Ahad, 7 Disember 2014

KEK LAPIS CHEESE

share dari link fb ~Resepi Sheila Rusly

KEK LAPIS CHEESE
www.facebook.com/ResepiSheilaRusly

Bahan A

2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
guna perisa kopi
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B

500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

cara

Sediakan loyang berukuran 9x9.
Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti.
Lapik dasar loyang dengan baking paper atau kertas minyak .
Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.= Resepi Sheila Rusly=
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.

Panaskan susu segar, padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat dan terus susun dalam loyang.
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
Ulang proses melapis hingga habis.
Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese - saya tabur coklat rice saja.
Tekan2 sikit permukaan tu.
Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan