Jumaat, 24 Ogos 2012

:::Falsafah Babi vs Lebah:::

Falsafah babi :
Kita jangan jadi macam babi!
Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman,
walaupun di sana ada bunga mekar indah, buah-buahan yg enak2 dan makanan yg baik2,
tapi babi akan sentiasa tetap menyondol mencari najis dan kotoran.


Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, asyik mencari kekotoran dan najis. Kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara2 kita saja.

SEBALIKNYA…

Falsafah lebah :
Kita kena jadi macam lebah!
Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga,
samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut.
Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarang,
dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit).


Pengajaran : Jadilah seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.

Berselawatlah....

Bismillahir-Rahmanir-Rahim...

~*Shalawat*~

Malaikat senantiasa menunggu lafaz Shalawat anda di udara Untuk Rasulullah SAW

Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.”( Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban )

~✿..JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah

~✿..JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah..adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, i
nsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..✿~

>>> Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥

Kerana cinta, aku kembara

shared Sy Camel Camel's photo.
Kerana cinta, Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh

Kerana cinta, Aku kembara

Ikut lagu, Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia

Sepasang sayap tak terlihat

Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta,

lantas tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu

Ingin sekali

Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu

Sepasang sayap tak terlihat

Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
 

~✿..HUJAN..✿~

shared Haslinda Alias's photo.
Tangis awan bagai MEMAHAMI. Saya bukan sedih. Tak.
Bukan. Bukan.

Ya Allah..


Saya..memang sangat SEBAK. Langit memberikan saya TEDUHAN paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu..datangnya dari Dia, punca segala CINTA. Sumber segala KASIH SAYANG..

Tenang..


Hati ini adakalanya SAKIT. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa KECUKUPAN. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap KESABARAN. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia..


Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu MENGALAH dengan perasaan dan emosi sendiri..

Memang..
Subhanallah..

>>> Semoga Allah MENYATUKAN hati kita untuk berhimpun dalam naungan cintaNya..kita bersatu dalam KETAATAN dan PERJUANGAN untuk menegakkan ISLAM..Amin. Amin. Amin...Allahhu Allah..♥♥♥
 

Dengan Guna 5F Yahudi Hancurkan Islam

1. Filem

Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat d
engan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem

2. Famili (keluarga)


Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan


3. Fesyen


Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa


4. Fun (hiburan)


Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan


5. Food (makanan)


Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi
 

MUTIARA KATA BUAT SAHABATKU...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,


Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih              hidup !

Khamis, 23 Ogos 2012

Apabila Takbir Bergema

 shared Pujangga Senja's photo.
 
Ku terdengar suara takbir
Sedang ku tatap langit-langit penuh rindu
Langit yang digulung selembar demi selembar
Terngadah tauhidku
Meninggalkan batas duka
Dilaung takbir dari surau tua
Sedang aku;
Mencari kemuliaan cahaya kitab suci
Cuba menemukan makna di dalam puisi
Puisi sunyi yang jatuh ke dalam sujud
Yang memuji nama-Mu Ilahi
Yang membawaku semula ke asalku

Ku titiskan air keimanan

Penghilang dahaga di kala masa melintasi senja
Pulangku pada tasbih tanpa henti
Beribadah bersama sunyi
Bertikar lantai dingin alami
Terasa zikirku dibawa angin
Angin yang mengirim masa silam
Kembali ke jantungku
Dengan sungai darah mengalir keyakinan
Memanggil-manggil Mu
Mendakap syahadat pada fikir-fikirku
Sampailah aku pada titik-titik cemas
Hatiku digerimisi kesal

Suara takbir masih di telinga

Sedang aku di ranjang malam
Yang dihiasi air mata dan keringat diri
Aku mengkaribkan diri dengan pancaran ilmu laduni
Ketika aku di persimpangan usia
Ku biarkan musim menjadi liar
Meminta pintu-pintu langit dibuka luas
Memohom jiwa melayang bebas

Ditemani takbir pagi Syawal

Aku memanjat doa memohon ihsan-Mu
Aku menanam batu rindu
Mencoret-coret tembok jiwa
Cuba mengkaburkan khilaf laluku
Aku bangkit dari sujudku
Tidak perlu ku cari-cari
Syawal tiba membawa nikmat seribu janji
 

Kitaro Caravansary


Instrumental Piano (Love Story)


~*•.Antara Cinta & Syurga.•*~

Muhasabah DIRI

~*•.Antara Cinta & Syurga.•*~

•.♥• Andai dalam hatimu ada TAMAN...
•.♥• Semailah ia dengan benih-benih IMAN...
•.♥• Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN...
•.♥• Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN...
•.♥• Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN...
•.♥• Lindungi ia dari parasit nafsu yang MENYESATKAN...
•.♥• Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan KESABARAN...
.♥• Sehingga tegap merimbun berbekal haruman KEREDHAAN...
•.♥• Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang AR-RAHMAN...
•.♥• Agar ia terus hidup, tidakkan tandus sepanjang KEHIDUPAN...

~♥ INSYA-ALLAH~♥

♥ Nantikan Aku Di Batas Rindu ♥

shared Forgiveness Allah's photo.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

♥ Nantikan Aku Di Batas Rindu ♥

Bismillahirrahmanirrahim,
♥ Ya Allah Sang Maha Cinta..
Pemilik terang dalam gulita
Kepada_Mu aku titipkan dirinya
Di dalam mujahadah cintanya.
 
♥ Ya Rabby Sang Maha Suci..
Di sini aku selalu menanti
Waktu tiba Engkau satukan dua hati
Dalam ikrar janji ikatan suci
Yang senantiasa Engkau Ridha_i.

♥ Ya Rabbul Izzaty..
Dengan ketulusan..
Ku dendangkan keikhlasan dalam do'a
Di penghujung malam..
Ku lantunkan syair dan dzikir
Semoga Dia yang jauh di sana
Senantiasa tiada goyah Iman dan Taqwanya.
 
♥ Ya Allah, Engkau Yang Maha Tahu..
Ku titipkan Dia yang jauh di sana
Dia calon imam yang Engkau tulis untukku
Dengan rasa cintaku kepada_Mu
Ku Nanti waktu dengan rasa rindu.

♥ Duhai Engkau calon pembimbing hatiku..
Ku ingin tali yang suci mengikat cinta kita
Ku ingin cinta yang halal menyatukan hati kita
Dalam rasa suka, duka, bahagia hanya karena_Nya.

♥ Duhai Engkau calon imamku..
Sungguh aku pintakan dalam setiap do'aku
Untuk kesabaran dan keikhlasanmu
Nantikan aku di batas rindu
Karena aku yakin akan ketetapan_Nya
Bahwa semua khan indah pada waktunya.

♥ Marilah Berbenah Diri Menuju Ridha Illahi
♥ Merengkuh Indahnya Cinta Dalam Ridha_Nya.

♥ Aamiin Allahumma Aamiin ♥
 

Rabu, 22 Ogos 2012

Pesan Berpesan sesama kita

 
Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.

Kehidupan manusia, riang ketawa tetapi hanya Allah yg tahu rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.

Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, sedarlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.