SOTO AYAM
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
3000 ml air
1/2 camca teh serbuk perasa
Bahan untuk dikisar halus :
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca jintan halus
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 cm halia
5 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
1/4 biji buah pala
1 camca teh lada sulah / lada putih
5 biji buah keras
1 cm kunyit..
Cara-cara :
1. Masukkan kisar dalam periuk berisi air dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan ayam, biar hingga empuk. Barulah diangkat dan tuskan kuahnya.
Bahan Sambal Soto :
1/2 cawan cili padi
1/4 cawan kicap manis
1 camca teh gula
1. Celur sedikit cili padi dengan kuah soto.
2. Kisar dengan bawang putih, cili padi dan campurkan dengan kicap dan gula. Kacau rata.
Bahan2 lain Yang Dimakan Dengan Kuah Soto :
- Nasi himpit atau meehun yang telah dicelur.
- 20 ketul bergedil = Resepi Sheila Rusly=
- dihiris halus
- 3 tangkai daun sup
- 3 tangkai daun bawang
- 1/2 cawan bawang goreng.
- 500 gram taugeh
1. Bubuh nasi himpit dalam mangkuk. Campurkan taugeh, ayam yang disiat-siat sedikit, daun sup dan daun bawang. Kemudian bubuh kuah dan bergedil di atasnya. Tabur bawang goreng dan sedikit sambal kicap..
Selamat Mencuba
Jom share resepi ni
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Resepi Kuah Soto ini saya dpt dari Kak Linazubir..memang sedap giler...dah lama saya carik resepi kuah soto yg mcm ni...thanks kak Lina for d recipe...sya panjangkan perkongsiannya...
Kuah Soto
1 ekor ayam - basuh
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci lengkuas *
1/2 inci halia * (AMENDED 04/09/13)
1/2 inci kunyit hidup (saya guna 1/2 sk serbuk kunyit) *
2 biji buah keras *
bhn * diblender bersama
1sk lada hitam ^
1sk ketumbar^
1 sk jintan manis ^
1sk jintan putih ^
bhn ^ digoreng tanpa minyak dan dblender
2 btg serai dititik
1 biji kiub pati ayam
3sb serbuk rempah sup adabi
- Tumis semua bahan hingga naik bau
- masukkan ayam dan air - rebus ayam sekejap (tp saya x letak ayam,cuma letak kiub pati ayam)
- keluarkan ayam utk disiat2 (saya goreng ayam dan siat2)
- perasakan kuah soto dgn garam dan kiub pati ayam
Nasi himpit - beli yg siap je senang,tinggal rebus je
kacang - digoreng
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
suun goreng
ayam goreng yg telah disiat2
Sambal Kicap
10 biji cili api
2 ulas bwang putih
sedikit halia (AMENDED 04/09/13)
sedikit kuah soto (AMENDED 04/09/13)
kicap secukupnya
- blender semua
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan