Khamis, 7 Mei 2015

PERKONGSIAN CERITA DARI SEORANG TEMAN...

share dari link fb ~ Muhasabah DIRI

PERKONGSIAN CERITA DARI SEORANG TEMAN...

Diceritakn oleh seorang teman, ada seorang hambaAllah ni hidup nya sgt kayaRaya tetapi tak pernah yakin dgn Allah taala.
Dia fikir , setiap hasil yg diperoleh itu adalah hasil titik peluh & usaha nya.
Pasa Suatu hari, kerana ada hal yg mustahak hambaAllah ini diarah untuk bergegas ke satu tempat.
Semasa hambaAllah ini ingin membuka kunci keretanya dia cuba mencari kunci keretanya di dlm poket seluarnya lalu dikeluarkan segala barang-barang yg ada di poketnya itu termasuklah Dompetnya itu dan meletakkannya di atas bumbung kereta.
Barulah dia teringat bahawa kunci kereta tersebut ada didalam beg kerjanya.
Lalu dengan sepantas kilat dia terus menghidupkan keretanya tanpa menyedari dompetnya masih diatas bumbung kereta.
Lalu, bermulalah perjalanan sejauh lebih 300km dari rumahnya , dgn menekan minyak 100-120kmj melalui kawasan jalan yang bengkang bengkok, berbatu dan ada ketikanya menekan "brek"mengejut kerana ingin cepat sampai.
Dipendekkan cerita, kerana waktu diketika itu sudah hampir malam, hambaAllah ini berhenti untuk makan disebuah gerai ditepi jalan untuk mengisi kekosongan perutnya.
Habis makan barulah hambaAllah ini menyedari dompetnya itu tiada di poket seluarnya.
Disaat itulah hambaAllah ini cuba mengingati kembali dimanakah kali terakhir dia mengeluarkan dompetnya itu.
Barulah dia teringat dompetnya itu dia terletak diatas bumbung keretanya itu.
Didalam fikirannya berkata pasti dompetnya itu sudah tiada atau sudah terjatuh dimana-mana jalan yg telah dia dilalui tadi.
Dengan rasa malu dan takut tuan kedai akan memarahinya, hambaAllah ini terpaksa pergi memberitahu pada tuan kedai yg dompetnya sudah tertinggal dirumah.
Tuan kedai tersebut hanya tersenyum sambil menepuk bahu hambaAllah ini.
hambaAllah ini sgt kehairanan kerana tuan kedai itu langsung tidak memarahinya.
"eh..tak pe ke ni bang? saya betul-betul tak ada duit ni."tanya hambaAllah tersebut.
"tadi masa nk singgah sini ada yakin tak ada bawa duit dompet?"tanya tuan kedai.
"saya yakin bang..yakin ada bawa tadi tp baru teringat tertinggal..."
"yakin ke atau cuma "rasa-rasa" je ada bawa tadi?"
hambaAllah itu terdiam...
"bawa kereta td berapa km dari rumah?"tanya tuan kedai.
"hampir 300km dah bang, kenapa bang?"
"yakin tak pada Allah yg dompet Encik masih dalam jagaan Allah?"
Dengan senyum sinis hambaAllah ni menjawab "impossible .... tak mungkin bang....mana mungkin ada." 
"Kalau mcm tu, sila pusing dan tengok kereta Encik."
hambaAllah tersebut terkejut bila mendapati dompetnya masih berkeadaan elok diatas bumbung keretanya .
Menitis air mata hambaAllah kerana lebih mengutamakan logik akalnya dalam membuat keputusan hidupnya... ,

...SubhanaAllah...

MUTIARA KATA...
[Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

Mentaliti orang beriman bilamana berdepan dengan masalah, tidak mengedepankan logik akal, tetapi mengedepankan Tuhan.

“BERSAMA SAYA TUHAN SAYA.”

Ini bahasa Iman. Kepada orang yang merasa jiwanya bertuhan, maka sentiasa dia akan mengedepankan kekuatan Tuhan berbandingkan kepada kekuatan dirinya dan seluruh makhluk...

kesimpulannya...

IMAN DILUAR AKAL..BAGI MEREKA YANG BENAR2 MEMIKIRKANNYA...
  

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan