Khamis, 1 Oktober 2015

MEMBERI MAAF LALU DOSA DIAMPUNKAN

share dari link fb ~ Majlis Ta'lim Darul Murtadza

MEMBERI MAAF LALU DOSA DIAMPUNKAN

Di antara wasilah utama untuk mengingati Allah ialah melazimkan diri untuk bermusohabah bersama Al-Quran nul Kareem. Berdamailah dengan Al-Quran nul kareem dengan membaca serta menghayati dan mengamalkan, berinteraksi dengan Al-Quran, hidup dengan Al-Quran, mengikut panduan yang telah disediakan Allah سبحانه و تعالى dalam Al-Quran nul Kareem.

Sayyidina Abu Bakar biasa memberikan sedekah kepada Mistoh. Suatu hari beliau mendengar Mistoh mentohmah anaknya Siti Aisyah melakukan perbuatan yang haram. Sayyidina Abu Bakar pun bersumpah untuk tidak memberi lagi kepada kerabatnya itu.

Ketika Sayyidina Abu Bakar bersumpah untuk tidak memberi lagi, turun ayat:

“Janganlah sesekali orang yang mempunyai kelebihan harta yang diberikan Allah untuk tidak memberi kepada keluarganya. Tidakkah mereka mahu mendapatkan keampunan daripada Allah سبحانه و تعالى?”

Ini tawaran daripada Allah سبحانه و تعالى kepada Sayyidina Abu Bakar dan sesiapa yang mahu meniru perbuatannya. Bilamana berhadapan dengan orang atau keluarga yang bermasalah, perlu untuk kita saling memaafkan satu dengan yang lain.

Setelah mendengar firman Allah سبحانه و تعالى menegur perbuatannya, Sayyidina Abu Bakar berkata, “Saya mahu pengampunan Allah سبحانه و تعالى.” Yakni azamnya untuk tidak memberi nafkah lagi kepada Mistoh dibatalkan, walaupun Mistoh melakukan perkara yang melukakan dan menodai kehormatan keluarga beliau.

Sesuatu permasalahan itu tidak boleh diukur dengan emosi, tidak boleh disikapi dengan apa yang kita mahu tapi mesti diukur dengan apa yang Allah mahu.
______________________________________________________

Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Masjid Muadz Bin Jabal
Jumaat, 9PM

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan