Di akhirat kelak, akan ada golongan manusia yang berkata; "Kenapa ketika di dunia dahulu aku tidak ikut si fulan ini ke majlis majlis Rasulullah".
Apakah itu majlis Rasulullah ? Iaitu majlis yang di dalamnya ada selawat ke atas Baginda, ada puji puji kepada Allah Taala. Golongan sebegini akan berasa kesal kerana di dunia dahulu mereka tidak mahu duduk di dalam majlis dimana majlis itu majlis yang ada Rasulullah di dalamnya.
Yang ada Rasulullah di dalamnya itu bukanlah bermaksud bahawa Rasulullah ada bersama mereka dari segi zahir, ianya adalah untuk menzahirkan rasa penghormatan dalam menghayati kehadiran Rasulullah di dalam hati.
Sungguh cetek pemikiran mereka yang menganggap bahawa bersama Rasulullah di dunia itu adalah kebersamaan dari segi fizikal semata mata melainkan kebersamaan dengan Rasulullah dari segi fizikal itu adalah dikurniakan hanya kepada para Sahabat. Maka haruslah mentaliti sebegini diperbetulkan dengan ilmu yang lurus dan benar.
Moga dengan asbab keberadaan kita di dalam majlis Rasulullah ketika di dunia, moga moga kita dihimpunkan bersama Rasulullah di akhirat kelak.
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan