Ahad, 8 Februari 2015

RESEPI ROASTED BLACK PEPPER CHICKEN


RESEPI ROASTED BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sdb kicap manis
3 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
2-3 sdb madu - boleh ganti dgn gula
lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
1 sdb mentega
garam secukupnya

Cara :

Cuci ayam dan toskan.
Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam atau lebih bergantung kpd saiz ayam
Bila dah masak angkat ayam, simpan jus dlm loyang pembakar.

Gravy

Cara :

1. Masukkan 1 cawan air atau secukupnya ke dalam loyang pembakar ayam tadi. Kacau sikit. 
2. Pindahkan campuran air tadi ke dalam periuk.
3. Tambah tepung gandum 2 sudu kecil, kacau atas api perlahan sehingga agak pekat. Rasakan garam secukupnya. Jika suka boleh masukkan serbuk ayam ssedikit tapi akak tak letak pun.
4. Angkat dan sedia utk diguna.

Sumber : NoorMasri

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Resepi Ketupat Sotong

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Resepi Ketupat Sotong

BAHAN-BAHAN:

20 ekor sotong | sederhana saiznya
250 gm beras pulut | dibasuh dan ditoskan
250 ml santan
1/2 keping keping manisan / gula melaka
5 sudu gula
4 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Lidi | sebagai pencucuk


CARA MEMASAK:

1. Beras pulut dimasukkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh tetapi hanya separuh bahagian saja.

2. Selepas itu sematkan kepala sotong itu dengan menggunakan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar.

3. Susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan ke dalam periuk itu.

4. Masukkan , bunga cengkih, daun pandan, garam secukup rasa, manisan dan gula ke dalam periuk.

5. Akhir sekali, tutup periuk dan masak selama sejam dengan menggunakan api yang perlahan.

6. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

5 CARA MERAWAT MASALAH TIROID ANDA

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

5 CARA MERAWAT MASALAH TIROID ANDA

1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

GEJALA dan TIPS ketika radang TONSIL

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

GEJALA dan TIPS ketika radang TONSIL

✔ Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
✔ Tidak boleh menelan atau terasa sakit ketika menelan.
✔ Demam yang berpanjangan dan kadangkala suhu tinggi.
✔ Sakit kepala
✔ Sakit-sakit badan
✔ Suara garau atau hilang suara
✔ Kadangkala bengkak pada leher
✔ Mulut berbau busuk
✔ Berdengkur ketika tidur

Pada kebiasaannya, apabila keradangan tonsil menjadi semakin serius atau berlarutan mahupun berulang berkali-kali sepanjang tahun, doktor akan mencadangkan agar dilakukan pembedahan untuk membuang tonsil. 

TIPS
Untuk melegakan tonsil yang mula membengkak, admin selalu gunakan ais krim vanila.. kemam di tekak dapat melegakan.. 
smile emoticon

Semoga bermenafaat 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Ahad, 1 Februari 2015

AJAIBNYA TANGAN IBU

share dari link fb ~ Rahsia Perkahwinan


AJAIBNYA TANGAN IBU



Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,

Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,



Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,


Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 


Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.


Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,


Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?


Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...

Ketika jenazah ibu nak dimandikan...

di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.


Tangan ibu, tangan ajaib...

Sentuhan ibu, sentuhan kasih...

Boleh membawa ke Syurga Firdausi...


Ciumlah tangan ibu,

Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...


Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood 


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tauhu Kukus

share dari link fb ~ Resepi Masakan Harian

Tauhu Kukus
sumber : mieyasays.blogspot

bahan-bahan :
1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
1-2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil madu - optional
2 ulas bawang putih (dicincang)
segemgam udang kering / ikan bilis
sedikit minyak bijan atau minyak masak
bawang goreng
sedikit daun bawang
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau dan udang kering
Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, dan sedikit air. Kacau sebati.
Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

SARDIN PUFF

share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan

SARDIN PUFF

INTI SARDIN:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
1 tin sardin ( dihancurkan ikannya )
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
1 bungkus puff pastry jenama KAWAN ( 10 keping)

CARA2NYA
Bawang merah, bawang putih , cili merah dan halia ditumbuk .
Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan.
Masukkan garam
Perahkan limau kasturi.
Kacau rata dan masak hingga agak kering.
Angkat dan ketepikan.
Isikan 1 sudu besar tuna ke atas pastry.
Lipatkan pastry dan tutupkan hujungnyer dgn garfu. Ulang sehingga habis semua puff.
Susun puff atas dulang pembakar.
Sapukan permukaan puff dgn telur.
Bakar puff pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/