Rabu, 3 Disember 2014

Kalam Al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz | Majlis Muwasholah Baina Ulama',Terengganu.

share dari link fb ~Fatin Nasuha Azizi

Kalam Al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz | Majlis Muwasholah Baina Ulama',Terengganu.

1) Beliau حفظه الله تعالى berkata tentang dakwah: “Yang wajib bagi kita iaitu harus menjadi da’ie (pendakwah) dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti.

Erti dakwah adalah memindahkan manusia dari keburukan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari berpaling kembali menujukepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

Betapa dekatnya seseorang itu dengan para anbiya` di hari qiamat ialah menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

2) Penuhilah hati kita dengan kecintaan terhadap saudara kita, nescaya Allah akan menyempurnakan kekurangan dan mengangkat darjat kita di sisi Allah.

3) Barang siapa berusaha menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan (Allah), maka kematiannya adalah hari raya baginya.

4) Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang yang beruntung, bagaimana mungkin dia akan beruntung? Dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

5) Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. 

6) Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan: Golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan, golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas ingkar kepada Allah.

7) Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang mana apabila cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

8) Banyak bergurau senda merupakan petanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari dhoifnya iman.

9) Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

10) Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

11) Kita tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang sangat tinggi).
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan