Khamis, 3 September 2015

GARLIC SOCK – RAWATAN SELSEMA / BATUK DAN KAHAK UNTUK BAYI


share dari link fb ~ Rahsia Hawa

GARLIC SOCK – RAWATAN SELSEMA / BATUK DAN KAHAK UNTUK BAYI
Garlic Sock merupakan satu Teknik Rawatan untuk menghilangkan selsema pada bayi tanpa menggunakan ubatan daripada klinik. Caranya amat mudah : –
1. Ambil setengah ulas Bawang Putih. Tumbuk tapi jangan sampai lumat.
2. Pakaikan stokin berlubang atau yang jenis berkait.
3. Kemudian letakan bawang putih tu pada sehelai lagi stokin dan pakaikan pada kaki bayi. (Tujuan menggunakan 2 Stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan disebabkan kepanasan Bawang Putih).
4. Biarkan semalaman.
Teknik Rawatan ini bertujuan supaya Bawang Putih itu menyerap ke dalam kulit sebagai antivirus. Bawang putih mengandungi antiinflamasi dan antivirus yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, merawat batuk, kahak dan selsema.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan