Isnin, 24 Mac 2014

PUDING ROTI PANDAN KUKUS

share dari link fb ~Makanan Istimewa, Menu Terlaris

Rozilah AbdullahReSePi TuRun TeMurUn. ReSePi IsTiMeWa KeLuArGa KiTa.

PUDING ROTI PANDAN KUKUS (utk minum petang)
sumber: Dapur CT

Bahan-bahan:
12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak 
2 1/2 cawan air
2 biji telur 
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
6. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.
Selamat mencuba 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan