Rabu, 27 Februari 2013

Resepi : Tauhu Terbalik


share dari link fb ~Buku Resepi


Resepi : Tauhu Terbalik
Oleh : Widya

Bahan-bahan :

Isi Inti :-
1) Tahu kering (2 bungkus)
2) Isi Ayam (dicincang kecil-kecil / lumatkan)
3) Isi udang (optional) - dicincang kecil-kecil / lumatkan
4) Lada Besar (hiris kecil-kecil)
5) Daun Bawang Merah & Daun Sup
6) Telur (1 biji)- berfungsi utk melekatkan inti dgn kulit tahu

Bahan-bahan Bumbu :- (Tumbuk Halus)
1) Bawang Merah
2) Bawang Putih
3) Lada Putih (terpulang samada serbuk / biji)
4) Garam & Serbuk Perasa secukupnya

Cara-cara membuat :-
1) Gunting Silang 'X' pada bucu tahu kering kemudian terbalikkan bahagian dalam ke luar.. Ambil isi tahu (simpan).. Kulit tahu akan berbentuk spti Kelopak Bunga (Ketepikan)
2) Campurkan kesemua bahan2 inti, isi tahu & bumbu yang sudah di tumbuk halus.
3) Kemudian, masukkan inti ke dalam 'Kelopak Tahu'..
4) Goreng dgn cara terbalik yakni goreng bahagian yang berkelopak dahulu.. Goreng sehingga warna keemasan dan kelihatan rangup.
5) Toskan dan sedia dihidang dgn sos cili/tomato mengikut selera.

* Rasa kelopak tahu apabila sudah digoreng seakan-akan kulit ayam
* Maaf jika tiada sukatan dalam resepi ini sebab saya kalau masak suka main 'agak-agak' shja sehingga CUKUP RASA..

SELAMAT MENCUBA
Resepi asal drpda Kak Shiela Rusli (Ketuk-ketuk Ramadhan)
 

1 ulasan:

  1. sy pernah makan tauhu terbalik ni semasa kenduri,memang sedap.. ingin nk mencuba sendiri..

    BalasPadam