Ahad, 8 Februari 2015

Resepi Ketupat Sotong

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Resepi Ketupat Sotong

BAHAN-BAHAN:

20 ekor sotong | sederhana saiznya
250 gm beras pulut | dibasuh dan ditoskan
250 ml santan
1/2 keping keping manisan / gula melaka
5 sudu gula
4 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Lidi | sebagai pencucuk


CARA MEMASAK:

1. Beras pulut dimasukkan ke dalam sotong. Jangan terlalu penuh tetapi hanya separuh bahagian saja.

2. Selepas itu sematkan kepala sotong itu dengan menggunakan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar.

3. Susunkan sotong ke dalam periuk dan masukkan santan ke dalam periuk itu.

4. Masukkan , bunga cengkih, daun pandan, garam secukup rasa, manisan dan gula ke dalam periuk.

5. Akhir sekali, tutup periuk dan masak selama sejam dengan menggunakan api yang perlahan.

6. Bila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan