Rabu, 30 September 2015

Khasiat Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida

share dari link fb ~ Kisah Benar

Khasiat Pokok Buah Ulat Bulu – Passiflora foetida

Pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut. Daun dan batangnya diselaputi bulu halus. Batang dan daunnya berminyak dan apabila tersentuh pokok ini mengeluarkan bau.

Buahnya kecil sebesar guli bewarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning. Ia diselaputi lapisan bersabut dan berbulu sebab itu ia dipanggil Buah Ulat Bulu. Isinya berbiji kecil diselaputi palpa yang rasa manis dan masam seperti buah markisa. Rasanya enak.

Pucuk pokok buah ulat bulu ini enak dimasak sayur air (sayur manis) yang dicampur dengan pucuk kayu manis, pucuk keledek dan lain-lain. Antara khasiatnya adalah ia boleh membuatkan anda merasa tenang.

Akarnya digunakan untuk melegakan kejang otot dan juga digunakan untuk tenangkan orang yang diserang histeria. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengurangkan bengkak apabila tercedera.

Khasiat

Buah, bunga dan daun mempunyai pelbagai ciri perubatan seperti diguna dalam bentuk losyen atau pes untuk penyakit keradangan kulit. Rendaman panas (Hot infusion) dari tumbuhan kering baik untuk kegunaan sakit tekak.

Daun mempunyai ciri-ciri perubatan dan digunakan dalam merawat tekanan perasaan (neurasthenia), tidak boleh tidur malam (insomnia), kedatangan haid terlalu awal (early menstruation), pembengkakan teramat disebabkan pembentungan air dalam sel (edema), gatal-gatal dan batuk.

Oeh kerana daun mengandungi bahan penenang maka rebusan airnya diberikan kepada pesakit histeria dan disapukan dibahagian kepala untuk meredakan pening dan sakit kepala. Air rebusannya juga digunakan untuk untuk meredakan masalah perut (biliousness) dan asma.

- Rebusan buah jg digunakan untuk penyakit asma dan kekembungan perut disebabkan dari gangguan hati (biliousness).
- Di India, secara tradisinya ia digunakan untuk cirit-birit, sakit tekak dan jangkitan telinga, gangguan hati, tumor, gatal-gatal, demam, penyakit kulit dan untuk pembalut luka. 
- Di Malaysia, ia digunakan untuk merawat penyakit asma. 
- Di Argentina, ia digunakan untuk merawat penyakit sawan (epilepsy).

Bunga Passiflora adalah herba pilihan untuk merawat insomnia, ia membantu seseorang itu mendapat tidur yang lebih baik. Ia jg mempunyai kesan yang baik terhadap sistem saraf sekali gus mengurangkan tekanan.

PASSIFLORA SEBAGAI SEDATIF Penggunaan Passiflora secara klinikal telah dilihat sebagai amat memuaskan. Kesannya amat mujarab terutamanya kepada sistem saraf, sebagai ubat gangguan spasmodic dan sebagai ejen rehat. Ia amat sesuai semasa dalam keadaan sihat atau dalam keadaan badan lemah (khusus bagi keuzuran disebabkan usia).

Oleh itu ia amat berguna untuk meredakan kegelisahan dan mengatasi sentiasa terjaga (wakefulness), dikalangan bayi dan warga emas. Ia mendatangkan kesan untuk tidur kepada mereka menghadapi tekanan jiwa dan mental.

Ia melegakan gejala saraf disebabkan tindak-balas (refleks) seksual , gangguan haid dan ke-sensitiviti saraf, organ atau bahagian badan secara berlebihan disebabkan dari sakit yang berpanjangan.

Ia telah digunakan secara berjaya bagi meredakan kegelisahan demam kepialu, walaupun tindakannya kelihatan perlahan tetapi pasti. Tidur yang dihasilkan dari Passiflora adalah selamat, merehatkan dan pesakit terjaga dari tidur dalam keadaan tenang dan segar.

PENGGUNAAN PASSIFLORA DALAM SAWAN Passiflora adalah ubat convulsive movements (terjejas disebabkan dari pergerakan otot dan pengecutan tanpa-sukarela, menyerupai kekejangan) pergerakan sawan.

Salah satu penggunaan pertamanya yang berjaya dalam bidang perubatan adalah melegakan penyakit tetanus (Satu jangkitan serius dan akut pada sistem saraf pusat disebabkan dari jangkitan bakteria pada luka terbuka, kekejangan rahang dan otot berhubung dgn pangkal tekak mungkin berlaku semasa peringkat akhir), keatas manusia dan kuda.

Ianya dikatakan amat membantu semasa serangan awal sawan (epilepsy) menghampiri, ubat ini dikatakan amat membantu tetapi apabila sawan sedang berlaku ianya hanya memberi sedikit kesan aman atau tidak berkesan langsung.

Passiflora dipuji kerana kemampuannya mengawal kekejangan dikalangan kanak-kanak yang diakibatkan dari pembengkakan gusi gigi susu, cacing, atau bahan tidak hadam. Ia juga telah berjaya digunakan meredalkan kekejangan otot rahang (trismus nascentium).

PASSIFLORA SEBAGAI HERBA ANTI-KEKEJANGAN Passiflora adalah ubat penyembuh kesakitan, terutamanya kepada jenis penyakit saraf (neuralgic), ia turut melegakan kesakitan pada saraf dan kekejangan otot semasa haid (spasmodic dysmenorrhoea), kesakitan pada rektum, sakit jantung, muka dan lain-lain bentuk kesakitan kekejangan otot disepanjang urat (neuralgia).

Ia mengelakkan terjadinya kesakitan dari tindak-balas reflex yang menyakitkan semasa kehamilan dan menopaus dan lain-lain bentuk kesakitan yang disertai atau tidak dengan tindakan kekejangan otot (spasmodic action). Sakit atau sakit saraf kepala, sakit kepala dari kelesuan (debility), atau dari kebengkakan serebrum sering dilegakan dengan Passiflora. Dalam semua kes seperti ini, ia menunjukkan kekurangan ketegangan otot normal (atony) dibeberapa bahagian atau fungsi.

Panduan rawatan

A. Gatal Pada Kulit
1. Ambil beberapa batang pokok ulat bulu. Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok ulat bulu termasuklah bahagian akarnya sekali. 
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut. 
3. Kemudian, rebuskan pokok ulat bulu sehingga mendidih. 
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam. 
5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

B. Melegakan Batuk
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas. 
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.

C. Merawat Luka
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok ulat bulu. 
2. Bersihkan daun ulat bulu tadi dan lumatkannya. 
3. Bubuh atau tepek daun ulat bulu yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

ambil pucuknya dan celurkan. kemudian buat ulam cicah budu. em...sedapnya..mansi-manis je rasanya. sebenarnya ia dapat mengurangkan rasa sakit jantung. nenek saya selalu amalkannya. saya dan adik pun sentap sama. tapi sekarang ni problem sebab susah nak cari.
~ murnihasan 
________________________________________
Saya difahamkan boleh menurunkan paras kolestrol dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari
~ abd rahman

digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan merebus daunnya dan meminum airnya.
~ zeeman 
________________________________________

jangan bertukar dengan Pokok letup yang mana mempunyai buah yang mengandungi udara seperti belon dimana budak-budak semasa pulang dari sekolah meletakkan karung buah pokok letup diatas tangan dan ditepuk dengan kuat untuk meletupkannya. beza antara pokok ulat bulu dengan pokok letup adalah pokok letup itu merupakan pokok tegak dan daunnya terasa pahit manakala pokok buah ulat bulu menjalar, pucuknya boleh dibuat ulam dan dimasak sebagai sayur. 

Mohon SHARE Ye~
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan