Ahad, 20 April 2014

Resepi Kerepok Lekor Terengganu

share dari link fb ~Resepi Kuih Raya Turun Temurun

Resepi Kerepok Lekor Terengganu

Bahan-bahannya
12 ekor ikan kembong (kalau nak guna ikan selayang pun ok)

½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
2. Masukkan isi ikan tadi dan blend sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam serta tepung sagu.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
6. Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi. 7. Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.
8. Angkat keropok tadi dan toskan.

*Kalau orang Terengganu memang dah biasa makan keropok rebus ni. Kalau orang luar mereka kurang gemar sebab ada yang kata macam mentah lagi. tapi anak dan suami saya makan je. Hihihihi. Jadi kalau nak makan gini terus pun boleh, nak goreng dulu pun boleh. terpulang pada selera masing-masing.

Haaa, mudahkan? Selamat mencuba 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Anak-anak degil@nakal

share dari link fb ~MissRose KL

Anak-anak degil@nakal

Penyelesaian:

-Sediakan air satu jug

-Baca Basmalah 786 kali

-Baca surah yasin ayat 72

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

“Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan”

-selesai baca hembus ke air dan bagi anak minum

insyaallah anak tak nakal lagi dah lepas tu…… kalau nakal lagi.. baca lagi…. dan kalau nakal lagi baca lagi…. dan kalau nakal lagi… SALAH BACA LAH TU….hehehehe

Atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali..nanti malam anak tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup..

Perhatian!!!

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Tanda-tanda Matinya Orang Beriman

share dari link fb ~Baitus Solehah

Tanda-tanda Matinya Orang Beriman

Assalamualaikum pengunjung budiman. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa-i, Ibnu Maa-jah, Ibnu Hibbaa-n, al-Haa-kim:

مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ

Maksudnya: Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.
(Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.)

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.
2) air matanya berlinang.
3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat."

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu merupakan petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya sakaratul maut, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat Tuhannya yang Maha Mulia. Imam Qurtubi dalam perkara ini menjelaskan;

"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Selalu yang dapat disaksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

Saya belum pernah menyaksikan keadaan jenazah seperti ciri-ciri di atas. Semalam saya berbual dengan Saudara Muhammad Zaki Omar, sahabat baik kepada arwah Saeed Mohamad Mohamud Abdalla , warga Somalia yang meninggal dunia dalam kemalangan bas express di Bentong yang mengorban beliau dan isteri.

Saudara Zaki sempat menemui beberapa situasi keadaan jenazah arwah Saeed yang berpeluh di dahi. Sebelum jenazah dibawa masuk ke dalam kereta jenazah, saudara Zaki telah melihat wajah arwah Saeed yang berpeluh. Saudara Zaki lap dengan bajunya yang ada ditangan. 

Ketika Saudara Muhammad Zaki yang menemankan jenazah dalam perjalanan dari Hospital Bentong ke Kg Jeman, Salor Kelantan kampung arwah isteri beliau. Dalam kenderaan jenazah, beliau melihat dahi Saeed berpeluh-peluh, dan dilap sekali peluh itu.

Sekali lagi apabila adik arwah Saeed tiba pada tengah malam itu, kain penutup muka dibuka dan kelihatan dahi arwah Saeed masih lagi berpeluh. Wajah arwah kelihatan seperti sedang tidor sahaja.

Jenazah pasangan suami isteri itu dikuburkan bersebelahan pada malam itu pukul 12.30 minit di tanah perkuburan Islam kampung isterinya.

Hingga hari ini baju yang digunakan untuk lap peluh didahi arwah Saeed masih berbau harum.

Muhammad Zaki Omar menyatakan, "Saya sendiri telah menyaksikan kematian seseorang yang mempunyai tanda-tanda orang beriman menghadap Tuhannya. Peluh memercik membasahi dahi walaupun sekujur tubuh dingin membeku. Apabila peluh itu diusap, ianya tetap terus keluar dan membasahi dahi. Baju yang saya gunakan untuk mengelap peluh itu meninggalkan bau yang harum. Saya berniat untuk memberikan baju yang meninggalkan kesan harum ini kepada ibu Saeed yang kini menetap di Makkah." 

Bagaimana pula keadaan kita nanti di saat nyawa berpisah dari jasad? Allahuaklam. Belum pasti lagi...."

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Ya Rabbi... Singkaplah tabir hati yang lusuh ini

share dari link fb ~Pelangi Senja

Ya Rabbi...

Singkaplah tabir hati yang lusuh ini
Kala aku menghanyutkan duka lara
Di sungai kecil kedua belah mataku

Tangkaplah rusuh hati hamba
Sewaktu derai gerimis semakin luruh
Menghanyutkan luka ke muara yang keruh

Pandanglah aku dengan ehsan cinta-Mu Illahi
Bagi setiap pedih yang ku longgokkan di malam yang sepi
Bila embun tak mampu membeda titisannya atau airmata...

:::kutahu Kau ada:::

♥♥♥
~~@sbs~

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Ulama' Dengan Kucing

share dari link fb ~ Jom Dakwah Bersama Ulama

Ulama' Dengan Kucing

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.

Wallahualam.

Dari: HAMBA ALLAH

TADABBUR AL-QURAN PENAWAR HATI MUKMIN

share dari link fb ~Bicara Hidayah

TADABBUR AL-QURAN PENAWAR HATI MUKMIN

Allah Taala masih menjaga agama ini dari anasir-anasir yang menggugat keasliannya. Dipeliharanya ilmu para ulama dan sarjana Islam yang komited lagi beriman dari terpesong dan disuburkan ladang-ladang ilmu di serata dunia dengan kelahiran generasi-generasi Islam yang istiqamah berpegang kepada kekuatan ilmu yang bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadis. 

Semakin rancak dan canggih musuh-musuh Islam mahu menodai kesucian al-Quran semakin berani umat Islam yang sedar maju ke hadapan membela dan mempertahankan kemurnian Islam. Semakin dicabar umat Islam maka semakin kuat dan ramai yang sedar bahawa kefahaman mereka tentang al-Quran harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kalau dahulu kita hanya belajar membaca al-Quran tanpa tahu apa isi kandungannya, kini ramai orang yang mula mengkaji al-Quran, mempelajari tafsirnya dan berusaha menghafalnya sepertimana mereka juga mencintai hadis Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

Tidak ada alasan untuk kita mengatakan kepada Allah Taala saat bertemu pada hari pembalasan, bahawa kita tidak tahu apa-apa tentang agama ini. Kerana semuanya telah tersedia dengan begitu mudah. Hidayah Allah subhanahu wa ta’ala datang dalam satu pakej lengkap melalui santapan Qurani yang kini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. 

Permasalahan utama dalam memahami al-Quran adalah bahasa, tetapi Said Hawwa dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatin Nafs menyatakan bahawa: “Antara kelemahan umat Islam memahami al-Quran selain jurang bahasa ada satu punca yang ramai orang awam tidak memperhatikannya iaitu ‘tidak mampu mentadabburkan al-Quran’. Beliau merumuskan cara-cara mentadabburkan al-Quran, antaranya ialah:

1. FAHAMI TUJUAN MEMBACA

Bukan hanya pahala saja yang diharapkan, tetapi hendaknya Al-Quran itu tertegak dalam keperibadian, seterusnya menggerakkan kita menjadi pembela yang memperjuangkan nilai-nilai Al-Quran dalam masyarakat. Pendeta Zwimmer pernah berucap dalam satu Persidangan Misionari Antarabangsa di Jerussalem Palestin, berkata: “Para misionaris telah berhasil mempengaruhi generasi Islam di pelbagai negara dan mereka lahir sebagai manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan asing daripada kitab sucinya, walaupun kalian belum berhasil memurtadkan mereka ke dalam agama kita, tidak mengapa, bukankah mereka telah lahir sebagai generasi yang tidak memiliki idealisme dalam kehidupan?”

Sesungguhnya ancaman bagi musuh-musuh Islam bukan kerana senjatanya, bukan kerana kekayaannya dan ramai bilangannya tetapi kerana jiwa-jiwa Qurani yang terpacak kukuh di serata dunia. Untuk itu mereka memerangi Al-Quran supaya ia tidak tertegak di hati generasi Islam.

2. TADABBUR SUATU PROSES MEMBERSIHKAN HATI

Segala sesuatu yang berasal dari keikhlasan hati akan terpancar keindahan dan kebaikan di dalamnya. Semua ibadah dalam Islam dimulakan dengan niat di dalam hati. Ketika membaca Al-Quran, sebenarnya kita seolah-olah sedang menyelongkar ke dalam diri untuk menilai siapakah kita sebenarnya?

Ramai orang yang begitu mengambil berat tentang suci dari hadas kecil dan besar ketika memegang al-Quran tetapi berapa ramai yang mementingkan kesucian hati dari angan-angan dunia yang menyibukkannya sehingga fikirannya tidak mampu terfokus kepada ayat yang dibaca. Adakah kita mampu merehatkan hati kita dari lintasan-lintasan dengki, riyak, dendam dan kebencian kepada sesama insan ketika memegang Al-Quran?

3. MEMBACA DENGAN HARAPAN MENDAPAT HIDAYAH ALLAH

Sebelum membaca Al-Quran pernahkah kita berdoa: 

”Ya Allah berilah petunjuk dengan bacaanku ini.” 

Sesungguhnya orang yang mahu petunjuk betul-betul memerhatikan setiap ayat yang dilafaz dan mendengarkan dengan penghayatan sambil mencari apakah yang belum aku kerjakan dari suruhan Al-Quran ini? Dan apa pula perbuatan yang kerap dilakukan padahal ditegah Al-Quran. Jangan bekukan Al-Quran dalam ruangan sempit pemikiran kita. Ayat yang turun mencela golongan munafik dan kafir, itu sebenarnya untuk diri kita juga yang kadang-kadang tersalah jalan lagi alpa.

4. RASULULLAH MENGULANG-ULANGI BACAAN DALAM SOLAT

Tadabbur juga boleh dilakukan dengan cara mengulang-ulangi bacaan sambil menghayati maknanya. Diriwayatkan daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat malam bersama kami lalu baginda berdiri dan membaca sebuah ayat, Baginda mengulang-ulang ayat tersebut, iaitu yang bermaksud: 

”Jikalau Engkau (Ya Allah) menyeksa mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu jua dan jikalau Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah ayat: 118)

Sesungguhnya pengulangan ayat dengan maksud meresapkannya ke dalam hati dan seterusnya sebati di dalam darah dan daging merupakan proses pembersihan jiwa yang diajarkan oleh Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam. Betapa nikmatnya tadabbur yang menjadi kesukaan baginda dan para sahabatnya.

”Ya Allah berilah petunjuk dengan bacaanku ini.” Aamiin, ya Allah.

_____________
Shared By Bicara Hidayah
Kredit: drjuanda.com
Diringkaskan oleh Bicara Hidayah
 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

JIKA INGIN HIDUP BAHAGIA PERBAIKI SOLAT

share dari link fb ~Bicara Hidayah

JIKA INGIN HIDUP BAHAGIA PERBAIKI SOLAT

Sebaik kita mengangkat takbiratul ihram, perhatikan kesedaran kita. Kita boleh berada dalam dua kesedaran, pertama kesedaran kepada Allah dan merasa dilihat Allah atau kesedaran nafs iaitu perkara-perkara berkaitan dunia dan hawa nafsu. Sekiranya kesedaran kita kepada Allah hanya sekitar sepuluh peratus sahaja dari keseluruhan solat itu, maka begitu jugalah sepuluh peratus sahaja kita menghadapkan diri dan kehidupan kepada Allah. Itulah cara mengukurnya kerana solat menggambarkan diri dan kehidupan kita.

Bayangkan di dalam sebuah kelas, sekiranya terdapat pelajar yang bercakap semasa guru bercakap, itu menunjukkan sikapnya yang sama di luar kelas iaitu tidak menghormati orang lain. 

SIKAP KITA DI DALAM SOLAT SAMA DENGAN SIKAP KITA DI LUAR SOLAT

Justeru, inilah rahsianya untuk kita mengubah sikap dan kehidupan kita kepada yang lebih baik. Yaitu dengan membaiki solat kita. Inilah latihan yang Allah sediakan.

Solat adalah suatu perbuatan yang dibuat berulang-ulang kali. Setiap perbuatan yang dibuat berulang kali akan menjadi perilaku atau sikap seseorang yang melakukan perbuatan itu. Justeru Allah mewajibkan hamba-Nya untuk solat dengan khusyuk iaitu dengan menghadapkan dirinya dengan penuh kepada Allah ketika solat. Inilah yang terungkap dalam Doa pembuka solat iaitu Doa Iftitah, 

“Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku ke wajah Allah yang menciptakan langit dan bumi” dan kalimah seterusnya “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.”

Bayangkan sekiranya seseorang itu menghayati apa yang dibacanya dalam doa Iftitah ini, iaitu dengan melakukan apa yang dibaca bukan sekadar membaca tanpa sedar, pastinya ia akan berubah menjadi perilaku. Bagaimana dia benar-benar menghadapkan wajahnya kepada Allah ketika dia membaca doa Iftitah pastinya dia terlatih untuk menghadapkan diri dan kehidupannya hanya untuk Allah. Inilah rahsia solat yang khusyuk. Apabila seseorang berjaya untuk solat dengan khusyuk maka dia juga berjaya menghadapkan diri dan kehidupannya kepada Allah di luar solat. Dia juga akan berjaya mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana dia sentiasa sedar akan Allah setiap waktu dan ketika. Firman Allah; 

“.. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”

Ketika kita mahu menghadapkan diri kepada Allah di dalam solat, keinginan-keinginan dunia dari hawa nafsu akan menarik kesedaran terhadap Allah dan membawa kita kesedaran dunia dan isinya. Justeru solat kita menjadi tidak khusyuk kerana jiwa tidak menghadap kepada Allah tetapi kepada selain-Nya. 

Solat adalah cermin diri dan kehidupan kita. Bagaimana kita solat, itulah diri dan kehidupan kita. Itulah sebab kenapa Solat adalah soalan yang pertama ditanya oleh Allah bila kita kembali menghadap-Nya satu hari nanti. Baik solat kita, baiklah kehidupan kita dan masuklah kita ke Syurga yang disediakan untuk orang-orang yang menjaga solatnya.

Belajarlah Solat dengan Khusyuk, rajinlah berpuasa dan lepaskanlah ikatan kecintaan kepada dunia dengan sering bersedekah dan berinfaq di jalan-Nya. Semoga kita dipanggil pulang oleh Allah sebagai jiwa yang tenang dan berjaya memasuki Wilayah Nafsul Mutmainnah yang didiami oleh ruh para kekasih Allah. Amin Ya Allah.

Firmah Allah yang bermaksud: 

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan puas lagi diredhaiNya, Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Fajr 27-30)

_____________
Shared By Bicara Hidayah
Kredit: lenteradankehidupan.blogspot.com
Diringkaskan oleh Bicara Hidayah
 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan