Ahad, 4 Oktober 2015

Tauhu Bakar & Tauhu Kering Berinti


share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

Tauhu Bakar
==========


Pastikan api untuk memanggang sederhana sahaja supaya tauhu tidak hangit.

BAHAN-BAHAN

5 keping tauhu pok bersaiz besar
1/2 batang lobak merah (Disagat)
1/2 biji sengkuang (Disagat)
1/2 batang mentimun(Disagat)
1 tangkai daun ketumbar (Di mayang halus)
1 tangkai daun bawang (Di mayang halus)

Bahan Sos:

(kesemua diadun sebati)
100ml sos thai
1 sudu teh sos ikan
50gm kacang tanah
1/2 sudu teh udang kering hancur
3 sudu makan kicap pekat

CARA MEMASAK:

1. Sediakan sebuah besen. Masukkan bahan yang disagat dan di mayang halus. Gaul sebati.

2. Nyalakan api dan panggang tauhu. Belah mendatar dan isikan dengan bahan sayur yang telah digaul sebati.

3. Susun di atas pinggan dan curahkan sos yang diadun sebati ke atasnya.

4. Hidangkan sementara hangat sebagai pembuka selera. 

Tauhu Kering Berinti
=================

Boleh juga gantikan sosej dengan daging ayam atau daging kisar, mengikut citarasa anda.

BAHAN-BAHAN:

10 biji tauhu kering
1 tangkai daun sup | dihiris halus
3 batang sosej | dicincang halus (boleh juga menggunakan daging ayam atau daging kisar ikut kreativiti)
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Gunting permukaan tauhu bentuk silang. Potong dengan cermat dan terbalikkan tauhu (bahagian isi tauhu di luar) secara perlahan-lahan.

2. Trim isi tauhu di bahagian luarnya dan masukkan ke dalam mangkuk.

3. Kemudian, gaulkan isi tauhu tadi dengan daun sup dan sosej yang telah dicincang, masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Masukkan inti ke dalam bekas tauhu dan padatkannya supaya inti tidak keluar ketika digoreng.

5. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu hingga garing. Angkat dan hidangkan bersama sos cili. Sedia dinikmati.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan