Ahad, 7 Disember 2014

Dato Syeikh Muhammad Fuad memberikan Nasihat yang tepat dalam kepentingan Ilmu.

share dari link fb ~Warisan Nabawi

Dato Syeikh Muhammad Fuad memberikan Nasihat yang tepat dalam kepentingan Ilmu.

Mencari Ilmu, Ia merupakan pekerjaan yang sangat mulia, Allah telah melakukan perbuatan memuliakan ahli ilmu dan menjamin kehidupan ahli ilmu semenjak mereka menuntut ilmu dan sehinggalah mereka menghadap Allah. 

Sabda Nabi, Allah telah menjamin penuntut ilmu dengan rezeki mereka yang tak ada sesiapa pun yang dapat menghalang penuntut ilmu dari rezeki dan kemulian kepada mereka.

Ilmu dan usaha menuntut ilmu merupakan jalan kepada Allah.. 

Al quran mengakatakan ramai orang orang yang nak menutup jalan menuju Allah. 

Dan mereka adalah wakil ² khalifah ² syaitan dan iblis di atas muka bumi ini. Kerja khalifah iblis adalah menutup jalan ilmu. Yang merupakan Jalan menuju Allah. 

Seseorang Takkan sampai kepada Allah melainkan dengan ilmu dan makrifat.

Sesorang itu Takkan kenal Allah, bahkan takkan mampu sempurnakan ubudiyahnya kepada Allah melainkan mereka mempunyai ilmu. 

Sebab itu Allah ﷻ Tak penah lantik seorang wali dari kalangan Orang yang jahil. 

Bila Allah nak lantik auliya' Nya yang diuruskan Allah secara khusus terlebih dahulu Allah akan ajar mereka dan memberi mereka ilmu dan makrifat. Sebab tak ada wali dari orang jahil. Wali mesti ada ilmu dan makrifat.

-Gambar Dato Syaikh Muhammad Fuad Al Muhammadi Di Majlis perkhataman Sahih Bukhari, Di Masjid Negara KL-

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan