Tanpa hubungan dengan Allah melalui ibadah , maka ia tidak akan merasa kebersamaan Allah kepadanya . Dia tidak akan dapat merasa yang dia sentiasa di awasi oleh Allah sehingga orang yang tidak mempunyai hubungan ibadah dengan Allah , maka dia boleh membuat apa sahaja tanpa dia merasa segan , takut , malu kepada Allah ketika melakukan perkara perkara mungkar . Kerana dia merasa dirinya jauh dari Allah .
Oleh kerana itu , Allah menysyariatkan ibadah dengan tujuannya untuk memesrakan hubungan hamba itu dengan Allah . Oleh kerana yang demikian , setiap ibadah yang disyariatkan itu mempunyai nilai kerohanian seseorang dengan Allah walaupun ibadah berkaitan fizikal ( solat , mengerjakan haji ) , berkaitan harta ( bersedekah , berzakat ) atau berkaitan spritual ( puasa ) .
- Habib Ali Zaenal Abidin alHamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan