Khamis, 7 Mei 2015

GULAI AYAM KAMPUNG+BETIK

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

GULAI AYAM KAMPUNG+BETIK

BAHAN A (Bahan Tumis)

Minyak Masak
2 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
Sedikit Halia (di hiris nipis memanjang)
5 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B (Campur semua sekali)

Serbuk Kari Ayam Babas 2 paket + sedikit air
Jintan Manis 1/2 sudu besar (ditumbuk halus)
Jintan Putih 1/2 sudu besar (ditumbuk halus)
Lada Hitam/Putih 1/2 sudu besar (ditumbuk halus)
1 'biji buah pala' (ditumbuk halus)

BAHAN C 

Ayam Kg 1 ekor
1 biji Tomato (dibelah 2)
2 Asam keping
Santan Cair
Garam

1 biji betik muda (dikupas kulit dan dibuang biji)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A. Goreng hingga wangi dan bawang menjadi keperangan.
3. Masukkan Bahan B. Masak sehingga naik minyak. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
4. Masukkan Betik mudaa. Biarkan seketika dan 1/3 masak supaya mesra dengan rempah.
5. Masukkan Santan dan kacau supaya ia bercampur sempurna dengan rempah, dan terus masukkan ayam, asam keping, buah tomato dan garam.
6. Kecilkan api dan biarkan ayam masak perlahan-lahan dengan sempurna. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

DILEMA IBUBAPA MENENTUKAN JALAN KE SYURGA & NERAKA ANAK-ANAK

share dari link fb ~Warga Prihatin

DILEMA IBUBAPA MENENTUKAN JALAN KE SYURGA & NERAKA ANAK-ANAK

Sukar sekali menjaga anak zaman ini. Mereka ada banyak pendedahan tentang pelbagai jalan hidup yang dicipta oleh lautan manusia. Semuanya masin-masin belaka. Entah apa-apa budaya dan cara hidup yang tidak pernah terfikir oleh kita sudah berlabuh di minda mereka membentuk pelbagai gejala sosial yang menakutkan. 

Ada ibubapa yang sedar, malah ramai yang masih lagi alpa dan leka tidak tahu apa perkembangan anak-anak mereka. Ironinya, ada pula anak-anak yang terjebak kerana sengaja dilorongkan jalannya oleh ibubapa sendiri. Semuanya kerana mengejar glamer dalam gaya hidup moden yang menghancurkan ini. 

Ibubapa begini sukar ditegur. Membujur lalu melintang patah. Arus kemodenan dan status sosial yang diburu telah menenggelamkan iman dan Islam dalam diri mereka. Itu semua kolot dan menyekat kemajuan kata mereka. Sungguh-sungguh mereka usahakan untuk anak mereka jadi jaguh gimnastik, renang, nyanyian, tarian, bahkan aksi lasak sekalipun walaupun maruah tergadai.

Ibubapa begini biasanya hidup mewah dan ada status sosial yang tinggi. Rambut dan pipi bewarna warni. Perfume dan solekan semerbak mewangi. Pakaian mesti ketat dan ranggi, dedah sana dan dedah sini. Skirt dinaikkan dan belahan dada diturunkan, sampai terjojol biji mata lelaki hidung belang yang ‘bersamanya’. Lebih menyedihkan bila ada juga ibubapa yang bertudung lingkup pun ikut sama.

Sebahagian lagi kerosakan anak-anak pula disebabkan ibubapa yang sibuk bekerja untuk menyara hidup keluarga. Anak-anak terpaksa dibiarkan berkeliaran lalu ‘menemui kerosakan’ yang begitu banyak di persekitaran mereka dengan sendirinya.

ANTARA MEMBIARKAN MANUSIA IKUT SUKA KE NERAKA ATAU MEMAKSA MEREKA KE SYURGA

Kehidupan hari ini tidak lagi seperti dahulu. Hubungan kejiranan dan antara anggota masyarakat tidak seakrab mana. Ada yang tidak kenal jiranpun. Sapa menyapa juga jarang, apatah lagi untuk saling tegur menegur memperbetulkan kesilapan anggota masyarakat. Sebahagiannya dalam kalangan saudara mara dan ipar duai, bahkan ibaubapa dan anak pun sudah tidak berlaku budaya tegur menegur.

Manusia ini Allah jadikan siap dibekalkan dengan manual kehidupan. Orang Islam ada manual yang tersendiri dan begitu jugalah agama lain. Katanya semua agama mengajak manusia untuk jadi baik. Namun pastinya ISLAM sebagai agama langit yang terakhir adalah yang terbaik dari yang baik.

Malangnya tidak kita dan tidak mereka sama sahaja. Semua agama sudah tidak lagi dipatuhi peraturannya. Daripada jenayah zina, arak, bunuh, rasuah dan semua yang diharamkan agama sudah jadi ‘halal belaka’. Batas susila dan adab sopan berasaskan adat juga menerima nasib yang sama. Semua sudah tidak boleh ditegur.

Hari ini sudah banyak kes anak yang pukul dan bunuh ibubapa dan adik abang hanya kerana tidak dituruti kemahuannya. Depan mata kami sendiri pernah dilihat gelagat anak sekecil 5 tahun mengherdik memaki ibubapanya dengan perkataan “BABI dan BODOH” apabila diambil handphone yang dipegangnya. Bapa dan ibunya hanya diam membisu.

Bapa saudaranya yang marah dan geram melihat kebiadaban anak itu langsung ‘menghempuk’ kepala anak itu dengan benda keras dengan sekuat hati. Kami yang melihat pun naik takut apa apa terjadi pada kepala anak itu. Kelihatannya situasi itu sudah menjadi biasa dalam hidup mereka. Seorang daripada mereka menasihati sang ibu dan bapa saudara agar jangan dihalang kehendak anak.

Nampaknya alasan ‘HUMAN RIGHT’ atau kebebasan hidup telah dijadikan alasan untuk membiarkan semua ini terjadi. Anak isteri sudah tidak boleh dipaksa untuk tidak melakukan apa yang ‘tidak kena’ di sisi agama. Semua itu kononnya akan membuatkan mereka “tidak ikhlas” dalam mengikuti nasihat itu nanti.

Wajarkah kita kenakan sedikit PAKSAAN agar anak dapat dipimpin atau digiring ke SYURGA? 

Atau kita biarkan saja anak kita membawa haluan mereka ke NERAKA asalkan mereka IKHLAS?

KESIMPULAN

Ramai orang kata mengapa harus PAKSA anak isteri kita mematuhi agama jika mereka tidak IKHLAS? 

Ada juga yang sedar lalu bangkit membuat pendirian tegas. Lebih baik kita PAKSA sahaja mereka ke syurga walaupun mereka tidak ikhlas daripada membiarkan mereka IKHLAS untuk terjun ke NERAKA.

IKHLAS (dari kata pokok KHOLAS = HABIS) adalah satu manifestasi kerjabuat yang bersifat tulus dan berhabis-habisan, yang dilakukan oleh insan yang MUKHLIS terhadap dien. Kesungguhan golongan ini disebabkan oleh ‘kefahaman’ yang JELAS tentang dien itu sendiri. Orang yang tidak tahu melihat mereka ini melakukan kerja dengan luarbiasa kesungguhannya lalu menyangka seolah-olah mereka dipaksa.

QS: 2. Al Baqarah 256. Tiada PAKSAAN dalam agama; sesungguhnya telah DIJELASKAN jalan yang BENAR daripada jalan yang SESAT. Karena itu barangsiapa yang KAFIR kepada THAGHUT dan BERIMAN kepada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada BUHUL TALI yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi MAHA MENGETAHUI. 

Jika anak isteri kita masih meronta-ronta untuk menuruti kehendak nafsu yang akhirnya membawa mereka ke neraka, maka itu adalah satu tanda kesesatan yang merasuk jiwa mereka akibat kejahilan. Itu bukan ikhlas namanya. 

Kerana itu kita harus mengambil pendekatan untuk MENJELASKAN selok belok dan keindahan agama dengan cara yang mampu menarik mereka dengan bijaksana sehingga benar-benar mampu meyakinkan mereka. InsyaAllah keyakinan dari apa yang mereka fahami itu mampu membuat mereka MEMAKSA DIRI sendiri tetapi dalam keadaan RELA & REDHA. 

Islam itu TERLALU mahal dan indah sehingga orang terdahulu sanggup susah, penat, sakit bahkan sanggup mati DENGAN RELA kerananya. Jika anak isteri kita sekarang MERASA TERPAKSA… tidak berminat bahkan melihat Islam itu kolot atau tidak bertamadun, pasti ada sesuatu yang KURANG JELAS pada mereka... atau mungkin juga bukan Islam SEBENAR yang kita suapkan ke jiwa mereka.

Tetapi, bagaimana mungkin kita boleh menjelaskan kepada mereka apabila kita selaku IBUBAPA dan pemimpin masyarakat juga masih ramai yang BLUR dan MERABA-RABA?

WARGA PRIHATIN

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Kisah seekor kucing & seorang wali Allah.

share dari link fb ~ Muhasabah DIRI


Kisah seekor kucing & seorang wali Allah. 



Ada satu kisah yang mana seorang wali Allah dari Mesir iaitu Al Arifbillah Syeikh Soleh Al Jaafari rahimahullah pernah terjumpa dengan seekor kucing, kemudian beliau membawa balik kucing itu ke rumahnya untuk dibela. Jadi, setiap hari beliau membeli daging atau ikan untuk memberi makan kepada kucing itu. 


Satu hari, beliau tidak mempunyai duit, apabila beliau balik ke rumahnya kucing itu datang dekat kepada kakinya dan sambil kucing itu berbunyi. Kemudian, beliau duduk di atas kerusi dan berkata kepada kucing itu. " Mintak maaf, hari ini aku tidak ada duit untuk membeli makanan untukmu, aku tidak boleh memberi makanan untuk kamu hari ini".



Kemudian, kucing itu berhenti berbunyi dan senyap sambil melihat syeikh. Selepas itu, kucing itu keluar dari rumah dan tidak lama kemudian kucing itu membawa balik seekor tikus dan meletak di hadapan syeikh. Kemudian, syeikh berkata: "Aku mintak maaf, aku tahu bukan aku yang memberi rezeki, aku silap sebut tadi".


Maknanya, kucing itu nak memberitahu bahawa bukan syeikh atau manusia yang memberi rezeki tapi Allah yang memberi rezeki.


Subhana Allah.


Wali Allah, Al Imam Al Azhari Al Arifbillah As Sayyid Syeikh Soleh Al Jaafari rahimahullah. Keturunan rasuulullah dari sebelah cucurasulullah iaitu Sayyidina Husein.


Antara anak muridnya iaitu Al Musnid Al Muhaddith Syeikh Prof Dr As Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Jangan....

share dari link fb ~ Al Rohilah As Seggaf

Jangan pernah membicarakan hartamu di hadapan orang miskin.

Jangan pernah membicarakan kesehatanmu di hadapan orang sakit.

Jangan pernah membicarakan kebahagiaan dan kekuatanmu di depan orang lemah.

Jangan pernah membicarakan kebebasanmu di hadapan para tahanan.

Jangan pernah membicarakan anak anakmu di hadapan orang mandul. 

Jangan pernah membicarakan ayahmu di hadapan anak yatim.

KARENA MEREKA TAK MAMPU MENANGGUNG LUKA YANG LEBIH. 

Jangan pernah membicarakan kekuatan perjalanan kakimu kepada orang yang lumpuh.
( Imam Ali bin Abi Thalib kw )

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Boleh cuba mana-mana cara berikut...
1. Kulit kayu manis dan madu lebah :
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Cucilah esok paginya menggunakan air suam.

2. Timun :
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Daun senduduk
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

4. Daun sirih muda :
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

5. Madu :
Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.

6. Kulit kayu manis :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.

Selamat Mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

PERKONGSIAN CERITA DARI SEORANG TEMAN...

share dari link fb ~ Muhasabah DIRI

PERKONGSIAN CERITA DARI SEORANG TEMAN...

Diceritakn oleh seorang teman, ada seorang hambaAllah ni hidup nya sgt kayaRaya tetapi tak pernah yakin dgn Allah taala.
Dia fikir , setiap hasil yg diperoleh itu adalah hasil titik peluh & usaha nya.
Pasa Suatu hari, kerana ada hal yg mustahak hambaAllah ini diarah untuk bergegas ke satu tempat.
Semasa hambaAllah ini ingin membuka kunci keretanya dia cuba mencari kunci keretanya di dlm poket seluarnya lalu dikeluarkan segala barang-barang yg ada di poketnya itu termasuklah Dompetnya itu dan meletakkannya di atas bumbung kereta.
Barulah dia teringat bahawa kunci kereta tersebut ada didalam beg kerjanya.
Lalu dengan sepantas kilat dia terus menghidupkan keretanya tanpa menyedari dompetnya masih diatas bumbung kereta.
Lalu, bermulalah perjalanan sejauh lebih 300km dari rumahnya , dgn menekan minyak 100-120kmj melalui kawasan jalan yang bengkang bengkok, berbatu dan ada ketikanya menekan "brek"mengejut kerana ingin cepat sampai.
Dipendekkan cerita, kerana waktu diketika itu sudah hampir malam, hambaAllah ini berhenti untuk makan disebuah gerai ditepi jalan untuk mengisi kekosongan perutnya.
Habis makan barulah hambaAllah ini menyedari dompetnya itu tiada di poket seluarnya.
Disaat itulah hambaAllah ini cuba mengingati kembali dimanakah kali terakhir dia mengeluarkan dompetnya itu.
Barulah dia teringat dompetnya itu dia terletak diatas bumbung keretanya itu.
Didalam fikirannya berkata pasti dompetnya itu sudah tiada atau sudah terjatuh dimana-mana jalan yg telah dia dilalui tadi.
Dengan rasa malu dan takut tuan kedai akan memarahinya, hambaAllah ini terpaksa pergi memberitahu pada tuan kedai yg dompetnya sudah tertinggal dirumah.
Tuan kedai tersebut hanya tersenyum sambil menepuk bahu hambaAllah ini.
hambaAllah ini sgt kehairanan kerana tuan kedai itu langsung tidak memarahinya.
"eh..tak pe ke ni bang? saya betul-betul tak ada duit ni."tanya hambaAllah tersebut.
"tadi masa nk singgah sini ada yakin tak ada bawa duit dompet?"tanya tuan kedai.
"saya yakin bang..yakin ada bawa tadi tp baru teringat tertinggal..."
"yakin ke atau cuma "rasa-rasa" je ada bawa tadi?"
hambaAllah itu terdiam...
"bawa kereta td berapa km dari rumah?"tanya tuan kedai.
"hampir 300km dah bang, kenapa bang?"
"yakin tak pada Allah yg dompet Encik masih dalam jagaan Allah?"
Dengan senyum sinis hambaAllah ni menjawab "impossible .... tak mungkin bang....mana mungkin ada." 
"Kalau mcm tu, sila pusing dan tengok kereta Encik."
hambaAllah tersebut terkejut bila mendapati dompetnya masih berkeadaan elok diatas bumbung keretanya .
Menitis air mata hambaAllah kerana lebih mengutamakan logik akalnya dalam membuat keputusan hidupnya... ,

...SubhanaAllah...

MUTIARA KATA...
[Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

Mentaliti orang beriman bilamana berdepan dengan masalah, tidak mengedepankan logik akal, tetapi mengedepankan Tuhan.

“BERSAMA SAYA TUHAN SAYA.”

Ini bahasa Iman. Kepada orang yang merasa jiwanya bertuhan, maka sentiasa dia akan mengedepankan kekuatan Tuhan berbandingkan kepada kekuatan dirinya dan seluruh makhluk...

kesimpulannya...

IMAN DILUAR AKAL..BAGI MEREKA YANG BENAR2 MEMIKIRKANNYA...
  

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

ROTI KEJU CENDAWAN

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

ROTI KEJU CENDAWAN 

BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
cendawan butang dihiris halus 
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar, cendawan butang hiris dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/