Perkongsian ilmu: DUA.
===================
1. Amalannya sedikit akan tetapi pahalanya sangat besar.
Solat Subuh berjemaah & duduk berzikir sehingga terbit matahari. Kemudian bangkit untuk solat sunat Isyraq 2 rakaat. Jika dilakukan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala haji & umrah, sempurna sempurna sempurna.
- Ada sedikit nota tentang solat sunat Isyraq di dalam ruangan komen.
2. Di akhirat kelak terdapat pintu syurga yang bernama Dhuha. Ia akan dimasuki oleh mereka yang menunaikan solat Dhuha.
3. Beri masa untuk bacaan al-Quran di antara Maghrib & Isya'. Surah al-Mulk akan menjadi penenang di tempat yang susah (kubur).
4. Beruntung orang yang panjang umurnya & baik amalannya.
5. Orang yang serius melakukan amalan soleh ketika hidupnya maka dia akan senang ketika matinya.
6. Maksiat & dosa akan mengeluarkan bau busuk yang mengganggu para malaikat sehingga mereka akan lari jauh daripada si pelakunya.
7. Amalkan membaca zikir di bawah setiap hari;
لا إله إلا الله الملك الحق المبين
- Baca 100 kali. Jika di dalam Khulasah al-Madad ia dibaca setelah solat Zohor sebelum bacaan Hizb an-Nasr.
لا إله إلا الله، محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم
- Baca 1000 kali.
# Nota mafhum dari kuliah Hubabah Nur (zaujah Habib Umar Benhafidz) di as-Sirajul Munir, 28/11/14 Jumaat.
# Semoga dari amalan-amalan di atas membawa kepada husnul khatimah, amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan