Khamis, 3 September 2015

Agar-Agar Sago

share dari link fb ~ Buku Resepi

Agar-Agar Sago
OLEH:Noor Abdul Rahim 
bahan-bahan :
600ml air
1/2 cawan gula
1 paket serbuk agar-agar (10g / 11g)

250ml santan kotak
1/2 sudu kecil garam
2/3 cawan sago - direndam 1 jam
3 pewarna atau perasa pilihan

cara-cara :
1. Masak sago hingga jernih. Kemudian tuang kedalam tapis & cuci untuk buang kanji. Ketepikan.
2. Masak agar-agar, gula & air hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masuk kan santan & garam. Gaul rata hingga mendidih kecil. Matikan api.
4. Masuk kan sago & kacau rata & pastikan tidak bergumpal.
5. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Bubuh pewarna atau perasa berasingan & gaul rata.
6. Tuang bahagian pertama kedalam acuan kemudian masuk kan kedalam freezer 5 - 8 minit supaya agar-agar mengeras sedikit.
7. Kemudian tuang bahagian kedua & masuk lagi dalam freezer 5 - 8 minit.
8. Setelah bahagian akhir dituang, biarkan agak sejuk sedikit sebelum di masuk kan kedalam peti sejuk.

** Sekiranya anda memilih untuk menggunakan perasa, pastikan perisa itu sesuai dipadankan dgn rasa santan pada agar-agar. Contoh - saya gunakan pandan & coklat, sebahagian lagi saya biarkan kosong.

** Kalau anda pilih warna saja, amboi tentu menarik berwarna warni.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan