuk buang lemak, bagi kesegaran tubuh badan, membantu buang air besar.


3. MANJAKANI
Pulihkan otot dalaman,dengan kata lain ketatkan kembali 'aset' lepas bersalin. Mampu untuk tegangkan balik segala 'aset-aset' kewanitaan. Untuk awet muda kurangkan masalah kputihan, cepatkan penyembuhan luka jahitan dan sebgainya.
 

1. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti, buat pekat, bila nak minum campurkan air panas. Minum suam-suam.

2. Boleh juga letak halia (ikut cita rasa)

3. Jangan minum waktu period dan wanita hamil dilarang sama sekali.

Sumber dari Facebook: AdiNa ROslan

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Isnin, 11 Januari 2016

Baked Sardin Roll

share dari link fb ~ Ruhaiza Bunyamin‎~ (MAHN)

Baked Sardin Roll
Saya nak share sardin roll ni semua kwn2 sbb sardin roll ni mmg sdap....pastrynya rapuh itu yg tambah sdap. Ni resepinya..

Bahan pastry:
300g tepung gandum
125g butter
3 sdb air sejuk
*gaulkan semua bahan hingga jd doh. Doh akan kering sedikit tp xpe sbb nnti dah masak ia akan rapuh.

Bahan inti:
1 tin sardin (buang sedikit sosnya dan hancurkan)
Sedikit bawang merah kiub
Sedikit cili merah kiub
Perahan limau kasturi
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam
* gaulkan semua bahan.

Cara:
1.Gelek doh hingga nipis. Potong 4segi 3" x 3".
2. Letakkan sedikit inti dan gulungkan. Sapukan telur sebagai gam.
3. Sapu kuning telur dibahagian atas.
4. Bakar selama 15-20mins 180C
5. Ready to eat....yummy!!

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Rezeki Zahir dan Batin

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin 

Rezeki Zahir dan Batin; "Para ulama mengatakan, rezeki itu terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama adalah Rezeki yang dijamin. Yang kedua, adalah Rezeki yang diagih-agihkan. Dan yang ketiga, Rezeki yang dijanjikan. Dan rezeki itu perlu diusahakan kerana ia tidak datang bergolek. Maka adab kita kepada qada dan qadar Allah adalah kita berusaha."
"Hakikatnya Allah سبحانه وتعالى yang memberi rezeki. Asbab itu adalah perantaraan. Berusaha ke atas asbab adalah sunnah, meninggalkan asbab adalah bid'ah. Yakin ke atas asbab adalah haram. Kita diperintah untuk berusaha ke atas asbab, tetapi kita dilarang untuk bersandar ke atas asbab. Seseorang manusia kadang kala keluar awal subuh, balik malam hari."
"Untuk mendapatkan rezeki. jika demikian rezeki zahir, demikian rezeki batin apatah lagi lebih penting. Begitu juga dengan perkara hidayah. Sesuatu yang menyalahi adab kepada Allah سبحانه وتعالى, dia mengatakan saya belum dapat menunaikan perintah Allah سبحانه وتعالى. Kerana saya sedang tunggu hidayah, saya sedang tunggu seru. Saya belum sampai seru lagi. Tidak."
"Seperti kamu faham rezeki itu perlu diusahakan, bermujahadah mencari rezeki, hidayah dan ilmu. Dan Allah سبحانه وتعالى adalah sebaik baik pemberi rezeki. Tugas kita sebagai mahkluk Allah سبحانه وتعالى, kita beradab kepada Allah adalah berusaha untuk mendapatkan rezeki zahir dan juga batin. Kita serahkan natijahnya kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Dan Seorang mukmin itu dia juga tidak malas. Seorang mukmin itu, dia tidak menganggur. Duduk lepak, goyang kaki menganggur membazir masa. Kerana tidak diciptakan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Seorang mukmin itu sentiasa mengisi masanya dengan amal. Ada tiga ratus tempat didalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى menyebutkan tentang amal."
"Maka seseorang mukmin itu sepatutnya mengisi masa dengan beramal. Dan amal itu tidak khusus kepada ibadah solat kita, puasa zakat dan haji sahaja. Amal ini mempunyai makna yang luas lagi. Seseorang mukmin itu boleh menjadikan satu hari dua puluh empat jam masanya itu beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Dengan niatnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Makan dan minum seorang mukmin itu jadi ibadah. Tidur enam atau tujuh jam dikira ibadah. Niatnya tidur untuk bangun tahajud. Niatnya untuk taqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Semuanya jadi ibadah."
"Para Ulamak mengatakan, seorang mukmin itu tidak boleh berlalu masa satu detik pon dengan dia menganggur. Melepak duduk goyang kaki. Ini adalah suatu yang tercela didalam agama. Agama mengajarkan kepada kita untuk memanfaatkan masa. Dan tidak berlalu satu detik pon masa seseorang mukmin itu dengan menganggur."
"Apakah hukum seseorang itu tidak bekerja? Seseorang itu menganggur? Adakah dia mendapat dosa atau tidak?" Seseorang yang goyang kaki tidak bekerja, dia mungkin tidak mendapat dosa. Akan tetapi, agama mengajarkan kepada kita seorang mukmin itu tidak goyang kaki dan malas."
"Goyang kaki dan menganggur itu adalah satu sifat yang tercela. Kerana seorang mukmin itu, dia adalah seorang yang aktif. Allah سبحانه وتعالى suka melihat hamba-Nya yang aktif, cergas, kuat dan bekerja kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia bekerja tidak malas duduk goyang kaki."
"Seorang mukmin itu, dia tidak membuang masa. Dia sentiasa dalam pekerjaan. Selesai dari solat, dia pergi kemana-mana sahaja dia akan niatkan kerana Allah سبحانه وتعالى. Mukmin itu dia sentiasa dalam pekerjaan. Yang mana, setiap pekerjaan itu menjadi perantaraan atau wasilah untuk dia mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Menjadi kesilapan seseorang itu, dia memisahkan pekerjaan dunia dia dengan akhirat. Keperluan dunianya dengan akhirat. Dia mengatakan ini semua dunia. Kerana setiap pekerjaan dunia itu berhak menjadi satu ibadah dengan kuncinya adalah dengan niat kerana Allah سبحانه وتعالى. Terpulang kepada mukmin itu dengan niat menjadi ibadah atau tidak."
"Seorang mukmin itu tidak malas, tidak lembik, tidak lesu, tidak goyang kaki dan tidak menganggur. Rasulullah ﷺ bersabda; "Seorang mukmin yang kuat, aktif, itu adalah lebih baik lebih afdhal lebih dicintai oleh Allah سبحانه وتعالى berbanding dengan mukmin yang dhoif."
"Seseorang yang goyang kaki menganggur itu, dia tidak membawa manfaat untuk dirinya, dan dia tidak membawa manfaat untuk orang lain. Bekerja pon tidak. Menuntut ilmu pon tidak duduk goyang kaki. Kalau dia tidak mencari rezeki akan tetapi dia menuntut ilmu. Sekurang-kurangnya, masa itu diisi dengan ilmu yang bermanfaat. Supaya dia memberi manfaat kepada orang lain."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Ahad, 6 Disember 2015

7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga-jaga!

share dari link blog ~ http://www.vanillakismis.my/diet/7-tanda-tahap-kolesterol-anda-tinggi-jaga-jaga-1.458004
7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga-jaga!
Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.
Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini  sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah  ada yang mengalaminya. 
Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.
1. Kaki sering berasa kebas - ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk - peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri - ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/21215/dada.jpg

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher - arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah
ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak - ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) -  ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar  trigliserida yang tinggi.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/21215/bintik.jpg
7. Tanda kuning muda -  pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada

padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/