Jumaat, 14 Jun 2013

Red Velvet Cake


Red Velvet Cake

Oleh:Nuryiana Sidik



Bahan A:

2 1/2 cawan tepung naik sendiri

2 sudu besar serbuk coco

1 sudu kecil baking powder

*semua bahan diayak bersama


Bahan B:

150g mentega

3 biji telur

1 1/2 gula castor


Bahan C:

1 1/2 cawan susu segar 

1 sudu besar cuka (saya guna cuka epal...cuka yang biasa pun xpe)

*untuk membuat buttermilk, bancuh cuka kedalam susu segar

Dan biarkan 10-15 minit


2 sudu kecil vanila

2 sudu besar perwarna merah

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil cuka


Topping

250g cream cheese 

1 1/2 cups gula ising

3 sudu besar butter


Cara:

Masukkan Bahan B, kecuali telur dan pukul sehingga sebati

Dah kembang baru masukkan telur satu per satu dan pukul hingga betul2 sebati

Sementara itu, masukkan pewarna dan vanila ke dalam bancuhan buttermilk td dan kacau

Tuangkan Bahan A dan buttermilk secara selang seli ke dalam adunan sehingga habis 

Pukul sehingga adunan sebati untuk pastikan pewarna merah telah betcampur rata

Dalam gelas kecil add kan baking powder + cuka

Kacau rata, klu dah mendidih masukkan ke dlm adunan

Dan kacau perlahan dengan senduk/sudu

Bahagi kepada 2 bahagian

Bakar 1 bahagian dulu selama 15-20 minit 170C 

Dah sejuk biarkan

Seterusnya bakar bahagian 2 pula

Tunggu sejuk baru letak topping

Tiada ulasan:

Catat Ulasan