Isnin, 24 Mac 2014

Nasi Ayam Penyet

share dari link fb ~Resepi Bonda

Nasi Ayam Penyet

Bahan2:
6 cawan beras basmathi
7 1/2 cawan air sup rebusan ayam
6 ulas bwang putih
halia muda sebesar ibu jari

Untuk membuat minyak ayam

5 cm halia tua diketuk
5 ulas bawang putih diketuk
lemak-lemak ayam
kulit-kulit ayam

basuh lemak dan kulit ayam kemudian masak bersama halia dan bawang tanpa air. Bila ianya telah garing dan mengeluarkan minyak, gunakan minyak itu untuk menumis nasi ayam.

Beras dicuci bersih dan toskan airnya hingga hampir kering. Kemudian goreng beras tersebut tanpa minyak dengan api sederhana. Jangan sampai hangus. Tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan beras dan kacau kemudian tuangkan air rebusan sup ayam. tutup periuk dan biarkan ianya masak.

Ayam:

1 ekor ayam dibelah 4
(boleh juga dipotong kecil-kecil jika suka)

bahan perap:-

10 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
5 tangkai cili merah
4 cm kunyit hidup
1 camca makan ketumbar
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
garam secukup rasa

Kesemua bahan perap ditumbuk halus dan lumurkan pada ayam. Perap ayam sehari semalam ataupun 2 jam. Goreng ayam dengan api sederhana. Bila menghidang penyetkan ayam dengan menggunakan ulek.

Sup Untuk Kuah Ayam:

4 cm halia tua diketuk
3 ulas bwang putih ditumbuk
Tulang-tulang ayam
1 kuib ayam

Rebus kesemua bahan ini dan perasakan sedikit garam. Bila telah mendidih masukkan daun bawang dan daun saderi.

Sambal Untuk Ayam Penyet :-

8 tangkai lada merah
8 tangkai lada hijau
10 tangkai cili padi
4 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Belacan sebesar telur ayam kampung
5 butir tomato

Kesemua bahan ini digoreng sehingga layu. Kemudian kisar bahan-bahan ini dan goreng semula dengan menggunakan minyak tadi.

**Gambar Ihsan Google...
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

PUDING ROTI PANDAN KUKUS

share dari link fb ~Makanan Istimewa, Menu Terlaris

Rozilah AbdullahReSePi TuRun TeMurUn. ReSePi IsTiMeWa KeLuArGa KiTa.

PUDING ROTI PANDAN KUKUS (utk minum petang)
sumber: Dapur CT

Bahan-bahan:
12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak 
2 1/2 cawan air
2 biji telur 
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
6. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.
Selamat mencuba 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

MASALAH ITU HADIAH

share dari link fb ~Bicara Hidayah

MASALAH ITU HADIAH


HIDUP di dunia. Kau berdepan kesukaran yang menggila. Ada saat-saatnya kau seolah-olah tertakdir untuk kalah, dan semua yang dilakukan terlihat salah.

Seorang manusia berdosa. Besar dosanya. Kemudian ia merasa tidak mampu selamat daripadanya. Kadang-kadang fikirannya naik menjahat, mengatakan yang dia sudah tidak dapat selamat, dan mengajak menjadi lebih khianat. Lalu dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan kemanisannya. Tunggu dulu. Jangan kau melulu. Dia bukan begitu. Dia cuma terperangkap dengan semalam yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah tiada harap

Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak memilih menjadi hanyut. Ada masanya mereka tertewas, dan masalahnya mereka terus tertewas.

||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||

Ada juga manusia yang tertekan. Masalah terlalu banyak, terlalu membeban. Kalau kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seolah menghimpit diri ke hujung sudut. Dan setiap ikat jasad menjadi remuk dan merenyuk.

Percayalah, di mana ada masalah, di situ ada Tuhan. Dan masalah itu diciptakan supaya kau menjadi lebih hamba, lebih mendamba. Agar haus sajadahmu kerana sujud yang begitu asyik.

Allah berfirman (artinya):

Katakanlah : “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar, 39: 53)

Siapa kau? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah. Ia pendekat dirimu dengan Allah.

Percayalah, setiap kesusahan itu berakhirkan kegembiraan.

Setiap datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.

Ya Allah, rahmatkanlah. Hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit dengan segala kemudahan.

Bila berakhirnya semua ini, habis Kau menguji, hiaskan wajah-wajah berdosa dan berkerut ini dengan senyuman.
____________________

Shared By Bicara Hidayah
Kredit: paksu.net

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Ahad, 23 Mac 2014

Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies (Biskut arab warna warni gitu)

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies
Resipi : Chef Asma
http://resipicitarasawan.blogspot.com/2010/07/suji-crystalcrystal-ball-cookies.html?m=1

Bahan A(diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster

Cara-cara :

1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

WAHABI ATAU SALAFI TIDAK CINTA NABI SAW

share dari link fb ~Idolaku Nabi Muhammad SAW

WAHABI ATAU SALAFI TIDAK CINTA NABI SAW


Habib Ali al Jufri, ulama negeri Yaman yang sangat mengenal Wahabi


Beliau mengatakan bahwa Wahabi jelas jelas membenci Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan mengkafirkan kedua orang tua beliau.

Seolah mereka telah duduk kipas-kipas di surga lalu melongok ke neraka, menginventarisir siapa
saja yang ada di sana.

Menurut Habib Ali al Jufri, misi jaringan Wahabi tiada lain kecuali menjauhkan hati umat dari cinta kepada Rasul shallallahu alaihi wasallam, sebab musuh-musuh Islam tak mampu melakukannya
secara terang-terangan.

Pembaca dapat membuktikan dengan mudah kebencian Wahabi terhadap Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam dan agama Islam.

Selain mengkafirkan orang tua Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, mereka juga merendahkan martabat Ahlul Bait, menyalahkan Sahabat, mengharamkan tabarruk, maulid, tawassul, pujian kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, 

lalu menggusur dan memusnahkan jejak jejak Rasul shallallahu alaihi wasallam, membatasi dan menghalangi ziarah ke kubur Rasul, mendha'ifkan atau memaudhu'kan banyak hadits shahih, bahkan kini mengharamkan keberadaan kubur Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dengan dalil yang sangat dipaksakan.

Amat banyak sebenarnya tulisan yang menyibak kedok Muhammad bin Abdul Wahab Annajdi dan ajaran Wahabinya. Jutaan tokoh terpercaya dari seluruh penjuru dunia, baik terdahulu maupun
masa kini, telah banyak mengupas problema ini sampai tuntas dan dari segala sisi yang terkait.

Wallahu`alam

oleh : Hamba Allah swt

Semoga Allah memberikan hidayah-Nya. Amin

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

:: Pesanan Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri kepada gadis-gadis :: dan pesanan dari Ustaz Dr. Mohd. Izhar Ariff

share dari link fb ~Zonkuliah
:: Pesanan Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri kepada gadis-gadis ::

Berkata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri mengenai keadaan anak gadis pada hari ini:

"Bagaimanakah anak-anak gadis pada hari ini? Adakah wanita hari ini masih dalam sifat malu mereka atau mereka menanggalkan rasa malu mereka? Adakah idola mereka itu masih Saidatina Fatimah Az-Zahra, Saidatina Khadijah Al-Kubra dan Saidatina Aisyah Al-Ridha? Ataupun idola mereka si dia yang menanggalkan rasa malu dan agama?"

Wanita solehah itu dimuliakan Allah dengan ilmu, dan daripadanya lahir juga generasi yang berilmu. 

Dinukil Al-Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus:

"Wanita yang dimuliakan Allah itu bukan sahaja berilmu, bahkan mereka dapat melahirkan zuriat yang berilmu."

"Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha."
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

KEUNIKKAN......RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN SEMPADAN WARNA.

KEUNIKKAN......RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU DAN SEMPADAN WARNA.
Oleh : DrJaffry Hassan


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi dan yang mengkaji spektrum warna.

Pada waktu Subuh khususnya, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini akan terpisah apabila sedang dan kerap tidur. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah hati ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi dan berbagai cara yang lain daripada penjagaan solat, untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/