Selasa, 27 Januari 2015

Taubat seorang fanatikus Kpop

share dari linkf fb ~Nurul Izzati

Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

"What do you like about Korea?" Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

"Oh, I really like the music. I'm a fan of Big Bang." Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

"Really? I don't know that. I don't listen to the young people's music, because I cannot understand them." Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea yang sebenar'. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai 'bitter'.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya 'bunga' di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat 'dimanjakan' oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

'Why you are praying? You are wasting your time. Don't pray."

"You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya)."

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

"You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don't go home early." --> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang 'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn.. 

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu taat perintah Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu'alam. Wassalam.

Salam sayang,
Cikbeah @CBO Studio.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

6 NASIHAT 'UTHMAN BIN AFFAN R.A.

share dari link fb ~ Ustaz Nasir

6 NASIHAT 'UTHMAN BIN AFFAN R.A.

Ada enam perkara yang ditakuti oleh orang-orang yang beriman, iaitu:

1. Takut kepada Allah jika imannya diambil

2. Takut kepada malaikat pencatat amal perbuatan jika ia mencatat perkara-perkara yang memalukannya pada hari akhirat

3. Takut kepada syaitan, bila ia merosakkan semua amalannya

4. Takut kepada malaikat maut, kalau ia mencabut nyawa sedangkan diri dalam keadaan lalai

5. Takut kepada dunia, jika menyibukkan diri hingga melupakan akhirat

6. Takut kepada keluarga, kalau ia akan menyibukkan diri hingga lupa beramal kepada Allah SWT

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Hari Kebangkitan; "Pada hari pembalasan, semua makhluk termasuk Malaikat akan diam dihadapan Allah Swt. Tidak ada satu pun yg berani utk bercakap.

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Hari Kebangkitan; "Pada hari pembalasan, semua makhluk termasuk Malaikat akan diam dihadapan Allah Swt. Tidak ada satu pun yg berani utk bercakap. Sekiranya diizinkan oleh Allah utk bercakap, hanya kpd Nabi Muhammad sahaja Allah izinkan. Di saat itu, Nabi Muhammad saw akan sujud dihadapan Allah dan Allah berfirman; "Wahai Muhammad, angkatlah mukamu dan mintalah apa sahaja, syafaatkan kpd siapa sahaja, nescaya akan Aku perkenankan." 

"Kemudian Rasulullah saw meminta agar semua umatnya yg berada di dalam Neraka itu dikeluarkan dan Allah perkenankan. Rasulullah juga meminta agar Allah mengeluarkan mereka yg berada di Neraka itu dimana di dalam hati mereka itu mempunyai iman walaupun sebesar biji gandum. Lalu Allah perkenankan. Lantas Rasulullah sujud semula dan Allah Swt perintahkan utk Rasulullah bangun semula dan minta apa sahaja. Lalu Rasulullah saw meminta agar umatnya yg ada di Neraka itu dikeluarkan walaupun di dalam hati mereka mempunyai iman walaupun sebesar biji sawi. Yakni lebih kecil daripada biji gandum."

"Kemudian Rasulullah saw sujud semula dan Allah perintahkan utk Rasulullah bangun semula dan minta apa sahaja. Lalu Rasulullah berkata; "Ya Allah, Engkau keluarkanlah umatku dr Neraka walaupun di dalam hati mereka mempunyai sekecil kecil iman." . Lalu Allah perkenankan juga. Malaikat Malik berkata; "Ya Muhammad, engkau tidak langsung meninggalkan walaupun seorang dari umatmu di dalam Neraka. Kasihnya Baginda Rasulullah kepada kita tiada tandingannya kasih kita kepada Rasulullah saw."

. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ . 

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

SAMBAL NENAS IKAN TONGKOL

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

SAMBAL NENAS IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

5 batang cili merah *
9 batang cili api *
5 biji bawang kecil *
1 biji bawang putih *
sedikit belacan *
air asam jawa
1 mangkuk nenas - potong ikut suka
4 ketul ikan tongkol - digaram kunyit dan digoreng
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara:

1. Kisarkan bahan-bahan bertanda * dengan air asam.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Lagi lama lagi sedap.
3. Tambahkan perasa, garam dan gula secukupnya. Kacau sebati.
4. Masukkan ikan tongkol goreng dan nenas yang dipotong dan gaul sebati.
5. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

< INFO: HALIA TUMBUHAN HERBA PELBAGAI GUNA >

share dari link fb ~ Jom Sihat

< INFO: HALIA TUMBUHAN HERBA PELBAGAI GUNA 
heart emoticon
Halia banyak keistimewaannya. Selain dijadikan salah satu ramuan
dalam masakan tradisional orang Melayu, India dan Cina, halia juga memiliki khasiat tersendiri. Antaranya ialah:

KHASIAT:

1. Melancarkan Peredaran Darah 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk melancarkan peredaran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Menghilangkan loya 

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk menghilangkan rasa loya akibat mabuk kenderaan. Kajian ketasa kadet tentera laut mendapati mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. 

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Halia juga mampu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. 

4. Pencegahan Demam dan Selesema

Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. 

6. Mencegah Barah Usus. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Mengubati Masalah Pernafasan 

Tumbuhan herba ini membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Menguatkan sistem imun tubuh

Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dimana sumber yang terkandung dalam halia membantu menghalang lemak dari melekat pada arteri.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

P E N T I N G ! untuk Ibu-ibu baca sampai habis. Elak BAHAYA Sindrom Bayi Mati Mengejut.

share dari link fb ~ Masakkan Orang Kampung

P E N T I N G ! untuk Ibu-ibu baca sampai habis. Elak BAHAYA Sindrom Bayi Mati Mengejut.

✓ Bedung mengelak bayi mudah TERKEJUT dengan bunyi bising di sekelilingnya.
✓ Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa SELESA seperti di dalam rahim ibunya.
✓ Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan KEHANGATAN pada tubuh bayi serta MENGURANGKAN risiko Sindrom Bayi MatiMengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.
✓ Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat MEMBANTU meredakan tangisan bayi.
✓ Membantu penyusuan susu ibu dengan MUDAH apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.
Kongsikan panduan MUDAH ini kepada sahabat yang PERTAMA kali menimang cahaya mata, mudah-mudahan ianya membawa manfaat kepada mereka.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Di akhirat kelak, akan ada golongan manusia yang berkata; "Kenapa ketika di dunia dahulu aku tidak ikut si fulan ini ke majlis majlis Rasulullah".

share dari link fb ~ PONDOK HABIB

Di akhirat kelak, akan ada golongan manusia yang berkata; "Kenapa ketika di dunia dahulu aku tidak ikut si fulan ini ke majlis majlis Rasulullah". 

Apakah itu majlis Rasulullah ? Iaitu majlis yang di dalamnya ada selawat ke atas Baginda, ada puji puji kepada Allah Taala. Golongan sebegini akan berasa kesal kerana di dunia dahulu mereka tidak mahu duduk di dalam majlis dimana majlis itu majlis yang ada Rasulullah di dalamnya. 

Yang ada Rasulullah di dalamnya itu bukanlah bermaksud bahawa Rasulullah ada bersama mereka dari segi zahir, ianya adalah untuk menzahirkan rasa penghormatan dalam menghayati kehadiran Rasulullah di dalam hati. 

Sungguh cetek pemikiran mereka yang menganggap bahawa bersama Rasulullah di dunia itu adalah kebersamaan dari segi fizikal semata mata melainkan kebersamaan dengan Rasulullah dari segi fizikal itu adalah dikurniakan hanya kepada para Sahabat. Maka haruslah mentaliti sebegini diperbetulkan dengan ilmu yang lurus dan benar. 

Moga dengan asbab keberadaan kita di dalam majlis Rasulullah ketika di dunia, moga moga kita dihimpunkan bersama Rasulullah di akhirat kelak. 

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/