Selasa, 5 Mei 2015

10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.

 share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.


1) Sebagai tonik tambahan


Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedangmembesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

4) Mengubati sakit-sakit otot 

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

6) Mengubati tumit pecah-pecah 

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7) Dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

8) Sesual untuk merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

9) Kaya dengan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

10) Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH




RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH


Bhn:


1 ekor ayam - bersihkan dan potong( taknak potong pun tak pe)


1/2 s/b serbuk ketumbar

1/2 s/k serbuk jintan - jintan manis + jintan putih

1/2 s/b serbuk kari

1/2 s/b cili mesin

1 labu bwg besar

3 ulas bawang putih

2 s/b yogurt

1 tangkai daun sup

Garam, gula


Cara-cara

- kisar semua bhn dan perap dgn ayam 3 jam atau semalaman.

- bakar ayam 180C selama 45 minit atau sehingga masak..

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

PUDING KARAMEL LAPIS

share dari link fb ~ Recipe Cake Secret

PUDING KARAMEL LAPIS

Bahan:-
(A)
1 tin susu cair Nestle Ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko @ (1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat)

(C)
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan.

Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi).

Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.

Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis.

Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.

share dari link fb ~ Inchek Zarep added a new photo.
Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.
#1. Kelebihan
Pengalaman saya 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat. 
.
#2 Cara saya buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah.
.
Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)
Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
.
Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha. 
.
#3 Doa saya
InshaAllah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan dan kebaikan.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Mango Float Cara Baru

share dari link fb ~Recipe Cake Secret

Mango Float Cara Baru

Bahan-bahan:
-Buah mangga secukupnya-dipotong dadu atau sesuai selera
-Biskut marie secukupnya
-Sedikit serbuk biskut marie [ tak letak ]
-200ml susu segar
-250g cream cheese
-140g fresh cream-dipukul hingga kental
-60ml double cream
-60g gula kastor
-jar atau bekas 7''

Cara membuat:
Putar cream cheese bersama gula kastor sehingga licin.Tambahkan double kream.Gaul rata.

Tambahkan pula fresh cream.Gaul rata.Isikan ke dalam bag piping. Sediakan jar atau bekas 7''.

Paipkan sedikit krim ke dasar jar.Celupkan biskut ke dalam susu segar.Susun di atas krim dalam jar tadi.Kemudian letak la potongan buah mangga di atasnya.Kemudian paipkan lagi krim di atas mangga tadi.

Buat seperti ini 2-3 kali.Last di atas ialah potongan mangga.Taburkan sedikit serbuk biskut marie di atasnya.

Simpan di dalam peti sejuk 1-2 jam atau semalaman sebelum dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

RESEPI PUDING ROTI PELANGI

share dari link fb ~ Recipe Cake Secret

RESEPI PUDING ROTI PELANGI

Bahan-bahannya
7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick
1 sudu teh pate lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru

Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Tutup api dan masukkan paste lemon kacau rata
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air.
Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain
Buat hingga habis
Kemudian sejukkan.

Selamat Mencuba !!

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Resepi Biskut Swiss Tart

share dari link fb ~ Jom Belajar Buat Kek

Resepi Biskut Swiss Tart

Bahan-bahan
225 gm butter 
120 gm gula ising 
1 biji telur 
275 gm tepung gandum 
75 gm tepung jagung 
1 st vanilla 
Badam cincang 
Jem strawberry dibeli di kedai bakery (untuk buat tart) 

Cara - cara

Pukul butter dengan gula 3 minit,masukkan esen. 
Masukkan campuran tepung dan sedikit demi sedikit masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.Sekiranya adunan masih lembik jangan risau masukkan sedikit lagi tepung. 
Sediakan petitin dengan mangkok kertas,paipkan berpusar dengan nozle berbentuk bunga mcm buat semprit ,hiaskan dengan jem dan taburkan badam cincang. 
Dibakar hingga masak. 
Adunan ini boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 135 biji tart.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/