Ahad, 16 Disember 2012

Mee Goreng Mamak Style


share dari link fb sahabat ~Cintailah Pencipta Kita

Mee Goreng Mamak Style

500gm mee kuning
6-7 tangkai cili kering-direndam dgn air panas sebentar.
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang putih-di ketuk2 aje
Udang,sotong,telur,tauhu,tauge dan sawi sedikit.
1 sudu besar bawang goreng-dikisar halus
1 sudu besar kacang tanah yang disangai-dikisar halus

sedikit sos tomato,kicap pekat,gula dan garam secukup rasa je.

Caranya:
Blend cili,bawang besar dan bawang putih.
Panaskan minyak dan goreng bawang putih yg diketuk tadi,sebentar je.
Masukkan cili dan tumis cili tadi hingga pecah minyak.
Masukkan sotong,udang,tauhu/taukua dan sawi.
Masukkan bawang dan kacang yg telah dikisar tadi.
Masukkan sos tomato,gula kicap dan garam.
Masukkan sawi dan mee.Kacau sebentar.
Masukkan tauge dan telur,kacau perlahan.
Biar telur tadi dah masak bolehlah dihidangkan.

p/s: boleh letak bawang goreng,cili merah,daun sop dan daun bawang sebagai hiasan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan